Saturday, November 19, 2022

Restoran atas 'awan', sokong PN elak ancam Islam.

 

Hiasan dalaman Restoran Heavenly Jin dapat sambutan menggalakkan.- Foto/AFP

1. Restoran atas 'awan' tertinggi di dunia, dapat sambutan menggalakkan

HOTEL mewah tertinggi di dunia yang menawarkan restoran di tingkat 120 dan perkhidmatan butler peribadi 24 jam mendapat sambutan amat menggalakkan, sejak dibuka tahun lalu.

Restoran Heavenly Jin, terletak di tingkat 120 J Hotel, Menara Shanghai, secara rasmi dinamakan "Restoran tertinggi dalam bangunan, oleh Guinness World Records dengan ketinggian 556.36 meter (kira-kira 1,825 kaki) di atas tanah.

Pengurus besarnya, Jenny Zhang, berkata sejak dibuka, restoran itu telah dipuji oleh pelanggan kerana pengalaman dan perkhidmatan makan yang berkualiti tinggi.

"Kami mengalu-alukan tetamu dan rakan dari seluruh dunia dengan pengalaman tahap yang lebih tinggi di atas awan," katanya dalam satu kenyataannya.

Zhang menambah pencapaian itu juga bukti dedikasi pasukan pengurusan dan operasi Heavenly Jin.

Heavenly Jin, iaitu lebih 100 meter lebih tinggi daripada rekod sebelumnya 441.30 meter, yang dicatatkan pada 2011 oleh At.mosphere, terletak di tingkat 122, di Burj Khalifa Dubai.

Restoran Shanghai yang memecahkan rekod itu mempunyai dapur terbuka, tingkap-tingkap besar dan mural jubin mozek Itali sepanjang 30 meter yang menggambarkan Jalan Sutera, menurut hotel itu.

Pengunjung dihidangkan gabungan masakan Barat, Cina dan Jepun serta perkhidmatan minum petang.

Hotel mewah itu sendiri terletak di bangunan pencakar langit tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa , dengan bilik di tingkat 86 hingga 98.

Laporan juga menyatakan lif tetamu menaiki bangunan pencakar langit itu menyerupai lingkaran dengan kelajuan 18 meter persaat ke bilik mewah di Hotel J5 165.

Hotel berkeluasan 632 meter itu terletak di aras paling atas di Menara Shanghai di daerah kewangan bandar berkenaan, bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Pelanggan juga boleh menikmati salah satu daripada tujuh restoran, bar, spa, kolam renang di aras 84, dan semua kemudahan hotel terkemuka itu.

Sebelum ini pernah dilaporkan, sempena meraikan pembukaan J Hotel menawarkan 'kadar istimewa' bernilai 3,088 yuan (RM1,986.67) semalam, tetapi harga 34 biliknya jauh lebih tinggi.

Bermalam di 'J Suite', dilengkap candelier kristal dan sauna, bernilai lebih 67,000 yuan (RM43,092.79). - AGENSI


2. Ulamak ajak sokong PN elak kumpulan ancam Islam  

KOTA BHARU: Ulama dari Pusat Pengajian Pondok terkenal di Kelantan berharap pengundi membuat pilihan terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini bagi mengelakkan peristiwa 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) berulang.

Pengerusi Madrasah Diniah Bakriah Pasir Tumboh Ustaz Abdul Halim Derani berkata, PH mengamalkan pemerintahan lebih liberal yang menjadi ancaman besar kepada umat Islam.

Oleh itu kata beliau, umat Islam yang layak mengundi dinasihat memilih PERIKATAN NASIONAL (PN) yang lebih ‘ringan’ kemaslahatan berbanding PH dan Barisan Nasional (BN).

“Parti mana-mana pun ada salahnya dan silapnya cuma hendaklah kita pilih mana-mana yang lebih baik daripada yang baik, kurang mudarat kepada Islam.

“Keburukan itu ada sedikit sebanyak dan kita cari keburukan sikit dan kebaikan itu lebih banyak dari sudut Islam,” katanya ketika ditemui di sini Pondok Pasir Tumboh hari ini.

Abdul Halim yang juga Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh berkata, proses pemilihan pemimpin melalui pilihan raya perlu diikuti oleh semua warga negara yang layak.

Menurutnya, buat masa sekarang hanya satu gabungan sahaja yang dilihat mampu mengemudi pentadbiran negara selepas 19 November ini iaitu PERIKATAN NASIONAL.

Kata beliau juga PAS pula berjaya mentadbir Kelantan sejak 32 tahun lalu kemudian melebarkan kekuatan ke Kedah dan Terengganu, membuktikan kerajaan negeri terbabit bebas daripada sebarang rasuah.

Jelas beliau juga mengundi bukan hanya memberi manfaat di atas dunia sahaja, malah ia akan dipertanggungjawab di akhirat kelak jika tidak ditunai dengan sempurna.

“Oleh itu saya harap semua umat Islam memberi sokongan penuh kepada PN supaya negara kita selamat daripada anasir yang mengancam agama Islam dan penganutnya.

“Setiap kita hendaklah mengundi jika layak, ingat kita bukan sekadar buang undi selesai dunia sahaja, bahkan apa yang kita undi ada kaitan di akhirat,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Restoran atas 'awan', sokong PN elak ancam Islam. 

Ulamak ajak sokong PN bukan sahaja dapat elak kumpulan ancam Islam, bahkan dapat menentukan arah membangun bersama Islam.

Insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails