Thursday, November 17, 2022

PRU15 dalam banjir, tolak BN menyiksa rakyat..

 

Hujan lebat di sekitar Shah Alam malam tadi menyebabkan banyak kawasan dinaiki air.

1.Shah Alam banjir, air Sungai Klang melepasi paras bahaya

SHAH ALAM – Bandar raya Shah Alam dilanda banjir lagi apabila hujan lebat sejak jam 10 malam tadi menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh kawasan di sini, termasuk dua lokasi di Klang dinaiki air.

Antara kawasan dilanda banjir kilat itu ialah Seksyen 13, Seksyen 22, Padang Jawa, Taman Sri Muda dan i-City di Shah Alam, manakala GM Klang dan Taman Sentosa di Klang.

Semua kawasan itu dinaiki air sedalam satu meter selepas dua jam hujan lebat dan sehingga jam 7.15 pagi ini, keadaan masih renyai.

Manakala air Sungai Klang pula dilaporkan telah melepasi paras bahaya sehingga jam 5 pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah mengerahkan anggotanya ke beberapa lokasi dilanda banjir untuk turun membantu menyelamatkan penduduk yang kediaman mereka dinaiki air.

Semua kawasan itu dinaiki air sedalam satu meter selepas dua jam hujan lebat dan sehingga jam 7.15 pagi ini, keadaan masih renyai.

Manakala air Sungai Klang pula dilaporkan telah melepasi paras bahaya sehingga jam 5 pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah mengerahkan anggotanya ke beberapa lokasi dilanda banjir untuk turun membantu menyelamatkan penduduk yang kediaman mereka dinaiki air.

Paras air Sungai Klang di Seksyen 23, Shah Alam sehingga jam 5 pagi ini dilaporkan melepasi paras bahaya.

Shah Alam dan Klang dilanda banjir sebanyak tiga kali dalam tempoh 10 hari.

Kali pertama berlaku pada 8 November lalu, ketika negara ini berdepan dengan musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bilik Gerakan Pantas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan peringatan kepada penduduk Taman Sri Muda agar berjaga-jaga dan bersedia untuk dipindahkan ke kawasan selamat sekiranya paras air Sungai Klang terus naik.

MBSA juga turut menasihat penduduk di situ untuk meletakkan kenderaan di kawasan tinggi dan tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam boleh hubungi Pasukan Pantas di talian 03-55105811.

Sementara itu, akses portal Info Banjir JPS Selangor terlalu perlahan untuk rakyat mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai banjir dan paras air. – MalaysiaGazette


2. Ramai orang kampung malu mengaku sokong Umno  

KOTA BHARU: Ramai ahli dan penyokong Umno di kampung-kampung sekarang malu hendak mengakui sebagai menyokong parti itu kerana banyak salah laku pemimpin atasan.

Yang Dipertua PAS Machang, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka segan untuk mengaku sebagai ahli atau penyokong Umno.

Katanya ramai pemimpin Umno terlibat dengan penyelewengan sehingga parti itu tidak lagi popular di kampung-kampung.

“Ramai ahli Umno sekarang sudah memilih Bersatu, tadi kita lihat yang naik atas pentas tadi wakil mereka, tetapi di belakang ada ratusan lagi ahli ikut keluar parti,” katanya pada Ceramah Umum Machang Bangkit di Dataran Kemuning malam tadi.

Hadir sama Ketua Perangan PERIKATAN NASIONAL Kelantan Dato’ Mohd Nassuruddin Daud; Ketua Bersatu Machang, Kamaruddin Abdul Kadir dan calon PERIKATAN NASIONAL Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Sebelum itu beberapa wakil Umno menyerah borang menyertai Bersatu. Mereka diwakili Nik Rani Ibrahim, Husin Yaakob, Abdul Rahim Abdullah, Zulhaidi Jusoh, Hanapi Omar, Nasir Mohd Nor, Sulan Jusoh dan Abdul Rahman.

Sebahagian besar mereka merupakan pemuda Umno di peringkat cawangan di Machang.

Dr Mohamed Fadzli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, ratusan lagi ahli Umno yang akan mengikut jejak langkah keluar daripada parti tersebut.

Katanya mereka bosan dengan kepimpinan Umno yang ramai terbabit skandal salah laku sehingga terpaksa berulang alik ke mahkamah. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU15 dalam banjir, tolak BN menyiksa rakyat..

Jom ajar pemimpin degil BN melalui peti undi esok.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails