Tuesday, November 15, 2022

Gabung dengan BN jika... -SU PAS. & lwn 'sekular'

 

Takiyuddin Hassan yang juga calon PAS bagi Parlimen Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

1. PRU15: 'Pendirian PAS jelas, jika perlu akan bergabung dengan BN' 

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini mendedahkan parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

"Pendirian PAS adalah jelas, ...akan bergabung dengan BN sahaja bukannya dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti komponennya.

"Bagi kita atau mana-mana gabungan parti apabila mendapat majoriti mudah minimum sebanyak 112 kerusi, parti itu sendiri akan menubuhkan kerajaan.

"Kalau parti ini tidak mendapat majoriti mudah, parti akan bergabung dengan mana-mana pihak. Pendirian PAS jelas.

"Kalau kita perlu gabungan (selepas PRU15), pilihan terdekat adalah gabungan dengan BN. Begitu juga parti lain dalam BN," katanya pada sidang media ketika meninjau pusat mengundi di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi bahawa tujuan PN bertanding PRU15 adalah membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

"Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

"Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang terbabit PRU15," katanya. (BH)


2. DAP-PH: Malaysia jadi negara sekular, bagaimana Islam?  

DAP dakwa PAS akan ‘ceroboh’ kebebasan orang bukan-Islam. DAP tidak membaca. Dasar PAS (Islam) tidak pernah memaksa orang bukan-Islam untuk mengamalkan syariat Islam apatah lagi untuk masuk Islam. Mereka bebas dengan agama mereka selagi mana tidak melanggar undang-undang negara.

DAP hidup dalam sindrom penafian. Sepanjang PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak pernah ada rakyat bukan-Islam yang dianiaya. Rakyat bukan-Islam di tiga buah negeri itu adalah bukti hidup bahawa PAS adil untuk semua kaum.

DAP dakwa PAS dan BERSATU akan mengancam nilai sekular. Benar, PAS akan pastikan perjuangan DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular gagal.

DAP dakwa dasar Kerajaan PAS akan melarikan pelabur. Ini kesilapan besar DAP. Kedah yang ditadbir oleh PAS telah mencatat rekod pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM68.3 bilion bagi tahun 2021 dan pencapaian ini telah diiktiraf oleh Sultan Kedah.

DAP dakwa PAS tertutup dalam hiburan. PAS bukan tertutup, PAS kawal hiburan. PAS tidak mahu tamadun manusia ini musnah dengan hiburan yang melampau serta pesta arak yang berleluasa sehingga merosakkan masyarakat. SEPAHTU Reunion baru sahaja berlangsung di Terengganu. Kehadiran full house! Tiada masalah. 

DAP dakwa PAS bakal tadbir Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang. Itu kami setuju.

DAP dakwa Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS bakal ganti Tan Sri Muhyiddin untuk jadi Perdana Menteri Ini dangkal. Sebelum ini apabila PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan, Presiden PAS menolak untuk menjadi Menteri, apatah lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Pendirian PAS tegas, Perdana Menteri daripada PN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang saya musykil ialah, DS Anwar serta rakan sekutunya DAP atau PH yang memperjuangkan agenda negara sekular di Malaysia ini mahu bawa negara kita ke mana? Apakah mereka mahu menafikan bahawa Islam adalah agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara?

Apakah masih ada masa depan untuk Islam sekiranya PH kembali memerintah negara ini?

Bangkitlah anak muda Malaysia. Kita bersatu atas nama rakyat Malaysia yang merdeka dan lawan pejuang sekular (DAP-Anwar) pada 19 November ini.

ZURK AHMAD – HARAKAHDAILY 15/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimGabung dengan BN jika...-SU PAS. & lawan 'sekular'

Ya benar, PAS akan pastikan perjuangan DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular gagal. Insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails