Sunday, November 13, 2022

Nyamar wanita, tawar najis seks.. & lagi gula-gula najis babi.

 


1. Lelaki Singapura menyamar wanita, tawar khidmat seks

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda SGD$2,000 (RM6,700) kerana menyamar sebagai remaja perempuan bagi memperdaya dua lelaki dengan menawarkan perkhidmatan seks.

Tertuduh, Kent Lim, mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu terhadap dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun itu menerusi aplikasi temu janji dan menghantar gambar menarik sebelum menawarkan untuk bertemu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Sunil Nair, berkata Lim memuat turun aplikasi temu janji Heymandi, yang membolehkan pengguna membuat akaun tanpa gambar profil, pada 2021.

Selepas menguji perisian itu, Lim menyamar sebagai wanita dan berbual dengan seorang lelaki menggunakan aplikasi temu janji itu.

Pada 5 Julai 2021, Lim berkenalan dengan seorang lelaki berusia 21 tahun dengan memperkenalkan dirinya sebagai gadis berusia 18 tahun sebelum meneruskan perbualan di aplikasi Telegram dan kemudian menawarkan hubungan seks pada harga SGD$250 (RM839).

Mereka bersetuju untuk bertemu di Eunos, namun selepas menerima bayaran melalui Paylah!, Lim memadamkan Telegramnya dan mesej yang dihantarnya di Heymandi.

Berikutan itu, mangsa menyedari tertipu selepas tidak melihat sebarang kesan perbualan dengan tertuduh.

Perkara sama turut berlaku kepada lelaki berusia 19 tahun apabila memindahkan SGD$300 (RM1,006) kepada tertuduh sebelum mangsa membuat laporan polis.

Sementara itu, peguam Lim, Benjamin Yam, berkata anak guamnya mula menggunakan aplikasi Heymandi untuk mencari kawan baharu kerana tidak menemui ramai kenalan untuk berbual.

"Apabila perkara itu dilakukan, dia mendapati lebih ramai orang memulakan perbualan dengannya dan ramai lelaki mula bertanya berkaitan perkhidmatan seksual.

"Anak guamnya gagal mengawal diri dan memutuskan untuk memenuhi permintaan itu," katanya.

Bagaimanapun Lim, yang kini menganggur, sudah membayar balik sepenuhnya wang yang ditipu daripada kedua-dua mangsa. - AGENSI


2. Gula-gula tidak halal ditemui di pasar raya Brunei  

Logo halal Brunei. - Foto AGENSI

BANDAR SERI BEGAWAN: Kementerian Hal Ehwal Ugama (MoRA) membuat makluman umum bahawa gula-gula 'Assorted Chewy Sweets' di bawah jenama Fruit-tella dijual di sesetengah pasar raya didapati mengandungi gelatin babi.

Dapatan itu adalah hasil pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Syariah menerusi bahagian Kawalan Makanan Halal, susulan aduan orang ramai.

Maklumat itu turut disahkan oleh pengeluar produk berkenaan, Perfetti Van Melle, menerusi laman sesawang rasmi dan e-mel syarikat terbabit.

Jabatan Hal Ehwal Syariah, yang berada di bawah MoRA, mengarahkan pemilik pasar raya mengasingkan produk keluaran Perfetti Van Melle dengan segera ke 'Bahagian Tidak Halal' demi kepentingan umat Islam di Kesultanan itu.

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nyamar wanita, tawar najis seks.. & lagi gula-gula najis babi.

Di atas disebutkan, ada dua jenis najis. 

(i) Satu najis seks. Memang perlakuan seks itu asalnya tidak najis, bahkan ianya termasuk dalam hak asasi manusia, kerana itu manusia berkembang. Tetapi ia menjadi najis apabila disalahgunakan, tidak menurut syariat Islam atau tidak ikut agama masing-masing. 

Bahkan disebut maksiat. Contohnya perlakuan lesbian, homoseks, pondan, bapok, seks songsang atau lain-lain. 

(ii) Najis Mughallazah atau berat dalam hukum fekah. Najis anjing-babi, keturunan dari kedua, atau salah satunya. Termasuk daging, air liur, kotoran, peluh dan lain-lain. Gula-gula 'Assorted Chewy Sweets' di bawah jenama Fruit-tella dijual di sesetengah pasar raya di Brunei didapati mengandungi gelatin babi.

Babi, pernah jadi masalah di Pulau Pinang, sehingga disebut 'negeri busuk tahi babi'.

Kesimpulan: Kalau rakyat Malaysia mahu menghindari dari najis-najis berikut, negara ini perlu diperintah oleh parti yang berasaskan agama sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3).

Oleh itu, dalam PRU15 ini, jangan buang masa lagi, UNDILAH PAS untuk bebaskan negara dari najis.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails