Monday, August 15, 2022

Wanita Umrah watak lelaki. & Jom hebuh lkut panduan.


WANITA yang tular di media sosial kerana mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram dikecam akibat mencemar agama.

1. Wanita berihram kerjakan umrah 'DIY'

IPOH: Seorang wanita berperwatakan lelaki yang memakai ihram ketika mengerjakan umrah tidak menggunakan khidmat 35 syarikat yang bernaung di bawah Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ).

Presidennya, Mohd Ali Sabri Abd Rahman berkata, maklumat awal mendapati wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki itu pergi secara 'DIY' (diurus sendiri) bersama rakannya.

"Kita di pihak PUHAZ menyokong apa sahaja tindakan undang-undang yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan JAKIM berhubung isu (pengkid pakai ihram) ini.

"Kita memang menyokong sepenuhnya apa yang dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengekang perkara yang tidak baik," katanya pada satu sidang media khas berhubung isu penerbangan jemaah umrah tertangguh di sini hari ini.

hadir sama, Setiausaha Agung PUHAZ, Abdul Jabbar Abdul Kahar.

Mohd Ali Sabri berkata, daripada sudut hukum fekah umrah yang dikerjakan oleh individu wanita berpakaian menyerupai lelaki itu adalah tidak sah.

"Tidak sah umrah jika berpakaian demikian kerana dia perempuan tetapi berpakaian menyerupai lelaki.

"Hukum daripada sudut pemakaian, orang perempuan memakai pakaian lelaki adalah haram apatah lagi di Tanah Suci.

"Jadi, dalam perkara ini jika dilihat dari segi hukum hakamnya dia sudah menghina agama," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menasihati kepada mana-mana jemaah untuk pergi mengerjakan umrah dengan ejen pelancongan agar ada pemantauan dari sudut hukum.

"Tidak salah umrah secara DIY tetapi kena memahami hukum hakam, kita di pihak PUHAZ memang menjaga jemaah dari segi bimbingan hukum dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah dalam tempoh sepanjang mengerjakan umrah," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, sebagai berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita berkenaan yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram seperti lelaki.

Idris dilaporkan berkata, tindakan itu perlu kerana isu berkenaan membabitkan hukum agama dan meminta bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang tular di media sosial itu, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

Terdahulu tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

Wanita terbabit dipercayai dari Perak.

Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter yang berkongsi perbuatan terbabit mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.

Difahamkan wanita berperwatakan lelaki itu ke Tanah Suci dengan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi umrah.


2. Penganjur ‘Jom Heboh’ setuju ikut garis panduan

HALAMAN HIBURAN

MARANG: Media Prima Berhad (MPB) selaku penganjur program Karnival Jom Heboh (KJH) bersetuju untuk melaksanakan program terbabit mengikut garis panduan hiburan yang ditetapkan kerajaan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah memberi beberapa saranan agar sebarang hiburan atau aktiviti yang akan dijalankan tidak melanggar batas di samping mengetengahkan konsep islamik.

“Sebagai contoh berdasarkan garis panduan kerajaan negeri jika hendak mengadakan konsert, penyanyi tidak boleh wanita dan semua barisan artis yang akan membuat persembahan pada karnival itu nanti adalah artis lelaki.

“Kita sebenarnya tiada masalah untuk menyokong mana-mana program yang hendak dianjurkan seumpama KJH ini asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan patuh syariah di samping akan membawa kepada keuntungan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau operasi pemasangan paip bagi projek menaik taraf bekalan air kawasan Marang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Ariffin berkata, namun tarikh sesuai bagi program KJH masih dalam perbincangan.

“Ketetapan asal adalah pada September ini namun ia masih dalam perbincangan, saya yakin karnival ini akan didatangi oleh pelancong dari negeri Pahang, Kelantan bahkan seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu menurutnya, semua pihak sangat dialu-alukan untuk mengadakan aktiviti dan program di negeri ini.

“Mereka juga telah sedia maklum dengan ketegasan kerajaan negeri agar apa jua yang hendak dilakukan mesti patuh syariah, penerbit telemovie yang ingin melakukan pengambaran di negeri ini juga berjumpa kami dan sanggup mematuhi garis panduan kerajaan negeri.

“Drama itu mereka maklumkan akan menampilkan pelakon yang berhijab dan menutup aurat, ini memberikan gambaran bahawa usaha kita mendidik orang ramai termasuk mereka yang datang dari luar Terengganu telah difahami dan sudah maklum mengenai syarat yang mesti mereka patuhi.

“Sebenarnya ramai lagi penerbit filem yang datang ke Terengganu untuk membuat filem, kita terbuka untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana penerbit filem atau drama kerana ia juga merupakan langkah untuk mempromosikan negeri ini agar lebih dikenali,” ujarnya. – TRDI.my  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes wanita umrah berwatak lelaki. Dan 'Jom Hebuh' ikut panduan. Al-hamdulillah, insya Allah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Surat dari anon mungkin bicara semula Bossku dalam rayuan SRC... kikiki

Pembabitan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berhubung khidmat nasihat strategik yang diberikan oleh Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC International pada 2010/2011.

Oleh itu peringatan mesra penarikan peguam mewakili bossku jika tidak diberi keadilan dan penangguhan pihaknya akan melihat perkembangan kes itu sebelum keputusan.

minit-minit mesyuarat Maybank bertarikh 7 Mac 2012, Minit Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Maybank tahun Kewangan 2012, Surat pelaburan Maybank Investment kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), laporan berita Malaysia Today bertarikh 14 Mac 2022 dan Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertarikh 6 September 2010 diterima.

Mahkamah turut menerima salinan e-mel bertarikh 5 dan 10 Februari 2015, surat daripada Kaunsel Maybank kepada Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 10 Februari 2015 beserta Memorandum Maybank bertarikh 10 Februari 2015, Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 5 April 2010 dan salinan penyata akaun AmIslamic Bank selain afidavit sokongan yang telah dipinda bertarikh 15 Julai 2022.

Mungkin kes SRC babit Datuk Seri Najib Razak akan menjadi salah satu kes paling unik dalam sejarah negara.

Pertama , kes dibicara tanpa watak utama “Prime character” ada didalam mahkamah , antaranya Jho Low , Nik Faisal dan beberapa orang lagi.

Dalam masa sama sila teka kapal mewah mirip UFO itu milik siapa dan kroni siapa..!?

siapa boleh teka..!?


kikikiki

Anonymous said...

Najib berjaya “Checkmate” Nazlan dan Mahkamah.

1. Saksi pendakwa sekadar menyebut kata2 dari Jho Low dan bukan bukti seperti dokumentasi dan sebagainya dan Jho Low tiada dalam mahkamah untuk ‘verified’ kenyataan saksi betul atau auta.

2. Hakim lantikan kantoikan dirinya sendiri bahawa OKT telah menubuhkan syarikat SRC semata mata mata untuk mencuri. Dimana apabila bukti terbaru terdedah, didapati Hakim itu sendiri yang meluluskan syarikat SRC atau berada bersama pihak yang meluluskan nya ketika berjawatan di Maybank.

3. Pembabitan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berhubung khidmat nasihat strategik yang diberikan oleh Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC International pada 2010/2011.

4. Hakim sendiri telah dilindung dari pengetahuan pembela ketika menjatuhkan hukuman terhada DSNR.

5. Hakim kantoi kan diri sendiri ketika jatuhi hukuman terdapat kesalahan dakwa, dimana wang bukan datang dari KWAP , tetapi datang dari Putra Perdana. Hakim lantikan dirinya sendiri bila dakwaan pun silap , bermakna hukuman pun khilaf.

Oleh itu peringatan mesra penarikan peguam mewakili bossku jika tidak diberi keadilan dan penangguhan pihaknya akan melihat perkembangan kes itu sebelum keputusan.

6. Minit-minit mesyuarat Maybank bertarikh 7 Mac 2012, Minit Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Maybank tahun Kewangan 2012, Surat pelaburan Maybank Investment kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), laporan berita Malaysia Today bertarikh 14 Mac 2022 dan Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertarikh 6 September 2010 diterima.

7. Mahkamah turut menerima salinan e-mel bertarikh 5 dan 10 Februari 2015, surat daripada Kaunsel Maybank kepada Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 10 Februari 2015 beserta Memorandum Maybank bertarikh 10 Februari 2015, Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 5 April 2010 dan salinan penyata akaun AmIslamic Bank selain afidavit sokongan yang telah dipinda bertarikh 15 Julai 2022.

8. Pihak pembela perolehi maklumat kukuh bahawa hakim disiasat oleh kedua agensi SPRM dan PDRM menerma rasuah dari Jho Low dalam 11 transkasi.

Mungkin kes SRC babit Datuk Seri Najib Razak akan menjadi salah satu kes paling unik dalam sejarah negara.

Kes dibicara tanpa watak utama “Prime character” ada didalam mahkamah , antaranya Jho Low , Nik Faisal Zety dan beberapa orang lagi dimana keterangan saksi sebagai 'hearsay'tanpa validation dari Jho Low dan Nik Faisal dll.

Jika permohonan Team Pembela diluluskan dimana meminta penangguhan kes ‘pending’ Hakim Nazlan di dakwa terlebih dulu.

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails