Thursday, August 18, 2022

Mulai Jumaat, jualan 5 barang asas.. .& subsidi padi.

 


1. Jualan 5 barang keperluan asas jenama COOP mulai Jumaat

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melaksanakan jualan lima barangan keperluan asas dengan jenama COOP mulai Jumaat ini.

Barangan berkenaan merangkumi gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku yang akan dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata pelancaran jualan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sempena perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor pada Jumaat.

Penganjuran Jelajah AKM Selangor yang diterajui kementerian itu akan diadakan tiga hari bermula Jumaat ini di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 9 malam. 

"Istimewanya AKM Selangor ini, kita akan beri manfaat kepada usahawan dan rakyat dengan penganjuran jualan murah dan jualan 'happy hour' termasuk ayam yang akan dijual RM5 seekor.

"Pelbagai barangan keperluan lain seperti gula, minyak masak, beras, tepung juga akan dijual lebih murah dari harga pasaran," katanya ketika menjadi tetamu di Ruang Bicara BERNAMA TV, malam ini.

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan permintaan Perdana Menteri yang mahu kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia, berperanan dalam memerangi orang tengah dan membantu rakyat dengan menurunkan harga barangan keperluan.

"Sepatutnya pada 1 September nanti baru kita akan lancarkan lima item (COOP) itu, tetapi Alhamdulillah hasil usaha pegawai kementerian, pelancaran dapat dimulakan sewaktu Perdana Menteri melancarkan Jelajah AKM Selangor nanti," katanya.

Noh meminta kerjasama orang ramai untuk memantau harga barangan yang dijual di bawah jenama COOP dan sekiranya lebih mahal daripada harga pasaran, mereka diminta membuat aduan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk diambil tindakan ke atas peniaga terbabit.

Katanya, penganjuran Jelajah AKM Selangor bertemakan 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara' turut membabitkan pelbagai bidang keusahawanan termasuk makanan, fesyen, kecantikan serta ruang untuk golongan artis memasarkan produk mereka.

Beliau akan turut terbabit dengan sesi dialog bersama usahawan pada Sabtu, jam 2 petang di Jelajah AKM Selangor bagi memberi ruang kepada usahawan melontarkan soalan berkaitan program pembangunan untuk golongan sasar.

Katanya, ia juga bertujuan berkongsi idea bagi memajukan sektor keusahawanan di Malaysia. – BERNAMA


2. Benih padi sah dan subsidi padi perlu perhatian kerajaan  

DALAM sesi perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 pada 10 Ogos lepas, saya telah menekankan beberapa isu antaranya benih padi sah dan subsidi padi yang memerlukan perhatian dan maklum balas daripada pihak kementerian. 

Saya menyambut baik respon balas daripada pihak Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkenaan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan berhubung isu benih padi sah yang dijual melebihi harga kawalan. Berdasarkan jawapan di Dewan Negara, sebanyak 67 buah premis kedai input pertanian, kedai racun telah diperiksa dan menghasilkan lapan kes di Kedah bersabit kesalahan menjual benih padi tidak sah.

Saya berharap lantikan 13 pemborong benih padi sah dan 12 syarikat pengeluar untuk mengedarkan benih padi sah benar-benar dapat mengelakkan penyelewengan dan kelewatan bekalan benih padi sah yang berlaku lagi sebelum ini sehingga menimbulkan kerugian yang besar kepada para petani.

Di samping itu, satu mekanisme atau sistem berkaitan subsidi input pertanian perlu diwujudkan dan dipersetujui di antara kerajaan dan pesawah. Hal ini demikian kerana, prestasi syarikat mahupun vendor yang terpilih dan bertanggungjawab memberi input pertanian sebelum ini kepada pesawah tidak memuaskan. 

Kerajaan mungkin boleh melaksanakan subsidi output dalam memastikan para pesawah menerima subsidi terus kepada mereka. Kaedah pemberian secara kupon yang dilaksanakan ketika ini dalam aspek subsidi jentera dan sebagainya itu sangat berkesan dan ia juga boleh dilaksanakan untuk subsidi benih, racun dan sebagainya.

Oleh itu, saya berharap isu berkaitan benih padi sah dan subsidi padi mendapat perhatian daripada pihak kementerian dengan mencari jalan penyelesaian yang lebih konkrit dan holistik.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR DATO’ HAJI HUSAIN AWANG
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 16/8/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimJualan 5 barang keperluan asas jenama COOP mulai Jumaat ini, dan penjelasan mengenai benih padi sah juga subsidi padi perlu perhatian kerajaan.

Tanda kerajaan prihain rakyat. Al-hamdulillah.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Jilatlah umno geli sampai ketelinga

Anonymous said...

Ayuh jangan bertelagah. Parti liberal punya set minda pecah belahkan orang melayu. Presiden punya set minda setia jadi khadam dap. Bukan nak bela orang melayu. Tapi mengidam sesangat kerusi PM. Begitu janji dapig kepada presiden.

Presiden parti liberal punya set minda melumpuhkan parti melayu Islam. Tak patuh dah pada Islamic political laws. Untuk menang, sedia jadi khadam eng guan. Peduli apa eng guan ada kes rasuah trowong. Janji eng guan boleh tolerate dengan faham liberal. Fahaman liberal, kerajaan tidak campur tangan urusan peribadi. Zina, sekedudukan, lgbt, arak dan mabuk ada hal yg eng guan kata urusan peribadi. Seia sekata dengan fahaman liberal. Maka molek sangat presiden parti liberal boleh bersenda gurau dengan eng guan. Boleh sebantal dan punya mimpi yg sama mereka berdua. Meranapkan agama Islam dan bangsa melayu.

Tapi itu bukan mimpi buat yg punya fahaman taat kepada Islamik laws. Politik dan agama tiada sempadan pemisah. Politik mesti berpandukan syariah. Dan syariah mesti jadi panduan bila berpolitik.
Politik liberal punya potensi rasuah mencanak naik. Politik Islam menyekat perlakuan rasuah.

JOM PAKAT PAKAT SOKONG PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails