Wednesday, August 17, 2022

Industri francais anak muda ‘mampu teroka’, mana? ..& kerja kosong..


1. Peluang industri francais untuk anak muda 

DUNIA perniagaan menyajikan pelbagai pulangan, namun ramai sebenarnya berdepan pemikiran yang sempit apabila hanya terarah kepada satu pilihan. 

Sebagai contoh, bakal usahawan rata-rata ingin ‘terjun’ dalam dunia perniagaan dengan merintis usaha untuk mendapatkan lesen sebagai kontraktor.

Bukan kecil anak, tetapi lesen yang didambakan lazimnya tergolong dalam kelas besar, dengan harapan menggunung setiap peluang perniagaan berupaya menjana pendapatan berlipat kali ganda, bak bulan jatuh ke riba. Namun, mungkin ada yang terlepas pandang, kepesatan dunia perniagaan di Malaysia kini menghamparkan peluang menjana pendapatan tanpa sempadan. Bukan hanya semata menjadi usahawan bergelar kontraktor.

Industri francais umpamanya adalah contoh terbaik untuk usahawan muda meneroka peluang perniagaan, sekali gus berupaya mewujudkan ruang pekerjaan kepada orang lain. Berbanding sebelum ini, industri francais sering dikaitkan dengan keperluan penyediaan modal besar, sehingga berada di luar garis kemampuan usahawan muda.

Menyedari hakikat ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Bahagian Francais dan Jualan Langsung merintis usaha ke arah menjadikan industri ini ‘mampu teroka’. Hasilnya, francais mikro dan mampu milik kini menjadi antara tawaran paling hangat untuk dipertimbangkan bakal usahawan.

Hebahan mengenai peluang perniagaan dalam industri francais ini terus diperkasa, malah semalam saya berkesempatan untuk memberi pendedahan berhubung perkara ini, menerusi jentera agensi kementerian kepada delegasi EXCO Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Kementerian yang turut meluangkan masa memberikan taklimat kepada delegasi yang hadir semalam.

Melangkah ke hadapan, program pendedahan sebegini akan diperhebat dan diperluas ke Sarawak, dengan matlamat untuk menyajikan peluang menjana pendapatan bagi manfaat segenap lapisan masyarakat.

DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – HARAKAHDAILY 10/8/2022


2. Kerja kosong berlambak: Majikan sukar dapat pekerja  

Iklan pengambilan pekerja baharu di restoran McDonald's di Garden Grove, California pada 8 Julai 2022. (FOTO AFP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat kini dilanda masalah majikan sukar mendapatkan pekerja apabila lebih daripada 10 juta kerja kosong tidak diisi sehingga Jun 2022.

Iklan tertera Salespeople, food servers, postal workers – “Help wanted” (Jurujual, pelayan makanan, pekerja pos – “Bantuan diperlukan” semakin banyak diwartakan di seluruh AS ketika majikan sedang bergelut untuk menangani kekurangan pekerja impak pandemik Covid-19 sebelum ini, senario persaraan awal dan undang-undang imigresen yang ketat.

Masalah kekurangan pekerja tertumpu dalam kalangan tenaga kerja  bergaji rendah di AS termasuk sektor perkhidmatan restoran, gedung beli-belah, pengilang dan industri perkhidmatan, lapor CNN.

Menurut data kerajaan, kurang daripada 6 juta orang sedang mencari kerja, walaupun majikan bersungguh-sungguh cuba meningkatkan pengambilan pekerja di tengah-tengah kebangkitan perbelanjaan dalam kalangan pengguna, susulan era endemik Covid-19.

“Terdapat banyak banyak kerja kosong, tetapi tidak cukup pekerja untuk mengisinya,” kata jurucakap Dewan Perniagaan AS dalam satu kenyataan, lapor pula AFP.

Menurut kenyataan itu, ramai yang berhenti kerja sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19 pada awal 2020 menyebabkan ekonomi goyah dan tidak kembali pulih seperti era sebelum pandemik virus berkenaan.

“Akan ada 3.4 juta lagi pekerja hari ini jika dikira penyertaan daripada jabatan  tenaga buruh. Namun  peratusan golongan yang sedang mencari pekerjaan secara aktif telah merosot daripada 63.4 peratus kepada 62.1 peratus.

“Dan ke mana perginya semua mereka ini? Ramai yang sebenarnya telah bersara awal.

“Sebahagian daripada itu adalah warga negara  AS yang meningkat usia,” kata Pakar Pasaran Buruh di laman web pekerjaan Indeed, Nick Bunker kepada AFP.

Dalam jangka pendek, Bunker berkata, ekonomi AS tidak mungkin kembali ke tahap ketika  pra-pandemik Covid-19 melalui penyertaan pekerja dari jabatan tenaga buruh yang gagal diimbangi status penuaan penduduk.

Pecutan persaraan awal

Sementara Ketua Ekonomi di KPMG berkata bahawa kumpulan golongan ‘baby boomers’ (generasi yang dilahirkan antara tahun 1946 hingga 1964) sudah mula meninggalkan pasaran buruh, tetapi pada masa berlaku apa yang dilabelkan beliau sebagai ‘pecutan  persaraan awal’ sejak sejak wabak Covid-19  melanda pada awal 2020.

“Berjuta-juta orang memilih untuk bersara awal, prihatin terhadap kesihatan mereka dan dengan aset sedia ada yang mencukupi – terima kasih kepada pasaran saham yang memberangsangkan ketika itu dan harga hartanah yang tinggi – kesemua mereka dengan berlapang dada mengambil keputusan untuk bersara awal,” jelasnya.

Faktor yang turut menyumbang kepada masalah kekurangan pekerja di AS termasuk sekatan yang dikenakan oleh kerajaan AS ketika di bawah pimpinan bekas Presiden, Donald Trump,  dan ditambah dengan impak pandemik Covid-19, menyebabkan berlaku pengurangan mendadak dalam  jumlah warga asing yang memasuki negara itu.

Sementara tambah Bunker, keadaan ekonomi di AS telah sedikit pulih, tetapi masih tidak pada tahap yang kseperti beberapa tahun lalu (sebelum pandemik Covid-19), yang menurutnya lagi, ia turut dicetuskan oleh tindakan Dewan Perniagaan AS yang menyalurkan bantuan ketika pandemik Covid-19 bagi menyokong kestabilan ekonomi rakyat.

Ramai letak jawatan

Ketika penularan wabak Covid-19, sebilangan besar wanita juga telah berhenti kerja pada tahun 2020, sebahagiannya kerana penutupan sekolah yang berpanjangan memerlukan ramai untuk tinggal di rumah untuk menjaga anak masing-masing.

Ini kerana bagi mereka yang ingin menempatkan kanak-kanak di pusat asuhan sering kecewa, kerana kekurangan tenaga kerja yang kini turut melanda sektor penjagaan kanak-kanak.

Swonk menyatakan bahawa masalah kekurangan pekerja yang serius di AS sekarang ini bukan sahaja disebabkan jangkitan Covid-19 tetapi juga impak daripada tempoh yang lama diambil dalam melemahkan penularan virus berkenaan.

“Ia benar-benar salah satu isu yang paling dipandang remeh dan tidak difahami, menyebabkan kepentingan pekerja diketepikan,” jelasnya.

Justeru pada ketika ini, untuk mendapatkan semula pekerja,  ramai majikan di AS telah meningkatkan gaji dan faedah untuk bakal pekerja.

Sehubungan itu analisis ekonomi di AS mendapati, jika kegilaan membeli dalam kalangan rakyat Amerika perlahan,  syarikat akan memerlukan lebih sedikit pekerja.

Namun, masalah kekurangan tenaga buruh dijangka berkurangan sedikit kerana Rizab Persekutuan telah  menaikkan kadar faedah secara agresif dalam usahanya untuk memerangi inflasi.

Dalam pada itu, golongan yang makan gaji telah mendapat keuntungan, susulan sepanjang tahun lalu, berjuta-juta pekerja telah bertukar pekerjaan untuk bekerja di syarikat lain yang menawarkan gaji dan faedah yang lebih tinggi.

Senario peletakan jawatan yang ketara ini telah menghasilkan kepada jumlah gaji setiap jam yang lebih tinggi.  Purata di sektor swasta kini ialah AS$32.27, meningkat 5.2 peratus dalam setahun, menambahkan lagi tekanan inflasi di AS.

Namun penganalis turut mendapati, pasaran buruh di AS menunjukkan tanda-tanda baharu kecergasan bermula pada Julai tahun ini.

Seramai 22 juta yang hilang pekerjaan  akibat pandemk Covid-19 telah kembali semula bekerja, dan kadar pengangguran paling rendah dalam sejarah AS telah dicatat, sebanyak 3.5 peratus. – HARAKAHDAILY 15/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Industri francais anak muda ‘mampu teroka’, mana? ..& kerja kosong..

Semoga al-hamulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Ad

3 comments:

Anonymous said...

Pakatan Harapan memerintah negara selama 22 bulan dibawah Mahathir, hutang negara bertambah .

Dari RM686 billion yang ditinggalkan Kerajaan BN, selepas 22 bulan PH memerintah dibawah Mahathir yang bermenterikan Lim Guan Emg sebagai Menteri Kewangan,,hutang yang ditinggalkan Kerajaan PH yang dicatat menghampiri RM850.billion.

Sejumlah RM164 billion hutang dijana olih PH selama 22 bulan. Yang menyedihkan banyak pemilikan harta negara samaada didalam dan luar negara telah dijual tanpa merujuk ke Parlimen atau tanpa diketahui olih rakyat.

Kenapa puak.puak Pakatan Harapan tidak melalak terutama Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu serta geng yang sewaktu dengannya?

Pulau Batu Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew Singapura

Kenapa membisu seribu bahasa? Adakah semua itu "halal" dimata Pakatan Harapan

Anonymous said...

Dalam dewan terpegun rakan abam dengar abam berhujjah. Semua orang x betul. Dia saja yg betul.

Xkan sampai macam tu sekali. Seolah olah dunia dah xda yg bagus. Sebab terlalu faham liberal, sampai nampak diri sendiri terlalu bagus. Ini sejenis penyakit kronik. Terlalu bagus sampai dapig pun nampak suci.

Maksum ker. 22 bulan jadi bulan gerhana buat orang melayu. Bertali arus fitnah dari abam dan sekutunya terutama dapig.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
Satu satunya parti yg tolak politik fitnah.
Satu satunya parti yg tidak mengaibkan musuh.
Satu satunya parti yg miliki pemimpin yg berqualiti akhlaqnya.
Satu satunya parti yg miliki pimpinan yg berwawasan.
Satu satunya parti yg pimpinannya tidak menyalahgunakan kuasa.
Satu satunya parti yg pimpinannya tidak ambil rasuah.
Satu satunya parti yg pimpinannya tidak bertambah kaya bila pegang jawatan.
Satu satunya parti yg pimpinannya berwibawa dan bertanggung jawab.
Jom bersudi sudi dengan pas.
Tolak parti jana ekonomi peribadi bila dapat kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails