Wednesday, August 17, 2022

Merintis hidupkan sunnah memanah & hoki..

 

SUKAN
1. Kelab Memanah Abu Talhah Al Ansari merintis usaha menghidupkan sunnah memanah.


14 Ogos, Tebrau : PAS Cawangan Kampung Kangkar Tebrau telah merasmikan penubuhan Kelab Memanah Abu Talhah Al Ansari dan menganjurkan Program Pengenalan Asas Memanah Tradisional, semalam di Padang Taman Bukit Mutiara dalam suasana yang meriah.

Inisiatif PAS Cawangan melalui Kelab Memanah Abu Talhah Al Ansari tersebut dalam usaha menyuburkan kembali sukan sunnah memanah dalam kalangan masyarakat.

Program dengan kerjasama DACS Kawasan Tebrau serta Kelab Memanah Lestari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Kelab Memanah Tradisional Negeri Johor merangkap Ahli Majlis MBJB Zon Bandar Dato’ Onn, Nor Azhar Abdul Hamid.

Ketua Cawangan PAS Kampung Kangkar Tebrau, Ahmad Rifdi Safian yang menyampaikan ucapan aluan telah menekankan memanah sebagai sukan yang menjadi simbol kekuatan tentera Islam pada masa dahulu boleh dikaitkan secara langsung dengan kekuatan hati, akal dan jasad. 

“Seseorang yang memanah menggunakan mata hati menjadikan ia lebih yakin dan tenang manakala akal yang fokus pula akan melahirkan pemikiran yang tajam.” Ujar Ahmad Rifdi.

Majlis ditutup dengan slot penyampaian hadiah bagi tiga pemenang teratas kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa serta saguhati untuk peserta seramai 100 orang.

Turut hadir Pengerusi Badan Kebajikan Taman Bukit Mutiara, Ahmad Ali, Timbalan Ketua Cawangan Umno Zam Azleen Musa serta Pengerusi KRT Hairuniezam Zainal Abidin.

2. STAR juara hoki SBP peringkat kebangsaan 

SEKOLAH Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh kembali merampas kedudukan juara Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat Kebangsaan (Lelaki) di Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh apabila berjaya menumpaskan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban dengan jaringan 3-1.

Kejohanan Hoki SBP peringkat kebangsaan ini telah dimulakan sejak tahun 2006 dan kali terakhir ia dianjurkan pada tahun 2019 dan edisi ke-14 itu telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

STAR adalah juara bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan kemenangan tahun ini menambahkan koleksi kemenangan STAR untuk kali yang keenam.

Perlawanan yang mempertemukan dua sekolah bersaudara ini telah disaksikan oleh para penyokong dari kedua-dua sekolah. STAR selaku tuan rumah telah mengungguli bukan sahaja perlawanan tetapi juga di luar padang melalui pasukan sorak dari kalangan murid STAR dan juga alumni STAR yang turut sama memberikan semangat kepada para pemain.

STAR mula menggunakan nama jolokan Anaconda sejak tahun 1990 apabila pasukan hoki STAR pada tahun itu telah menggunakan nama jolokan baharu bagi pasukan hoki dan pasukan tersebut telah berjaya menjadi johan Hoki Majlis Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) daerah Kinta 2 dan seterus mewakili daerah sehingga ke perlawanan akhir di peringkat negeri.

Berikut adalah senarai juara bagi kategori lelaki sejak ia mula dilaksanakan.

2006 – SM Sains Machang (SMACH)
2007 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2008 – SM Sains Machang (SMACH)
2009 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2010 – SM Sains Machang (SMACH)
2011 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2012 – SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
2013 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2014 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2015 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2016 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2017 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2018 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2019 – SMS Tengku Muhammad Faris Petra (Faris Petra)
2022 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) – HARAKAHDAILY 14/8/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails