Wednesday, August 17, 2022

'Sila laksanakan', tulis Zahid pada surat niat BNS bina LCS

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2010 telah menyatakan sokongan beliau kepada surat niat daripada Boustead Naval Shipyard (BNS) untuk membina enam kapal peronda generasi kedua, kapal tempur pesisir (LCS).

Walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri itu menafikan pembabitan beliau dalam perolehan kapal berkenaan, dokumen yang dinyahklasifikasi oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) hari ini mendedahkan tulisan tangan beliau kepada Setiausaha Bahagian (SUB) Perolehan pada surat niat BNS yang berbunyi 'Sila laksanakan'.

Surat niat (LOI) daripada BNS itu ditandatangani Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor yang juga Pengarah Urusan BNS ketika itu. LOI diperlukan oleh BNS untuk meyakinkan pengeluar peralatan asal bahawa projek itu mendapat mandat dan restu dari kerajaan.

Ahmad Ramli yang juga bekas panglima tentera laut, dalam surat itu berkata bahawa syarikat berkenaan telah merancang projek LCS selama dua tahun.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dalam memorandum kepada Zahid pada 2 Ogos tahun itu menyatakan kos perolehan LCS adalah tinggi, oleh itu perlu pertimbangan mengenai keutamaan negara dan kapasiti sumber, dan kos projek perlu ditentukan sebelum LOI dikeluarkan.

Kemudian pada 11 Oktober, Unit Perancang Ekonomi (EPU) menulis kepada Kementerian Pertahanan meminta menangguhkan pengeluaran LOI, hingga harga siling bagi projek bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dapat diatur semula.

Bagaimanapun, EPU kemudiannya bersetuju kepada rayuan oleh Kementerian Pertahanan untuk mengeluarkan LOI kepada BNS.


Pada 15 Oktober, Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada BNS, yang menyatakan bahawa perbincangan lanjut antara menteri dan syarikat perlu diadakan mengenai beberapa perkara termasuk terma teknikal dan harga.

Kemudian pada 11 Februari 2011, Kementerian Pertahanan meminta kebenaran daripada Kementerian Kewangan supaya perolehan dilakukan secara rundingan terus dengan BNS.

BNS telah cuba dapatkan LOI daripada Najib pada 2008

Menurut laporan itu, BNS sebenarnya telah cuba mendapatkan LOI daripada kerajaan sejak 2007 selepas mengadakan perbincangan dengan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Sama seperti Zahid, Kementerian Pertahanan di bawah teraju Najib juga pada 15 Januari 2008 meminta Kementerian Kewangan mengeluarkan LOI kepada BNS.

Tidak jelas mengapa permintaan LOI tidak diluluskan, tetapi laporan itu menyatakan bahawa BNS terus membabitkan Najib, walaupun dia kemudian bertukar portfolio kepada Kementerian Kewangan dan selepas itu menjadi perdana menteri hingga Jun 2009.

Minggu lalu Zahid kata tak wajar salahkannya kegagalan LCS

Minggu lalu, Zahid berkata adalah 'tidak wajar' untuk menyalahkannya atas kegagalan perolehan LCS kerana projek itu diberikan selepas tempohnya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan JKSTUPKK jelas menunjukkan Zahid terbabit pada peringkat awal projek itu.

Surat anugerah berkenaan dikeluarkan pada 2011, walaupun kontrak itu sememangnya hanya ditandatangani pada 2014.

JKSTUPKK telah ditubuhkan semasa kerajaan Pakatan Harapan dan diketuai oleh bekas ketua Audit Negara Ambrin Buang.

Zahid juga setuju ubah reka bentuk kapal daripada Sigma kepada Gowind

Selain Zahid dan peranan Kementerian Pertahanan di bawahnya dalam mengeluarkan LOI, laporan itu juga mengesahkan Zahid memang telah mengubah fikirannya mengenai reka bentuk kapal LCS itu.

TLDM mahu menggunakan kapal tempur kelas Sigma untuk LCS, yang pada asalnya dipersetujui Zahid pada Mei 2011.

Kapal LCS yang masih di dalam pembinaan ketika lawatan media ke tapak pembinaan LCS) di Boustead Naval Shipyard (BNS) Lumut, Perak. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Bagaimanapun, dua bulan kemudian, Zahid atas cadangan BNS, bertukar kepada reka bentuk kapal peronda Gowind, tanpa restu TLDM.

Pada masa sama, laporan itu juga menyatakan Zahid mungkin telah diberikan maklumat yang tidak betul mengenai projek tersebut pada satu ketika.

Pada 19 September 2011, memorandum yang disediakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk kelulusan Zahid mengandungi maklumat tidak betul berhubung harga sistem pengurusan tempur (CMS).

Bahagian perolehan telah menyatakan bahawa Setis CMS oleh kumpulan Tentera Laut Perancis, syarikat yang sama membuat kapal peronda kelas Gowind bernilai RM270 juta, termasuk sistem dan kos penyepaduan.

Ini sepatutnya lebih murah daripada CMS saingan yang berharga RM349.45 juta.

Namun, JKSTUPKK mendapati harga yang disebut untuk CMS Setis tidak termasuk sistem dan proses integrasi serta perlindungan nilai mata wang seperti yang dilaporkan oleh TLDM dalam surat pada 26 Julai 2011.

Sebaliknya, harga Setis CMS dalam kontrak adalah RM479.4 juta - RM209.4 juta lebih daripada jumlah yang asalnya dinyatakan kepada Zahid.

Projek LCS itu bertujuan untuk mendapatkan enam kapal tempur untuk TLDM dengan kos RM9 bilion.

Kapal pertama sepatutnya dihantar pada 2019. Bagaimanapun, hingga kini semua kapal masih dalam pembinaan walaupun kerajaan sudah membayar RM6 bilion. (BH)


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Cara terbaik bossku untuk pilihanraya awal Najib dan beberapa pengikut MP dalam BN/UMNO jadi calon bebas minggu ini.

Esok umum jadi calon bebas bersama MP yg memyokong Bossku...!! Kerajaan Smail Bera sudah tumbang...!!


Secara otomatik kerajaan ini tumbang dan parlimen didesak bubar...!!


Ini cara mengajar hakim hakim korup yang berjuang bersama pejuang liberal, pluralis murtad, LGBT, COMANGO, G25 SIS dan seksuality merdeka...


Hakim hakim ini hakim yang korup



#jadibebasparlimenbubar

Anonymous said...

Do or die..!?


Melewat lewatkan pembubaran Parlimen dengan berbagai alasan , membesar besarkan isu LCS dan memberi ruang yang besar kepada parti pembangkang untuk membenam UMNO, serta membenarkan "pendakwaan" terpilih terhadap beberapa nama besar pemimpin UMNO

Namun apa yang dilihat segala perancangan ini hanya menjurus kepada satu tujuan saja iaitu melupuskan 'puak yang menguasai PWTC " dan mengangkat kredibiliti Kluster UMNO diPutrajaya agar dilihat sebagai Mr and Mrs Clean .

Tanpa menjejaskan nama Pakatan Harapan dan hanya melalui strategi persefahaman,.tiap bait waktu, UMNO dan BN kini mula terbeban kerana "langkah sumbang" yang dlakukan olih Ismail Sabri.dan kluster nya .

Musuh UMNO sebenarnya bukanlah Pakatan Harapan mahupun Perikataan Nasional mahupun Mahathir tetapi musuh UMNO adalah dari kalangan pemimpin"mereka yang merasakan diri hebat' serta mereka yang memegang kuasa tetapi berkeinginan untuk menguasai UMNO.

Hanya kerana ingin mengekalkan kuasa maka, segala nasihat dan pandangan dari kelompok tertinggi Parti disampingkan dengan alasan untuk mengekalkan kestabilan politik dan bukan untuk meningkatkan ekonomi mahupun untuk memulihkan pasaran saham mahuoun pasaran modal.

Bagi mereka "1 down and 1 more to go'.dan Ungkapan.ini sebenarnya menjurus kepada Najib dan Zahid.

Mereka mengimpikan agar kedua watak ini segera dinyahkan agar memudahkan cita cita politik mereka.

Tetapi adakah cita cita dan keinginan mereka ini akan tercapai?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails