Tuesday, August 16, 2022

LSC: Baru 'dituduh' RM21 juta. Sama macam kes terowong LGE..

 

Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor (kanan) yang juga bekas Panglima Tentera Laut tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Isu LSC: Bekas Panglima TLDM dituduh pecah amanah lebih RM21 juta

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada 2010 dan 2011, di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, 78, yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu sebagai Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dengan curang meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd iaitudengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation Pte. Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Pertuduhan ketiga, beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, iaitudengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Semua kesalahan itu dilakukan di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Menara Boustead,Jalan Raja Chulan pada 26 Julai 2010, 28 Oktober 2010, 25 Mac 2011, 19 April 2011, 4 Mei 2011 dan 22 November 2011.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan sebat serta denda.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib, manakala tertuduh diwakili Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Akram kemudian memohon tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan cagaran berbayar RM200,000.

"Syarat tambahan tertuduh dijamin warga tempatan dan pasport diserahkan kepada mahkamah untuk simpanan. Kami juga menawarkan 24 November ini untuk tarikh sebutan kes kerana pihak pembelaan memaklumkan mahu menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC)," kata Wan Shaharuddin.

Susulan itu, Mohd Yusof berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan pasukan pendakwaan.

"Saya juga mengesahkan mengenai surat itu untuk menyemak semula kes berkenaan" katanya.

Hakim kemudian bersetuju dengan jumlah ikat jamin, syarat tambahan dan tarikh ditawarkan pihak pendakwaan.

Mahkamah tetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen berkaitan.

Terdahulu, Ahmad Ramli yang memakai kot hitam dan berkemeja putih tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi, sebelum masuk mahkamah diiringi ahli keluarga.

Ahmad Ramli dilantik sebagai Panglima TLDM pada 1996 sebelum bersara wajib pada 1998 selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan itu.

Beberapa pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.45 pagi untuk merakam video serta gambar bekas pegawai kanan itu.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan LCS kepada Jabatan Peguam Negara.

Sehari sebelum itu, Jemaah Menteri meminta SPRM menyegerakan siasatan berhubung isu membabitkan projek LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dipetik berkata mesyuarat Jemaah Menteri yang membincangkan secara terperinci perkara itu, turut meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun membuat pendakwaan jika ada bukti kukuh serta membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan kos keseluruhan RM9 bilion dan kontrak bagi projek itu bermula 2013 serta dijangka siap dalam masa 10 tahun.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS, yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

PAC melalui laporannya juga mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS itu, selain mengesyorkan tujuh langkah.

Ia termasuk SPRM mengambil tindakan terhadap dapatan laporan PAC itu, Laporan Audit Forensik serta Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).Selain itu, MINDEF perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada PAC setiap tiga bulan sehingga projek itu disiapkan dan JKSTUPKK dinyahklasifikasikan. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimLSC: Baru 'dituduh' RM21 juta. Sama kes terowong L/Guan Eng, tidak seperti kes rogol bekas pimpinan DAP Perak, yang sudah ternyata kesalahannya.

Apa pun, jangan ikut perangai jahat seperti DAP!

......

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Abam adalah spesis kaleng. Pepat di luar rencong di dalam. Sanggup bersekongkol ngan dap. Puncanya kerana rencong. Sangat merbahaya. Liberal adalah rencong kepada Islam.

Sanggup hiris jiwa umat Islam. Hanya kerana kerusi pm, sanggup gadai jati diri melayu. Ada saja fitnah dari abam untuk menyukakan eng guan.

Lebih teruk dari atok. Sebab fitnahnya hanya kepada parti Islam. Apa yg dap buat, abam sokong belaka. Apa yg orang Islam buat, akan ada bangkangan dari abam. Liberal atau mungkin juga agen zionist.

Unnamed said...

Sejurus selepas Pemuda PAS mengajak penyokong pembangkang menjatuhkan kerajaan Pahang - yang dipimpin Umno bersama BN - Asyraf Wajdi Dusuki tambil memberikan reaksi segera.

Kata Ketua Pemuda Umno itu melihat kepada tindakan Pemuda PAS tersebut, adalah tidak mustahil untuk parti berkenaan kembali menyertai gabungan disertai PKR dan DAP.

"Untuk PAS kembali kepada PKR dan DAP bukanlah sesuatu yang mustahil kerana mereka pernah bersama dalam Pakatan Rakyat atas matlamat yang serupa dengan saranan ketua Pemuda PAS hari ini (iaitu) semata-mata untuk mengalahkan Umno.

"Kalau PAS boleh meninggalkan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) untuk bersama dengan Bersatu membentuk Perikatan Nasional (PN), tidak mustahil juga mereka boleh berubah untuk bersama dengan 'pasangan' baru," katanya sebentar tadi.

Asyraf Wajdi berkata demikian sebagai mengulas saranan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyeru penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) membantu mereka untuk menawan Pahang daripada BN.

Kata Ahmad Fadhli, dengan bantuan undi daripada penyokong PH, PAS yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi di Pahang kerana pada pilihan raya umum (PRU) lalu mereka hanya tewas dengan undi kecil di pelbagai kawasan dewan undangan negeri.

Malah ahli parlimen Pasir Mas itu juga secara terbuka menyerukan agar Pahang dijadikan satu lagi negeri ditadbir oleh PAS selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kata Asyraf Wajdi kenyataan Ahmad Fadhli itu juga mengundang persoalan mengenai kejujuran PAS ketika ini.

Menurutnya kelmarin Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata jalan perlu dicari bagi menyelamatkan MN yang dimeterai kedua-dua parti pada 2019.

"Apabila Ketua Pemuda PAS bersungguh-sungguh mengajak DAP-PKR (dan) PH menjatuhkan kerajaan Umno di Pahang, apakah bermakna kenyataan Mursyidul Am PAS kelmarin hanyalah sandiwara semata-mata?" soalnya.

Pun begitu Asyraf Wajdi menjelaskan - dalam nada sinis - apa yang berlaku itu adalah "seni politik" yang membawa pelbagai kemungkinan.

"Itulah seni politik. Seni yang serba berkemungkinan. Seni yang boleh berubah-ubah.

"Seni yang jika agama dikesampingkan, matlamat boleh menghalalkan cara," katanya.

Untuk rekod dalam keadaan hubungan PAS-Umno yang kian menegang, ada pihak tertentu di dalam - dan luar - parti itu sedang cuba memulihkan kerjasama yang dijalin melalui MN.

PAS pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2016 sebelum parti itu bertindak keluar daripada gabungan tersebut.

Susulannya, Parti Amanah ditubuhkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang tidak puas hati dengan keputusan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun mengikut sejarah PAS pernah bekerjasama dengan DAP lebih awal iaitu pada 1999 apabila Barisan Alternatif ditubuhkan.

Melalui gagasan yang muncul selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno, PAS menyertai Barisan Alternatif yang menghimpunkan DAP, Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Anonymous said...

Apasai pas tidak terus bersama pkr dan dapig. Simple jer sebabnya. Dap nak jadi ketua. Tidak bertoleransi. Bila dap nak buat demokrasi kat p pinang, pas ikut. Tapi bila pas nak buat hukum syariah kat kelantan, dap bantah. Jadi bila dap nak buat sesuatu, gabungan mesti bersama. Tapi bila gabungan nak buat sesuatu, dap membentak. Ini sikap fahaman komunis yg jadi anutan dap.

Kerana dap langgar perjanjian kerjasama, maka pas terpaksa tarik diri. Bukan sebab pas tiada pendirian. Tapi sebab dap gagal ikut perjanjian. Pas kekal dengan objektif berpolitik. Sekarang parti komunis kekal sebagai abang long dalam pakatan hancing. Apa jadi pada presiden parti kuali. Dah kena cucuk hidung. Tiada lagi memartabatkan bangsa melayu. Tapi dah jadi stemroll untuk dap. Lenyek orang melayu. Abam pun sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails