Wednesday, August 17, 2022

11 Hindu rogol ramai-ramai wanita Islam hamil dibebaskan..

 

Wanita melaungkan slogan semasa protes terhadap dakwaan merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 19 tahun di kampung Bool Garhi di negeri Uttar Pradesh, di New Delhi pada 2 Oktober 2020. - Foto AFP

11 individu disabitkan kesalahan rogol berkumpulan pada 2002 dibebaskan 

AHMEDABAD: Sebelas orang lelaki Hindu yang dipenjara seumur hidup atas kesalahan merogol seorang wanita Islam yang hamil beramai-ramai ketika rusuhan Hindu-Muslim pada 2002 telah dibebaskan dengan pengampunan, kata pegawai semalam.

Keputusan itu mengundang kecaman daripada suami mangsa, peguam dan ahli politik.

Kesemua mereka disabitkan hukuman atas kesalahan itu pada awal 2008 dan dibebaskan dari penjara di Panchmahals di negeri barat Gujarat Isnin lalu, ketika India meraikan ulang tahun ke- 75 kemerdekaan sejak berakhirnya pemerintahan British.

Birokrat tertinggi Panchmahals memberitahu Reuters, jawatankuasa penasihat penjara daerah telah mengesyorkan pembebasan itu selepas mempertimbangkan kesemua pesalah berkelakuan baik di penjara.

"Mereka telah menghabiskan hampir 15 tahun masa di penjara dan layak untuk pengampunan," kata Sujal Jayantibhai Mayatra.

Undang-undang India membenarkan banduan mendapat pengampunan selepas 14 tahun dipenjarakan, kata pegawai kerajaan.

Rakaman media menunjukkan seorang lelaki memberikan manisan kepada banduan di luar penjara selepas menyentuh kaki salah seorang daripada mereka, sebagai tanda penghormatan.

Sementara itu, suami mangsa, Yakub Rasul, memberitahu Reuters, mereka kecewa kerana rusuhan itu turut mengorbankan ramai ahli keluarga yang lain.

"Kami kehilangan keluarga dan ingin hidup aman, tetapi tiba-tiba ini berlaku.

"Kami tidak mempunyai maklumat awal mengenai pembebasan mereka, sama ada daripada mahkamah atau kerajaan. Kami hanya mengetahuinya daripada media," katanya.

Ahli politik dan peguam pembangkang berkata, pembebasan itu bercanggah dengan dasar kerajaan untuk menaikkan taraf wanita di negara yang terkenal dengan keganasan terhadap golongan berkenaan.

"Pengampunan hukuman terhadap banduan jenayah ngeri seperti rogol berkumpulan dan pembunuhan adalah tidak wajar dari segi moral dan etika.

"Apakah isyarat yang disampaikan kepada kami?" kata peguam kanan, Anand Yagnik.

Untuk rekod, keganasan di Gujarat, salah satu rusuhan agama paling teruk di India menyebabkan kematian lebih 1,000 orang kebanyakannya beragama Islam.

Gujarat kemudiannya dipimpin oleh Perdana Menteri India ketika Narendra Modi memegang jawatan Ketua Menteri, dan parti nasionalis Hindunya Bharatiya Janata masih memerintah. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peristiwa di atas di India, 11 Hindu rogol ramai-ramai wanita Islam sedang hamil telah dibebaskan, tiada dihukum.. Sama dengan di Malaysia, sekumpulan Hindu membunuh seorang pekerja Islam di negara umat Islam Malaysia, pun dibebaskan tiada apa-apa tindakan undang-undang diambil.

Mungkin tidak kerana kepartian PH atau DAP?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Abam tak prihatin soal agama. Cuma prihatin bab rasuah. Pada liberal, rasuah atau materialisme adalah penentu kecundang atau tidak saat menempuh duniawi. Ini lebih kepada memihak kepada dapig yg semangat hidup pada materialisma.

Sudah tentu agama atau fitrah manusia yg punya kehidupan selepas mati terabai. Kerana setiap hari abam akan meratib rasuah, inflasi, dan sebagainya. Bukan tidak penting, tapi harus berimbang. Agama dan dunia mesti berimbang.

Ini tiada pada abam.
Hina agama, abam bisu.
Murtad, abam bisu.
Zina, abam bisu.
Mabuk, abam bisu.
Oktober fest, abam bisu.
Bon odori, abam bisu.
Lgbt, abam bisu.
Bisu bisu bisu bisu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails