Monday, April 25, 2022

Isu bincang tanam ketum, hemp: Ok, lampu hijau dari k'jaan.

 

Perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum dan hemp bagi tujuan perubatan akhirnya mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. - Foto fail NSTP

Kerajaan benar bincang isu tanam ketum, hemp

KANGAR: Perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum dan hemp bagi tujuan perubatan akhirnya mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata Kabinet tidak mempunyai halangan dan sudah memberikan kebenaran untuk satu perbincangan dilakukan pihaknya yang mewakili Parlimen Padang Besar dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kelulusan tanaman berkenaan yang hanya diperuntukkan untuk tujuan perubatan.

"Lampu hijau' ke arah perbincangan itu sudah diberikan minggu lalu dan kita yakin selepas proses (perbincangan) itu selesai, Kabinet dapat meluluskan penanaman ketum dan hemp ini tidak lama lagi.

"Perkembangan ini sebenarnya baik terutama kepada mereka yang terbabit dalam bidang perubatan, tetapi kelulusan akan diperoleh ini kelak untuk minum air ketum sesuka hati, sebaliknya untuk perubatan saja.

"Masyarakat juga diharap tidak salah faham apabila kelulusan penanaman daun ketum diterima, ia bukan untuk kegunaan sendiri seperti minum, sebaliknya kedua-dua tumbuhan ini iaitu ketum dan hemp mendapat permintaan tinggi di luar negara," katanya selepas menghadiri Program Nilai Setitik Darah 10.0 anjuran UMNO Parlimen Padang Besar di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pembedahan) HTF, Dr Nordin Mohamed dan Pakar Perubatan Unit Transfusi HTF, Dr Wan Noor Falah Wan Yahaya. 

Zahidi (kanan) beramah mesra dengan peserta derma darah di Unit Transfusi HTF, Kangar, hari ini. - NSTP/Aizat Sharif

Zahidi berkata, kebenaran menanam ketum ini dilihat dapat membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup kerana prosesnya mudah.

"Jika dikaji, ketum hanya memerlukan angin, matahari dan tanah, ia tidak perlukan baja selain mempunyai permintaan tinggi di luar negara.

"Pada masa sama, hemp pula adalah tanaman alternatif yang boleh digunakan untuk perubatan. Secara alternatifnya, hemp adalah sebahagian daripada program kredit karbon yang mana ia boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen sebanyak tiga kali ganda," katanya.

Sebelum ini, cadangan penanaman hemp sudah beberapa kali dibangkitkan Kaukus Medical Cannabis yang dipengerusikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Malah kaukus ini juga sudah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan potensi industri berkenaan dalam membantu bidang perubatan serta menjana ekonomi negara.

Industri penanaman hemp kini semakin giat dibangunkan di negara luar dan sehingga kini, sebanyak 40 negara membenarkan penggunaan hemp untuk perubatan.

Malah, nilai pasaran industri berkenaan mampu mencecah RM60 bilion selain negara jiran, Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk pembangunan negara mereka.

Zahidi berkata, kebenaran menanam ketum ini dilihat dapat membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup kerana prosesnya mudah.

"Jika dikaji, ketum hanya memerlukan angin, matahari dan tanah, ia tidak perlukan baja selain mempunyai permintaan tinggi di luar negara.

"Pada masa sama, hemp pula adalah tanaman alternatif yang boleh digunakan untuk perubatan. Secara alternatifnya, hemp adalah sebahagian daripada program kredit karbon yang mana ia boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen sebanyak tiga kali ganda," katanya.

Sebelum ini, cadangan penanaman hemp sudah beberapa kali dibangkitkan Kaukus Medical Cannabis yang dipengerusikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Malah kaukus ini juga sudah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan potensi industri berkenaan dalam membantu bidang perubatan serta menjana ekonomi negara.

Industri penanaman hemp kini semakin giat dibangunkan di negara luar dan sehingga kini, sebanyak 40 negara membenarkan penggunaan hemp untuk perubatan.

Malah, nilai pasaran industri berkenaan mampu mencecah RM60 bilion selain negara jiran, Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk pembangunan negara mereka. (BH)...

...

2 comments:

Anonymous said...

Setuju. Jom tanam ketum!

Anonymous said...

Untungnya bila PAS dlm kerajaan pusat. Tanaman ketum telah dihalalkan. Harapkan PH, itu x blh, ini x blh. Itu haram. Ini haram. Puii!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails