Friday, April 29, 2022

6 tuduhan bersetubuh, amang seksual.. & babi penyakit.

 

Seorang tukang rumah berdepan enam pertubuhan lakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen Butterworth. Turut didakwa isterinya kerana mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan emosi. - NSTP / DANIAL SAAD

1. Tukang rumah hadapi 6 pertuduhan bersetubuh, amang seksual anak tiri

BUTTERWORTH: Seorang tukang rumah didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan kerana melakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya antara Januari 2020 hingga minggu lalu.

Tertuduh, 35, yang juga seorang mualaf mengaku salah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus dan Noor Aini Yusof.

Berdasarkan pendakwaan, tertuduh berdepan tiga pertuduhan melakukan persetubuhan terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Bandar Perai Jaya, di sini antara Januari 2020 hingga 23 April tahun ini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa atas tiga lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan kes akan disebut semula 30 Mei depan sementara menunggu laporan perubatan, laporan psikiatri dan laporan pusat temubual kanak-kanak (CIC).

Dalam pada itu, isteri tertuduh yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berkenaan turut didakwa atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan emosi.

Tertuduh, 40, mengaku salah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhayati, yang mana yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes akan disebut semula 31 Mei depan sementara menunggu laporan psikiatri mangsa. (BH)


2. Lapor polis mengenai babi berpenyakit dibawa keluar 
Aminuddin Harun (tengah) bersama sebahagian penerima BKK Aidilfitri membabitkan pegawai Jabatan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan di Seremban, hari ini - Foto NSTP/Mohd Amin Jalil.

SEREMBAN: Kerajaan negeri menggesa pihak berkaitan membuat laporan polis berhubung 'kehilangan' 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

Ia susulan babi berkenaan dipercayai yang ada antaranya dijangkiti kuman Demam Babi Afrika (ASF) dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata ini bagi membolehkan tindakan dapat diambil segera dan mengelak berterusan.

Katanya, semua pihak sedia maklum jika haiwan berkenaan dibawa keluar dari kawasan kandang itu boleh menyebabkan kuman ASF merebak ke kawasan lain.

"Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dapat bertindak tegas terhadap masalah ini.

"Kita kena kawal tambahan pula kawasan itu tidak dibenarkan untuk aktiviti pemeliharaan dan penyembelihan babi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri Kepada Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anggota perkhidmatan Persekutuan, di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malek.

Aminuddin mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid. baru-baru ini, yang berkata setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan berkaitan perkara berkenaan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata aspek keselamatan perlu dikuatkuasakan dan pihaknya juga khuatir andai penyakit Japanese EncephaIitis (JE) boleh berulang di kawasan itu.

Menurutnya, sebahagian besar masyarakat di kawasan berkenaan seperti di Sungai Nipah, Bukit Pelandok, Site A dan Site C khuatir jika perkara-perkara seperti itu berlaku.

"Ia bukan hanya membabitkan kalangan penternak tetapi masyarakat lain juga bimbang tentang penyakit JE yang pernah memberi kesan besar kepada penduduk kawasan itu," katanya.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir mendedahkan masih berlaku aktiviti penyembelihan babi dijalankan di ladang tidak berlesen terbabit.

Bakri berkata, kegiatan itu dikesan selepas beliau melakukan lawatan mengejut ke kawasan berkenaan dan susulan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah diminta membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit. (BH)

4 comments:

Anonymous said...

Boleh buat laporan pasal 20 000 babi hilang. Dan nanti akan ada rakan rakan legasi komunis yang akan back up legasi komunis. Sebab makan babi itu hak asasi parti legasi komunis. Peduli apa babi tu bawa virus atau tidak.

Depa bukan nak sepakat dengan muslim, tapi sepakat dengan pelahab babi. Nak letak kat kategori jahil atau khianat Islam.

Anonymous said...

Macam macam hal. Kalau dah kepingin nak kerusi pm, apa pun boleh berlaku. Walaupun terpaksa meninggalkan sahabat Islam untuk berakan dengan infidel. Dunia punya hal, agama pun jadi seperti bahan sastera.

Anonymous said...

Apakah rakyat boleh ditipu sekali lagi dengan fitnah. Rm 90 juta punya skrip pun makan belanja juta. Kat iraq dulu ada fitnah senjata nuklear. Tumbang saddam hussein. Kat sini rm90 juta. Nak tumbang tghh. Hampir berjaya. Sekarang pasleak. Campur gaul. Banyak nama dalam pasleak.

Mesti ada nama orang pas. Nak jolok bagi jatuh parti pas. Nak smear. Adakah agenda legasi komunis, atau kris atau liberal, atau kuali. Jangan percaya fitnah. Rosak negara. Yang penting tolah parti rasuah. Tolak parti legasi komunis. Tolak parti jahil liberal.

Anonymous said...

Yang penting parti bersih dan tidak terlibat rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails