Thursday, February 10, 2022

Judi, kini beralih ke banglo mewah.. Tetap pembawa sial!

 

Anggota polis D7 Bukit Aman menahan sebahagian pelanggan yang sedang berjudi dalam serbuan di rumah banglo yang dijadikan pusat operasi judi dalam talian dan penipuan di Ampang Hilir, Ampang. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

Banglo mewah di kawasan elit jadi pusat judi dalam talian

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini sindiket perjudian dalam talian menjadikan kondominium dan residensi mewah sebagai pusat panggilan mereka, kini mereka beralih ke banglo mewah di kawasan elit.

Ini terbukti apabila Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menggempur sebuah banglo mewah dua tingkat di Jalan U-Thant, di sini, pada jam 3 petang tadi yang dijadikan pusat perjudian dalam talian.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata serbuan ke atas banglo disewa RM20,000 sebulan itu dilakukan berdasarkan maklumat awam sebelum pihaknya menjalankan risikan di kawasan berkenaan..

"Hasil serbuan ini, polis menahan 33 lelaki rakyat tempatan dan dua wanita warga China berusia antara 18 hingga 48 tahun yang mengendalikan aktiviti perjudian dalam talian serta penipuan berbentuk pelaburan.

"Semua suspek dipercayai menjadikan banglo mewah ini sebagai markas operasi pusat panggilan mereka sejak hujung tahun lalu dengan pelbagai sistem router dan wifi yang boleh menghalang aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa," katanya selepas serbuan berkenaan.

Mohamad Noor berkata, pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan dalang utama kepada sindiket berkenaan.

Katanya, sindiket ini menyasarkan pemain judi dalam talian di dalam dan luar negara untuk membuat pertaruhan serta menjadikan mangsa warga tempatan dan luar negara terbabit kegiatan penipuan pelaburan.

"Berdasarkan maklumat serbuan di Jalan U-Thant ini juga, polis menyerbu satu lagi unit kediaman di Taman Tasik Titiwangsa dan memberkas 12 individu dipercayai rangkaian kepada sindiket yang diserbu sebelum itu.

"Pihak kami sentiasa komited mengesan dan membanteras sebarang elemen perjudian dalam talian meskipun sindiket menggunakan pelbagai taktik dan cara bagi mengelak aktiviti mereka dikesan seterusnya dibanteras," katanya.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, sebanyak 42 komputer dan 256 telefon bimbit digunakan dalam aktiviti perjudian dalam talian serta penipuan dalam pelaburan dirampas.

Tinjauan BH mendapati keadaan dalam banglo itu sangat kotor dengan setiap bilik tidur menempatkan antara 12 hingga 15 ahli sindiket yang menjalankan kegiatan mereka selama 24 jam sehari.

Sehubungan itu, D7 meminta masyarakat setempat dan orang awam sentiasa menyalurkan maklumat bagi memastikan aktiviti mereka dibanteras sepenuhnya.

Komen Weblog Ibnu HasyimJudi, kini beralih canggih ke banglo mewah.. Tetapi tetap pembawa sial! Mengapa dikatakan begitu? Mari kita lihat sejarah. 

UMNO, ditubuhkan pada 1948. Tetapi ulamak-ulamak Islam yang ingin mengikut syariat Islam terpaksa berpecah dengan UMNO beberapa tahun kemudian bila bertembug dalam kes judi, loteri dan sejenisnya. Ertinya, judi pembawa sial kepada perpecahan Melayu.

Cuma baru-baru ini, ada unsur-unur penyatuan semula Melayu, tetapi dalam PRN Johor UMNO/PAS sudah tidak seiring lagi.


Lanjut sila lihat..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim

E-Buku IH-17: 'Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...'

001 - Muqaddimah.
002 - Siasah Ulama
003 - Tikaman Tersirat
004 - Nama & Rahsia Siasah
005 - PAS Bebas Lepas
006 - Bersama Kebangkitan..
007 - Di Bawah Dr. Abbas
008 - Mula Dg Tangan Terbuka
009 - Pilihanraya Umum 1
010 - Prof Dr Burhanuddin
011 - Muktamar Ke-5 Menarik
012 - Pembunuhan Pertama..
013 - Bahaya Dari Gunung ?
014 - Merdeka !
015 - Persiapan Kepimpinan.
016 - Menggempur !
017 - Bentuk Kerajaan.
018 - Ke Mana Burhanuddin ?
019 - Ekonomi & N/ Kebajikan
020 - Politik Global 1960-1964
021 - Demokrasi Liar
022 - Burhanuddin, Nasionalis ?
023 : Pilihanraya 1964
024 - Perginya Ustaz Zulkifli..
025 - Masalah Singapura.
026 - 1969 Tahun Cabaran
027 - Kerajaan Campuran
028 - K/Campur & Pengalaman.
029 - K/Campuran Jatuh.
030 - Bangkit Dg Perubahan..

Perlembagaan PAS (klik gambar):
E-Buku IH-47:: Perlembagaan PAS

3 comments:

Anonymous said...

Amerika Syarikat is a great country.. hollywood awesome..!!

Apa WSJ rasa dengan ibu muda ini..!?

https://youtu.be/gNyhsrtdgZI

WSJ kata Malaysia negara korup..!?

https://youtu.be/U-vLLWGEF1M

Lihat semua link bawah nih siapa yang korup..!!?

Anonymous said...

Susah nak hapus judi haram, sebab bangsa legasi komunis suka judi. Susah nak hapus dadah sebab adun legasi komunis ada yg ditangkap ambil najis dadah. Susah nak hapus arak, sebab legasi komunis jadikan arak sebagai minuman harian. Susah nak hapus rasuah sebab legasi komunis suka rasuah.

Selama 60 tahun parti kris jadi kerajaan, kedai jual nombor ekor, kedai toto, tumbuh macam cendawan. Judi halal kononnya. Kan ker jahil namanya. Ada lagi race kuda. Ini semua sumbangan parti kris kepada maksiat.

Jahat legasi komunis dan jahat parti kris lebih kurang sama, banyakkan masiat. Akhirnya terbukti dengan kes ajib, kes 47 kes, kes trowong gelap dan trowong bawah tanah, kes adun ambil dadah, kes adun merogol. Semua maksiat dalam masyarakat tumbuh kerana dalam kerajaan dan kepimpinan ada maksiat.

Selama pemimpin bermaksiat, maksiat berkembang dan subur. Pilih parti yang pimpinan bermaksiat, maksiat akan berlanjutan. Pilihlah parti yang terbukti bersih dan bebas rasuah. Bebaskan malaysia dari maksiat. Jangan lagi percaya dengan retorik parti kris, parti legasi komunis, parti liberal, parti kuali, parti atok, parti womenizer. Biar pemimpin maksiat, semenatara rakyat tolak pemimpin maksiat.

BERI SOKONGAN PADA PARTI YANG TERBUKTI BEBAS RASUAH, DADAH, ARAK. KE ARAH TOLAK MAKSIAT.

Anonymous said...

Tolak parti Barua DAP@LeeKwanYew..

Pulau Batu Putih selamba gentel garu telo gadai pada anak Cina Lee Kwan Yew di Singapura.. Jangan lantik pemimpin dari Utara....

pulau digadai akidah pun digadai..22 tahun 22 bulan acah acah Melayu Islamik akhirnya jadi barua DAP@LeeKwanYew

nak fakta ka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails