Tuesday, January 11, 2022

UMMAH desak Azam Baki berehat, bercuti

 

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak agar Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berehat dan bercuti.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, UMMAH akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri bagi mendesak dengan segera mengarahkan supaya satu siasatan yang teliti mesti dibuat di bawah kendalian Jawatankauasa Parlimen oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sekuriti Malaysia.

“UMMAH juga mendesak agar PM mengarahkan Azam Baki perlu berehat dan bercuti dalam tempoh siasatan dilakukan,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, UMMAH telah meneliti kenyataan akhbar Azam Baki yang dibuat pada 5 Januari dan kenyataan daripada enam ahli lembaga penasihat SPRM yang tidak selari, mencurigakan dan mengejutkan rakyat.

Mohd Zai Mustafa

Menurutnya, isu itu yang melibatkan pembelian saham bernilai jutaan ringgit yang menggunakan akaun Azam Baki oleh adiknya Nasir Baki.

Katanya, perbuatan itu bertentangan dengan Seksyen 25 SICDA di mana setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama akaun pemilik.

Beliau menambah, perbuatan yang dilakukan oleh Azam sebagai Ketua Pesuruhajaya boleh menimbulkan perspektif yang sangat negatif kepada institusi Ketua Pesuruhjaya SPRM dan institusi SPRM sendiri.

“Keadaan ini sangat menjejaskan reputasi SPRM sebagai sebuah institusi yang tinggi integritinya di dalam negara mahupun di luar negara,” ujarnya.

Menurutnya lagi, institusi SPRM dan Ketua Pesuruhjaya mestilah dilihat bersih, bebas dan berintegriti tinggi.

“Selagi Azam masih menerajui SPRM dalam keadaan beliau juga mempuyai kes dalam siastan akan meletakkan institusi SPRM dalam dilema, tidak bebas dan hilang kepercayaan oleh rakyat.

“Ini juga akan melibatkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kerajaan yang ada khususnya Perdana Menteri,” tambahnya lagi.

Pada 5 Januari lalu, Azam menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mempunyai kepentingan dalam skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa mencemar imejnya.

Menurutnya, beliau telah menjelaskan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urus niaga beliau dan tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

Azam juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengawal ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular.

Katanya, ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

Ssusulan itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Azam berhubung skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, setelah perbincangan bersama Ahli LPPR, mereka berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan pecuniary (kewangan) atau benefisial ke atas saham berkenaan. – HARAKAHDAILY 10/1/2022

2 comments:

Anonymous said...

Jangan berhenti atau berehat Pak Cik Azam......kerja jahat ni dari DAP. Ayah Chik kabor doh.....idup Melayu Isle...

Anonymous said...

Satu lagi karya parti liberal. Rakyat percaya pada keputusan mahkamah. Biar mahkamah tentukan. Nazeri ajis pun tiba tiba jadi saksi eng guan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails