Wednesday, January 12, 2022

Masjid Ja’me Di Yokohama Jepun, Masih Berhutang 1 Juta USD, Jom bantu...

 

MUSLIM DI JEPUN KIAN MENINGKAT SETIAP TAHUN  

Bandar Yokohama merupakan bandar kedua terbesar di Jepun. Di mana ketika ini, hampir 70 ribu muslim termasuk golongan imigran yang berada di Jepun. (Sumber: [PDF] researchgate.net )  

Alhamdulillah, seronok bila dapat tahu perkembangan Islam semakin pesat di negara terbit matahari ini.  

MASJID JA’ME YOKOHAMA TAK MAMPU TAMPUNG RAMAI JEMAAH
MASJID YOKOHAMA DULU:  

  • Keluasan masjid hanya bangunan rumah kedai 2 tingkat
  • Ruangan masjid sempit, hanya mampu tampung 600 jemaah saja
  • Sesetengah jemaah terpaksa solat di tempat wuduk dan jalan tar.
  • Aktiviti dakwah Islam sukar dijalankan.
  • Tiada ruang buat golongan mualaf baru atau saudara Muslim yang tiada rumah untuk tumpang tidur dalam masjid.
  • MASJID YOKOHAMA KINI 

    • Ruangan masjid kian luas

    • Boleh menempatkan sehingga 1000 jemaah dalam satu masa

    • Aktiviti keagamaan dapat dijalankan lebih kerap

    • Terdapat fasiliti yang lengkap seperti:

    • Dapur untuk memasak makanan halal
    • Ruang untuk sidang media
    • Ruang untuk kelas agama buat anak-anak islam Jepun
    • Ruang buat muslim Jepun yang tiada rumah untuk berteduh.
  • MASJID JA’ME YOKOHAMA MASIH BERHUTANG 1 JUTA USD UNTUK KOS NAIK TARAF

Biarpun kerja naik taraf sudah siap, namun Masjid Ja’me ini masih berhutang kos pembinaan sebanyak 1 Juta USD.  

Dimana kos pembinaan tersebut merangkumi aspek:  
  • Luaskan ruangan solat  
  • Tambah fasiliti seperti ruang memasak, ruang kelas agama dan sebagainya.  


Buat pengetahuan tuan/puan masjid ini sudah mula beroperasi selepas di naik taraf sejak Oktober 2020 lagi.

BANTU LUNASKAN HUTANG MASJID JA’ME YOKOHAMA DENGAN BERWAKAF  

Atas dasar itu, MyFundAction mengambil inisiatif membantu Masjid Ja’me bagi mengumpul dana untuk melunaskan hutang pembinaan naik taraf sebanyak 1 Juta USD dengan membuka peluang wakaf kepada seluruh rakyat Malaysia.  

Hanya serendah RM 30/nama, anda boleh menyertai program wakaf ini.  

Insya-Allah sama-sama kita bantu lunaskan hutang masjid ini dan dapat mengembangkan lagi agama Islam di Jepun. Amin YRA.
KEPADA SIAPA ANDA BOLEH BERWAKAF?  

Anda boleh juga niatkan wakaf kepada:
+ Diri sendiri
+ Ibu Bapa
+ Ahli Keluarga
+ Kenalan  

ALLAH SAYANG MEREKA YANG MEMBELANJAKAN HARTA BUAT AGAMA  

InsyaAllah dengan berwakaf, harta kita akan kekal, dan moga-moga pahala di buku amalan kita bertambah bak air sungai mengalir selagi mana masjid ini digunakan.  

Bahkan besar ganjaran pahala buat mereka yang bina rumah Allah ini kelak..  

“ Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga ”  

[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]



NOTA PENTING: AKAD WAKAF  

Sebelum meneruskan transaksi wakaf, pastikan anda membaca akad wakaf seperti di bawah:  

"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk pembinaan Masjid JAME' Yokohama yang dikelola oleh MyFundAction kerana Allah SWT”  

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Untuk bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank MAYBANK
Nama :  Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 5505 1097 0076
Sila letakkan reference “ MASJID YOKOHAMA “

1 comment:

Anonymous said...

Terkojut den bilo dapek tau yg najeli tan seli ajiz jadi saksi dlm kes rasuah trowong eng guan. Rupa rupanya org politik ada dua wajah. Satu wajah politik. Wajah ini berlakon dgn gaya supaya dipercayai oleh pengundi. Punya watak setia pada parti sendiri dan musuh kpd parti lain seperti dap dan parti liberal.

Satu lagi wajah ekonomi. Wajah ini boleh kaut khazanah negara kerana ada access politik utk terus ke khazanah tersebut. Dalam wajah ini, watak sudah berbeza. Musuh politik jadi rakan ekonomi. Sama sama kaut khazanah masuk kocek sendiri. Ikut salur access yg ada bila jadi wakil rakyat. Jangan hairan jika mereka boleh kaya seperti mi segera, cepat dimasak, sedap dimakan.

Pilihlah parti yg berkhidmat utk rakyat. Yg islamik dan ikhlas utk umat bukan nak kaut ekonomi utk kocek sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails