Sunday, January 23, 2022

Eupe beli tanah pegangan kekal RM40 juta di Kedah

 

Eupe Corp Bhd

KUALA LUMPUR: Eupe Land Development Sdn Bhd (ELDSB), anak syarikat tidak langsung Eupe Corp Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan Sing Ta Nian Development Sdn Bhd (STN) untuk membeli sebidang tanah pegangan kekal di Kedah dengan harga RM40 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata ia turut memeterai perjanjian usaha sama dengan STN bagi membangunkan tanah seluas 21.7 hektar di Kuala Muda.

ECB berkata, cadangan pembelian terbabit adalah sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan itu untuk mengekalkan perniagaan terasnya sebagai pemaju hartanah dengan membeli simpanan tanah yang berdaya maju untuk pembangunan pada masa depan.

"Pembelian itu akan memberikan peluang strategik kepada kumpulan untuk menambah simpanan tanah dan mengembangkan operasinya di Wilayah Utara serta mengekalkan tahap projek pembangunan hartanah yang baik dalam perancangan projeknya," katanya.

Menurut syarikat itu, cadangan pengambilalihan tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat dan kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2022.

Ia dijangka memberi sumbangan positif kepada prospek pendapatan masa depan ELDSB dan kumpulan -BERNAMA

Lihat sebelum ini.. 

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails