Tuesday, January 25, 2022

Misi Bina Rumah Hanyut Banjir, Siti Zailah amat kagum..

 

3 hari, bina semula rumah mangsa banjir..

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa amat kagum dengan semangat dan kesungguhan sukarelawan membina semula rumah mangsa banjir.

Beliau berada di Kampung Lanar Mempatih, Lanchang, bagi menziarahi mangsa banjir dan para sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Anak Watan Terengganu dan Gong Tok Nasek (GTN) Care yang baharu menyiapkan pembinaan kembali rumah yang hanyut dibawa arus banjir dalam Misi Bina Rumah Hanyut Banjir.

“Saya dikhabarkan seramai 110 orang sukarelawan telah berkampung di sini selama tiga hari yang dipimpin oleh Asmawi Mukhtar bagi menyiapkan rumah mangsa banjir,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, semalam.

Menurutnya, sebelum ini mereka telah berjaya membina semula rumah dalam masa dua hari di kampung yang sama.

“Tahniah anak-anak muda semua. Saya amat kagum dengan semangat dan kesungguhan mereka dalam usaha membantu orang lain,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Beliau berharap semoga dengan usaha yang ditunjukkan itu mampu menjadi perintis kepada anak-anak muda untuk sama-sama melakukan misi sedemikian.

Menerusi Facebook GTN Care yang turut dikongsi beliau menyatakan misi membina semula rumah itu bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga lewat malam. – HARAKAHDAILY 25/1/2022

3 comments:

Anonymous said...

Satu kelebihan dalam pas ialah sebarang kutipan derma yg diuruskan baik di peringkat cawangan, kawasan dan seterusnya, tidak berlaku ketirisan. Masing masing pikul amanah terhadap derma yg diterima. Derma itu akan sampai pada sasarannya.

Anonymous said...

Jgn sembang! Audit la tengok ada berani ke x..

Anonymous said...

Audit kelantan terbaik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails