Tuesday, January 25, 2022

PRN Johor ..dunia belum kiamat lagi.. Insya-Allah boleh terus berusaha..

 

Ahmad Samsuri (kanan) bersama Fadillah Yusof ketika perasmian majlis pecah tanah menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang di Kampung Seberang Marang hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori

PAS berusaha cari titik persefahaman dengan UMNO

MARANG: PAS akan sentiasa membuka pintu rundingan bersama UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya akan terus berusaha dan bekerjasama dengan parti berkenaan bagi mencari titik persefahaman.

"Sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, kita akan berusaha, dunia belum kiamat lagi (dan) Insya-Allah boleh terus berusaha (berunding)," katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, PAS belum membuat keputusan untuk bertanding dan meletakkan calon pada PRN Johor.

"Belum buat keputusan lagi, bagi bernafas dahulu ...baru kita buat keputusan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Samsuri hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, hari ini.

Barisan Nasional (BN) Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusiDewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN akan datang.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, ia tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor berkuat kuasa serta merta bagi memberi laluan kepada PRN diadakan. (BH)

3 comments:

Anonymous said...

Satu yg harus diberi perhatian ialah parti legasi komunis akan berusaha memecahbelahkan kesatuan penduduk asal. Mereka pernah berjaya melemahkan pas dengan memberi racun kepada abg mat and the gang. Tak hairan kebencian abg mat and the gang terhadap pas sama panas dengan kebencian parti legasi komunis terhadap pas.

Anonymous said...

Kalau takat bela diri dah tak relevan memimpin parti, abam macam mana. Abam sindir kes wak. Abam pun tercorot kerana satu satunya pemimpin yg dipenjara kerana salah guna kuasa dan liwat. Termasuk juga pemimpin parti legasi komunis dgn kes rasuah trowong. Abam sering tengok kuman seberang laut, tapi ada baik abam cermin muka dulu.

Anonymous said...

Kat kedah lesen premis judi dah mula ditamatkan. Kat kelantan pun sama. Ada pulak sukan patuh syariah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails