Monday, November 15, 2021

Pindah ibu negara Id. ke Kalimantan, Malaysia tawar k'sama.

 

Malaysia sedia untuk berkongsi pengalaman kepada Indonesia yang akan memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan Timur, kata Ismail Sabri kepada Joko Widodo. - Foto Pejabat Perdana Menteri

JAKARTA: Malaysia sedia untuk berkongsi pengalaman kepada Indonesia yang akan memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan Timur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia juga terbuka menawarkan kerjasama daripada syarikat-syarikat tempatan untuk membangunkan projek berskala mega.

"Malaysia percaya pemindahan dan pembangunan Ibu Kota Negara baru Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur adalah langkah yang tepat, seperti yang pernah lakukan oleh Malaysia 25 tahun yang lepas, dengan pemindahan pusat pentadbiran dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

"Malaysia sedia untuk berkongsi pengalaman berkaitan hal ini dan juga syarikat-syarikat daripada Malaysia bersedia untuk berkerjasama dan turut serta untuk membangunkan projek yang berskala mega ini," katanya dalam kenyataan bersama hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden, Bogor, Jawa Barat hari ini.

[TERKINI] Kenyataan bersama Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia
Ismail Sabri dalam masa sama mengalu-alukan pelabur-pelabur dari Indonesia untuk datang melabur di Malaysia.
Indonesia merupakan rakan perdagangan dan pelaburan yang penting dan strategik bagi Malaysia, dengan jumlah perdagangan dua hala berjumlah AS$15.67 billion pada tahun 2020.
Pada suku ke-2 tahun 2021, jumlah pelaburan Malaysia di Indonesia adalah sebanyak AS$2.53 billion dan pelaburan Indonesia di Malaysia AS$1.16 billion.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini akan terus membongkar siri khazanah kehidupan di Kalimantan Indonesia negara jiran kita. Lihatlah, apa manfaat yang boleh kita kutip bersama. 

5 comments:

Anonymous said...

Masih ramai melayu yg jujur dan tolak rasuah. Terutama yg berada dlm kelompok pas.

Anonymous said...

Tentu Indon x trima syarikat2 negara banyak buat rasuah.

Banyak kontraktor nama Melayu. Sub projek kat cina sbb ada modal. Cina cari indon, bangla dan burma utk buat kerja.

Ha2.... baik Indon buat sendiri.

Indon dah semakin maju dr negara rasuah.

Melayu tipu melayu. Pemimpin mewah. Rakyat merana

Anonymous said...

Masih ramai melayu yg jujur dan tolak rasuah. Terutama yg berada dlm kelompok pas.

sian anon. percaya sangat dengan tmah dan hadi 22 x tu...

Anonymous said...

Kita perlukan kelompok pas utk pastikan malaysia terus maju. Terbukti pas berintegriti dan ramai professional yg bersama pas. Tolak rasuah dan tolak pemimpin yg pandai berjanji merugikan negara. Jom bersama pas perangi rasuah, judi dan arak.

Anonymous said...

Percaya dgn tomahan dan fitnah geng liberal, sama seperti masuk lubang ular kali kedua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails