Tuesday, November 16, 2021

Judi, kaum Tiong Hwa sangat ngam dengan Islam. X macam DAP.

 

Judi budaya tidak baik, ditolak kaum Tiong Hwa

TADI ada anak guaman (kaum Tiong Hwa) berbincang dengan saya mengenai isu Kerajaan Kedah haramkan kedai nombor ekor.

Dia kata, kerajaan nak haramkan kebudayaan Tiong Hwa.

Saya gelak. Jawapan saya kepada beliau adalah sebegini:

Kebudayaan ada yang baik dan tak baik.

Misalnya, kebudayaan Tiong Hwa yang baik termasuk:

“Taat kepada ibu bapa 孝顺”,

“Kesetiaan kepada Raja dan Negara 忠君报国”,

“Mengikut adat tempatan 入乡随俗”.

Yang tak baik termasuk adat yang tidak adil terhadap wanita, budaya rasuah, budaya menyembah macam-macam Dewa ciptaan manusia tanpa memahami siapakah Dewa tersebut.

Budaya judi itu budaya yang tidak baik.

Kami Tiong Hwa memang ada sifat untuk membuang kebudayaan yang tidak baik.

Kerajaan yang mengamalkan kebudayaan Tiong Hwa tidak menyokong judi seperti Tanah Besar China.

Macao dan Singapura terdapat kasino kerana terpengaruh dengan kebudayaan Portugal dan British.

Untuk menjawab anak guaman tadi, saya katakan Kerajaan telah membantu kaum Tiong Hwa untuk membuangkan kebudayaan yang buruk.

Saya banyak nampak keburukan judi, sah atau haram.

Namun saya ada nasihat kepada Kerajaan Kedah. Jikalau anda tidak bersedia untuk mengatasi masalah penjualan nombor ekor haram, maka tutup kedai jualan ekor yang sah akan membantu perkembangan penjualan nombor ekor haram.

Adakah Kerajaan Kedah telah ada rancangan yang teratur dengan PDRM dan PBT untuk mengatasi penjualan nombor ekor haram? Kalau tidak, penjual nombor haram berterima kasih kepada Kerajaan Kedah.

ULASAN APEK CINA – HARAKAHDAILY 16/11/2021

https://www.facebook.com/674810622880986/posts/1495337147494992/?sfnsn=mo

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Judi budaya tidak baik, ditolak kaum Tiong Hwa, ulasan APEK CINA. Jadi kaum Tiong Hwa sangat ngam dengan Islam. Al-hamdulillan! Tak macam DAP?

Sedutan dari tulisan Ibnu Hasyim.. Judi Menurut Kristian, Hindu, Buddha & Islam. - Ibnu Hasyim

"Tiga: Judi Menurut Pandangan Buddha.
 
Agama Buddha adalah agama yang mempunyai dan meyakini ajaran Buddha sebagai pegangan hidup penganutnya . Buddha sendiri adalah makhluk hidup layaknya manusia yang pernah merasakan hidup di dunia . Kitab suci umat Buddha di antaranya adalah Vinaya Pitaka , Sutta Pitaka dan Abhidamma Pitaka .

Dalam ajaran Buddha , kesederhanaan dalam segala hal menjadi suatu yang mesti diterapkan dalam diri penganut Buddha atau dalam Islam disebut dengan zuhud . Sederhana dalam hal materi mhaupun non materi . Pun dengan membersihkan bathiniyah .


WALUBI menulis , Sang Buddha mengajarkan Empat Kebenaran Utama (Empat Kesunyataan Mulia/The Four Fold Noble Truth ) ialah :

  •  Hidup adalah penderitaan ( dukkha )
  •  Sebab penderitaan timbul kerana keinginan / tanha ( Dukkha Nirodha )
  • Berhentinya penderitaan hanya boleh diatasi dengan memadamkan keinginan ( dukkha Samudaya ) .
  • Jalan menuju berhentinya penderitaan dengan memadamkan keinginan .

Memadamkan keinginan hanya terlaksana dengan perbuatan moral serta disiplin hidup dan mencapai kemuncaknya pada kepekatan dan meditasi .  

Untuk mengikis habis sebab penderitaan Sang Buddha memberikan cara - cara terbaik yang dinamakan " Jalan Utama Beruas Lapan " atau " Ariya Atthangika Magga " yang merupakan Way of life seorang Buddhis , terdiri dari :  

  • Pandangan benar ( samma - ditthi )Fikiran benar ( samma - sankhapa )  
  • Ucapan benar ( samma - vacca )  
  • Perbuatan benar ( samma - Kamanta )  
  • Mata pencaharian benar ( samma - ajiva )
  • Daya upaya benar ( samma - vayama )
  • Perhatian benar ( samma - sati )
  • Kepekatan benar ( samma - samadhi )

Point ke -5 di sila diatas iaitu mata pencaharian benar , hal ini mendedahkan bahawa kehidupan yang tidak benar tidak dibenarkan dalam ajaran agama . Misalnya dengan berdagang minuman keras , ganja , dadah , alat perang , tentunya judi .

Tentang konsep judi , dalam Digha Nikaya ( kumpulan Digha ) di kitab Sutta Pitaka dituliskan beberapa perkara yang berkaitan dengan kesan judi . Di antaranya adalah pemenang memperoleh kebencian dari yang kalah , yang kalah bersedih kerana kekalahananya , kehilangan kekayaan , kata - katanya ( pelaku judi ) tidak boleh dipercayai oleh mahkamah , dipandang rendah oleh saudara dan masyarakat , tidak dipercayai untuk terikat dalam perkahwinan . 

WALUBI menulis , dengan cara pendekatan yang biasa dilakukan Buddhis , pertama kali Sang Buddha Mengajarkan Sigala dengan mengemukakan aspek negatif atau 14 perkara yang harus dielakkan , iaitu :

  • Empat cacat perilaku , iaitu : pembunuhan , pencurian , hubungan kelamin yang salah dan ucapan yang salah . 
  • Empat dorongan melakukan kejahatan , iaitu : keinginan , kebencian , ketakutan dan kebodohan .
  • Enam saluran menghabiskan kekayaan , iaitu : minuman keras , judi , berkeluyuran dijalanan yang tidak pada waktunya , bergaul dengan wanita - wanita penghibur , teman yang jahat dan malas .

Jadi jelas , judi dalam agama Buddha dilarang ."

Lihat artikel penuh selanjutnya, Judi Menurut Kristian, Hindu, Buddha & Islam. - Ibnu Hasyim

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau polis dapat kesan susur galur sesebuah statement dlm wapps @ mana2 peranti, pasti boleh kesan tempat mula operasi judi. Janji penguat kuasa tidak terima habuan dari sendiket judi. Syarikat komunikasi pasti ada dlm sistemnya maklumat pengoperasian judi online.
Dulu polis dapat tangkap pelacuran on line. Gambar lucah pun boleh disekat. Orang jahat jer yg operate judi, dan org jahat juga yg main judi.

Anonymous said...

Polis boleh buat kalau web SugarDady boleh dipantau dan sekat... judi online boleh juga....


lu fikir sendiri lah kenapa Polis dan Pihak berkuasa tempatan dan Kemenyerian Multimedia dan Komunikasi tak nak sekat ini sudah ada petualang dan pengkhianat yg tak nak sekat judi online...!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails