Tuesday, September 07, 2021

Israel serang Gaza lagi. ".yang betul itu kuat..." Erdogen.

 

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, malam tadi. - Foto AFP

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, malam tadi dengan mendakwa sebagai tindak balas terhadap belon api yang dilancarkan dari kawasan Palestin itu.

Mereka menuduh Hamas atas pelancaran belon itu dan serangan tentera Israel menyasarkan kemudahan milik kumpulan itu yang menguasai Semenanjung Gaza.

"Semalaman, jet-jet tempur Israel menyerang bengkel membuat roket Hamas serta kubu tentera Hamas di Khan Yunis.

"Serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran belon api oleh Hamas ke kawasan Israel," menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.

Api kelihatan susulan serangan udara rejim Israel di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran belon api oleh Hamas ke kawasan Israel. - Foto AFP

Saksi juga berkata, tentera Israel menembak meriam ke arah bahagian utara Gaza.

Menurut sumber perubatan di kawasan Palestin itu, tiada yang terbunuh dalam serangan itu.

Sebelum ini, anggota bomba Israel berkata, belon api itu menyebabkan tiga kebakaran belukar di kawasan berdekatan Semenanjung Gaza.

Serangan udara pada Isnin itu berlaku selepas enam rakyat Palestin lolos dari penjara Israel. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim“Sehinggalah satu sistem dibangunkan bahawa yang betul itu kuat dan bukannya yang kuat itu betul.." Kata  Erdogen dari buku terbarunya bagaimana wujudkan ‘Dunia Yang Adil’


1 comment:

Anonymous said...

Tin milo umpama batu dgn zionist. Walaupun hanya batu tapi ditakuti oleh zionist. Begitulah tin milo dgn dap dan liberal. Sangat ditakuti oleh dap dan liberal kerana keikhlasan yg dititipkan ke dlm tin milo.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails