Wednesday, September 08, 2021

Guan Eng didakwa ingkar kuarantin, tak ada apa-apa.. Tapi..

 

Lim Guan Eng berucap pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, 2 September lalu. - NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Pemuda GERAKAN Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang didakwa melanggar peraturan kuarantin kendiri.

Jurucakap Pemuda GERAKAN negeri, Mohd Aswaad Jaafar, berkata Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sehingga 10 September ini, tetapi menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Peguam Guan Eng memberi alasan anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana perlu menjalani kuarantin kendiri.

"Tetapi mengapa beliau boleh hadir sidang DUN pada 2 September lalu," katanya di sini, hari ini.

Mohd Aswad (kanan) menunjukkan laporan polis dibuat terhadap Guan Eng yang didakwa melanggar peraturan kuarantin kendiri. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli

Sehubungan itu, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan kenyataan itu.

Mohd Aswad berkata, kenyataan berhubung kegagalan Guan Eng menghadirkan diri ke mahkamah dengan alasan kuarantin itu amat bercanggah.

"Tindakan Guan Eng juga dilihat seolah-olah menghina mahkamah," katanya.

Terdahulu, perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang, ditangguhkan kepada 22 September ini, selepas beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Peguam Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September ini.

Komen Weblog Ibnu HasyimGuan Eng didakwa ingkar kuarantin? Mungkin itu boleh lepas tak ada apa-apa.. Tetapi bahaya lagi pemimpin yang tak ada sijil kelulusan pembelajaran tapi mengaku ada atau tipu sijil, itu lebih bahaya, bagi seorang pemimpin..

2 comments:

Anonymous said...

Laaa. Udah lah langgar sop, sijil kelulusan pun tak ikut sop jugak. Apalah logiknya pkr sanggup jadi khadam eng guan. Macam mana telus, pemimpin pun bermasalah.

Anonymous said...

Najib buat laporan polis terhadap LHDN. Justo pula kata mental Bossku koyak..!?

Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana mendakwa salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Andre Xavier Justo pula mempersoalkan kesihatan mental Najib Razak, selepas bekas perdana menteri itu mendakwa warga Switzerland berkenaan dipecat PetroSaudi International dan mencuri emel dalam pangkalan data.

Justo kononnya pemberi maklumat yang menarik perhatian selepas membocorkan dokumen berkaitan 1MDB mengecam Najib Razak kerana mendakwa beliau dipecat PetroSaudi International.

Sambil mendakwa penulisan Najib penuh dengan pembohongan, Andre Xavier Justo, berkata beliau sebenarnya meletakkan jawatan dalam syarikat minyak dan gas berkenaan. Kalau setakat Justo nak melingkup dlm syarikat minyak itu tak ada siapa yang peduli pun malah Malaysia tak bangkrap pun.

Yang pelik kenapa Justo lesap setelah Tun melingkup dari jawatan PM ke 7 Malaysia..!? Malah masa Tun jadi PM boleh bergambar sebelah Tun untuk jadi saksi dalam kes 1MDB..! Link kat bawah ni sial..!!

https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/saksi-utama-skandal-1mdb-bekas.html?m=1

Yang koyak mental sebenarnya adalah Justo dan tuan peliharaan Justo iaitu PM ke 7. Selepas PM ke 7 melingkup dari tampuk kuasa kenapa Justo boleh lesap depan lubang hidung PM ke 7 itu..!? Link bawah ni lagi satu punya lah sial..!!

https://umno--online-my.cdn.ampproject.org/v/s/umno-online.my/2020/03/06/pelik-whistleblower-ph-tak-dipanggil-jadi-saksi-utama-1mbd-ada-yang-lari-balik-pun-shahrir/amp/?amp_gsa=1&amp_js_v=a6&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_ct=1631123926756&amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16311237187301&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fumno-online.my%2F2020%2F03%2F06%2Fpelik-whistleblower-ph-tak-dipanggil-jadi-saksi-utama-1mbd-ada-yang-lari-balik-pun-shahrir%2F

Dalam hantaran di Facebook, warga Switzerland itu menyenaraikan dua sebab mengapa bekas perdana menteri itu ‘berterusan berbohong’.

Dalam catatan di Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau membuat laporan berkenaan selepas menerima maklumat dan “bukti kukuh” bahawa pegawai LHDN yang terlibat dengan kes terhadapnya, serta “ahli politik tertentu” ( Mungkinkah PM ke 7 atau Mantan MoF dan ahli DAP semasa PH berkuasa) telah melakukan kesalahan berkaitan isu cukai yang sedang dihadapinya.

Syabas Bossku buat laporan polis terhadap tuduhan palsu LHDN itu dan heret ahli politik tersebut ke muka pengadilan. Jangan beri muka dan ruang seinci pun pada ahli politik sial tersebut.

Susah sangatkah polis nak cari Justo Jho Low Nik Faisal yang melingkup lesap tah ke mana itu!? Susah sangat kah lolis nak lengkalkaan kertas siasatannyang hampir lengkap terhadap Zety dan keluarganya. Kebal sangat kan nak dakwa Tun heret ke muka pengadilan atas fitnah jijik dan laporan polis yang sudah dibuat ke atas Tun.!?

Syabas Bossku Berani kerana benar..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails