Monday, June 07, 2021

Dulu ok, sekarang dah berubah…

 

PADA malam 28 September 1998 itu, puluhan ribu manusia memenuhi Taman Melewar, melimpah hingga ke Greenwood. Ada kawan beritahu, kereta mereka terpaksa diletakkan di susur keluar ke UIA, berhampiran Tol Gombak dan berjalan kaki ke Taman Melewar. Semua orang berkumpul kerana menghadiri pelancaran Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Saya ditugaskan untuk mengendalikan program raksasa ini selaku Pegawai GERAK pada masa itu. Boss saya ialah Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pengerusi GERAK dan Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS yang menjadi Ketua Sekretariat GERAK.

Dalam majlis ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang hadir bersama Pengerusinya, Dr Chen Man Hin. Inilah kali pertama dalam sejarah Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu, ia dihadiri oleh pemimpin tertinggi DAP untuk satu program besar dan Lim Kit Siang turut berucap memberi aluan, kerana polis tidak memberi izin kepada para pemimpin pembangkang berceramah pada malam itu. GERAK ditubuhkan di atas inisiatif PAS seminggu sebelumnya, setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan ISA dalam isu liwat yang pertama. Perhimpunan raksasa ini sangat menakutkan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri.

Tidak banyak yang boleh diperbuatkan oleh media mainstream ketika melihat gejolak besar kebangkitan rakyat itu. Kecuali satu, iaitu memfitnah PAS! Walaupun rangkaian internet belum cekap dan smart phone belum ada, blog-blog sudah beroperasi menabur fitnah, selain televisyen, radio dan media bercetak. Apa fitnahnya?

Mereka menyiarkan gambar Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memeluk Lim Kit Siang di atas pentas Dewan Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu. Mereka mengatakan ‘PAS sudah berubah!’ PAS segera dituduh meninggalkan dasar perjuangannya. PAS jual agama! PAS khianat Melayu! PAS bercium mulut dengan kafir DAP! Dan bermacam-macam lagi. Pendeknya, mereka mahu mengatakan PAS ketika memimpin parti-parti pembangkang dan rakyat dalam arus reformasi melalui GERAK itu telah berubah, bukan lagi PAS ketika zaman Memali dan Ustaz Ibrahim Libya, yang tegas mempertahankan prinsipnya! 

PAS selalu diulang dengan fitnah yang sama

Ketika radio dan televisyen pro kerajaan hangat menaburkan fitnah mengenai PAS berubah, dengan didukung oleh media-media cetak ini, saya berceloteh dengan Ustaz Hassan Shukri sambil minum-minum di gerai laksa, betul-betul berhadapan dengan gerbang masuk ke markaz. Sekarang ini, gerai laksa itu masih wujud, tetapi telah diwarisi oleh anak tuan gerai itu.

“Teruk juga TV3 belasah Tok Guru (Abdul Hadi Awang) pasal gambar peluk Lim Kit Siang ni, Ustaz,” saya membuka cerita. 

“Macam itu lah nasib PAS. Dulu bila kita tidak berkawan dengan DAP, mereka kata kita kuat perkauman. Bila kita berbaik dengan DAP senyap-senyap, depa kata PAS dan DAP ada pakatan sulit. Bila DAP datang markaz kita, depakata kita dah berubah, jual agama. Mereka takde kerja lain, nak tabur fitnah je,” Ustaz mengeluh dengan sikap mereka. 

“Kita pernah ke berkawan dengan DAP ini, Ustaz?” saya mula mengorek cerita.

“Kita tak pernah bergaduh dengan DAP. Tapi kita dengan DAP sama-sama berhati-hati, sebab media suka buat fitnah. Kalau depa nampak PAS baik je dengan DAP, surat khabar Cina akan buat cerita DAP dah berubah dan gadai prinsip, sokong hudud dan negara Islam. Surat khabar Melayu dan tv pula kata PAS dah berubah, gadai masa depan Melayu dan nak jual negara ini kepada puak Cauvinis DAP. Gitulah keadaan dia sejak awal ’80-an sampai sekarang. Dulu, DAP tak berani nak join HAK (Harakah Keadilan Rakyat) yang kita tubuh bersama (Dr) Syed Hussein (Ali, PSRM), (Dato’) Raja Nasron (Raja Ishak, NasMa) dan Ahmad Nor (SDP), tahun ’86 dulu, sebab media dah main cerita DAP sokong negara Islam. Media ini takde dosa pahala, tak fikir akhirat,” kesal Ustaz dengan keadaan media yang melulu itu sehingga timbul banyak fitnah kerananya.

“Bahaya juga fitnah seperti ini kan, Ustaz. Mereka membuat label-label negatif untuk memberi imej buruk kepada PAS. Akhirnya, rakyat menyangka PAS sudah berubah, sudah tinggalkan dasar Islamnya,” panjang pula saya bersyarah kepada Ustaz, kerana kebetulan kepakaran saya ketika itu ialah mengenai teknik bujukan politik. Ketika menamatkan ijazah pertama dulu, kajian ilmiah tahun akhir saya adalah khusus berkenaan penggunaan teknik bujukan dalam kempen politik. Saya faham sangat perkara komunikasi politik ini.

“PAS ini sejak dari zaman dulu, difitnah orang sebab perjuangannya nak tegakkan Islam. Kalau PAS tegas dengan Islam, dia orang kata PAS ekstrem, kalau PAS mengambil pendekatan berlembut, dia orang kata PAS jual agama, dah berubah. Kalau PAS bersuara, mereka kata PAS ini hanya reti bangkang je, kalau PAS diam, dia orang kata PAS dah bisu sebab dapat habuan. Semua jadi bahan fitnah.

“Ya! Macam Nabi (S.A.W) dulu. Bila mengadap kiblat ke Baitul Maqdis, Yahudi kata Muhammad ikut agama dia. Bila mengadap pula ke Baitullah, Yahudi kata Muhammad dah berubah, tak tetap pendirian. Orang Makkah pun buat fitnah gitu juga kepada Nabi (S.A.W),” Ustaz mula membawa kisah-kisah Seerah untuk memahamkan saya mengenai mehnah perjuangan. Ustaz sangat arif dengan mehnah seperti ini kerana beliau menguasai Seerah perjuangan Islam.

“Zaman dulu-dulu, masa tv hitam putih, ada ke fitnah macam ini yang PAS kena, Ustaz?” saya membawa Ustaz mengimbau kenangannya.

“Sama ja. Dulu, masa seorang pemimpin PAS yang sangat keras lawan Umno, masa itu dia Ahli Parlimen. Tiba-tiba dia umum keluar PAS. Masa ini Ana kat Padang Rengas, jadi cikgu di (Madrasah) Yahyawiyah. Ana kenal sangat dia, sebab dia cikgu Ana di Sabak Bernam dulu. Ustaz Othman Abdullah yang ada surau biru dekat rumah Pak Wan Azman (bekas Setiausaha Perhubungan PAS WP, di Kg Padang Balang) itu,” Ustaz mula membuka kisah silamnya.

“Ustaz Othman itu dulu PAS ke, Ustaz?” saya mula mencari kepastian.

“Dia itu pengasas PAS. Pernah jadi Ketua Pemuda PAS, Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS dan Naib Yang Dipertua Agung PAS. Dan jadi wakil rakyat PAS lagi di Tanah Merah. Dalam tahun ’62 itu rasanya dia ada krisis dengan (Datuk Mohd) Asri (Haji Muda). Asri belum jadi Menteri Besar lagi masa ini. Tiba-tiba dia keluar PAS. Dia beritahu surat khabar, PAS dah berubah, bukan macam PAS dulu lagi! Dia tuduh PAS curi balak, tapi dia tak bagi bukti,” Ustaz melanjutkan ceritanya.

“Sudahnya, Ustaz?” saya dah tak sabar.

“PAS dok macam itu juga la… Takde berubah apa. Yang berubah itu dia sendiri. Sebab lepas dia keluar PAS, tak berapa lama dia masuk Umno, dapat bertanding di Hilir Perak, lepas itu jadi Timbalan Menteri. Siapa yang berubah sebenarnya?” Ustaz melemparkan batu buah kerasnya.

Bekas orang PAS fitnah PAS

“Kira-kira, ini bekas pemimpin tertinggi PAS yang tuduh PAS berubah lah kan, Ustaz?” saya cuba merumus kisah Ustaz Othman Abdullah itu.

“Kadang-kadang fitnah yang kata PAS berubah ini, bekas pemimpin PAS sendiri yang buat. Ada sebabnya. Kadang-kadang kerana mereka nak lari dari PAS kerana ada orang tawar dunia, kadang-kadang kerana dia kecewa tak dapat habuan dalam PAS, kadang-kadang kerana mereka bergaduh sesama sendiri. Tapi, mereka yang fitnah PAS, bukan PAS yang berubah. Mereka sebenarnya yang berubah, tapi nak tutup khianat mereka, mereka kata PAS berubah,” terang Ustaz panjang lebar, sehingga saya mulai nampak hakikat sebenar.

“Kalau kita jadi kerajaan, mesti lagi banyak fitnah macam ini kan, Ustaz? Macam Ustaz Othman tuduh PAS curi balak di Kelantan itu. Kalau kita masuk Federal, lagi kuat fitnah kan?” saya memancing Ustaz untuk melihat fitnah ketika berada dalam Kerajaan Pusat pada dekad 1970-an dulu.

“Lepas kita bentuk BN pada tahun ’74 itu, ramai juga orang PAS yang tak puas hati, terutama dengan Datuk Asri. Banyak orang fitnah dia. Macam-macamlah,” Ustaz mula bersungut mengenai tuduhan-tuduhan kepada PAS zaman 1970-an itu.

“Contohnya, Ustaz?” saya dah hilang sabar.

“Bila kita bentuk BN, ada orang kata PAS dah berubah, dah tinggal perjuangan Dr Burhanuddin (al-Helmy). Dah tak cakap tentang Melayu Raya, tak kisah dah hak ketuanan Melayu. Islam pun dah tak cakap. Maklumlah, PAS dah dapat jadi Menteri. Bilik ekon pun sejuk, gaji besar, rumah kat (Jalan) Swee Guat pun besar. Pendeknya PAS dah berubah, tak macam dulu lagi.

“Ada pemimpin PAS yang termakan fitnah ini. Mereka tawakuf (berhenti) dari PAS, ada yang keluar parti, ada yang masuk parti lain, ada yang kritik PAS secara terbuka, ada yang buat gerakan jatuhkan Datuk Asri dan macam-macam. Mereka buat macam itu kerana menyangka PAS sudah berubah. Geng-geng Pemuda PAS pun ramai yang beralih kepada ABIM kerana anggap PAS dah berubah dari dasar Islam, bila PAS tubuh BN masa itu.

“Yang paling sedih, Datuk Asri sendiri. Dia dituduh sebagai kepala yang membuatkan PAS berubah. Datuk Asri dituduh buta al-Quran, tak ikut pandangan Dewan Ulamak (PAS) dan main politik anak-beranak. Mereka terlupa, Ustaz Nik Aziz (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) sebagai Ketua (Dewan) Ulamak PAS adalah penyokong Datuk Asri yang rapat, dan Datuk Asri adalah pemimpin contoh dalam menggerakkan keluarganya berjuang bersama PAS. 

“Semua keluarga Asri aktif PAS. Datin Sakinah (Junid, isteri Datuk Asri, sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Abang Haji Ishak (Lotfi Omar, anak saudara, bekas Pesuruhjaya PAS Kelantan), Ustaz Jais (Anwar, menantu, sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Mat (Mohamad) Junid (ipar, selaku AJK Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Solah(uddin Abdullah, selaku Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan), Ustaz Hassan (Salleh, menantu Ustaz Ishak Lotfi, Ahli Jawatankuasa Agung PAS), semua aktif dengan PAS. Bila Ustaz Mat Junid dan Ustaz Solah dilantik sebagai Exco Kerajaan (masing-masing di Perak dan Kelantan), mereka kata PAS dah berubah. Dulu PAS itu Parti Islam Se-Malaysia, sekarang PAS dah berubah jadi Parti Asri Sekeluarga,” Ustaz mula mengenangkan pelbagai fitnah yang ditimbulkan. 

“Mereka tuduh PAS berubah. Walhal PAS kekal atas dasar Islam, yang berubah hanya cara-cara saja, orang sekarang sebut strategi. PAS tidak tinggal Islam, PAS tidak tinggal al-Quran dan Sunnah. PAS tetap melakukan amar makruf nahi mungkar. Apa yang berubahnya? Sebab itu PAS masih kekal sampai hari ini. Parti miskin macam PAS ini, jika tidak kerana kekal atas dasarnya, dah lama mati, takde orang nak sokong,” Ustaz terus menerangkan kedudukan sebenar PAS yang dituduh berubah itu.

Siapa sebenarnya yang berubah? 

“Jadi PAS tidak berubah dan kekal sampai sekarang. Mereka yang tuduh PAS berubah itu, bagaimana pula nasib politik mereka, Ustaz?” saya mula meninjau kesan-kesan akibat memfitnah PAS. 

“Masa keadaan politik Kelantan panas tahun ’76, Datuk Mat (Mohamed) Nasir lawan PAS. Dia kata PAS dah berubah. PAS tinggal Islam, PAS makan rasuah, PAS curi balak macam-macam. Akhirnya, dia tinggal PAS tubuh BERJASA. Sebab BERJASA itu lah, PAS jatuh di Kelantan (pada 1978). Tapi Datuk Mat Nasir tidak mendapat kemuliaan, kerana yang ambil kerajaan Kelantan itu Umno, bukan BERJASA. Kesian kat BERJASA, Tun Hussein (Onn) lantik dia (Datuk Mohamed Nasir) jadi Menteri JPM. 

“Datuk Asri pula, ketika Muktamar PAS 1982 yang bawa konsep kepemimpinan ulamak, dia pula yang kata PAS berubah. Dia kata PAS dah jadi Syiah, PAS dah ikut Iran, PAS tidak macam dulu lagi. Lepas itu, dia keluar PAS, bawa pengikut dia tubuh HAMIM. Akhirnya dia tinggal HAMIM masuk Umno.

“Tok Guru Nik Aziz pun kena juga, masa mula-mula jadi Menteri Besar dulu. Lepas dua tahun memerintah, dah mula bunyi suara, kata PAS dah berubah. Mereka bising kata kenapa tak kerat tangan orang mencuri, mana hukum hudud, PAS dah tinggal Islam bila jadi kerajaan, macam-macam lah. Sampai ada yang keluar parti, tulis buku serang PAS. Yang paling kuat itu Ustaz Omar Khalid (bekas Ketua Pemuda PAS Besut). Tapi last sekali, dia masuk Umno. Mula-mula tuduh PAS berubah, akhirnya dia yang berubah, tinggal perjuangan Islam, ikut Sekular pula,” Ustaz rupanya hendak memberitahu saya, bahawa tuduhan PAS berubah ada pada setiap zaman.

“Nampaknya setiap zaman ada tuduhan PAS berubah ini, Ustaz. Tapi PAS okay je. Tidak tinggal dasar Islamnya sampai hari ini,” saya cuba melihat hakikat PAS yang sebenar.

“Yang peliknya, masa zaman Dr Burhanuddin, PAS dituduh telah berubah, tinggal Islam jadi Melayu. Bila mari zaman Asri, PAS dituduh pula meninggalkan perjuangan ketuanan Melayu Dr Burhanuddin dan mereka puji Dr Burhanuddin. Bila mari zaman kepemimpinan ulamak, mereka tuduh PAS dah ikut Iran jadi ekstrem, tinggal perjuangan moderat Asri. Mereka puji Asri kata beliau pemimpin sederhana. Bila mari zaman Ustaz Fadzil sekarang ini, PAS dituduh tinggal perjuangan Islam tulen tahun ’80-an yang dibawa oleh kepemimpinan ulamak sebab PAS dah mula berkawan dengan orang kafir DAP. Begitulah juga, pada masa-masa akan datang. Mereka akan tuduh pemimpin PAS berubah, dan akan puji Ustaz Fadzil dan Tok Guru Nik Aziz pula,” Ustaz membuat telahan berdasarkan bacaan sejarah politik tersebut.

Saya mula menghitung peristiwa-peristiwa dalam sejarah PAS. Banyak juga yang dituduhkan kepada PAS sebagai berubah, tetapi generasi berikutnya memuji yang dikatakan berubah itu, untuk mencerca keadaan yang semasa yang sedang dituduh pula sebagai berubah. Mari kita lihat:

1. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad dituduh telah berubah, tidak membawa aspirasi Islam yang menjadi dasar PAS apabila berada di dalam Majlis Undangan Persekutuan pada 1952 dan mengambil sikap kanan (pro atau berunding) dalam hubungan dengan British. 

2. Dr Haji Abbas dan Dr Burhanuddin dituduh telah berubah, meninggalkan perjuangan kanan Haji Ahmad Fuad, kerana berjuangan secara kiri untuk menegakkan Melayu Raya dan ketuanan Melayu.

3. Datuk Asri dituduh telah berubah, meninggalkan perjuangan Melayu Raya dan ketuanan Melayu secara kiri Dr Burhanuddin, dengan mengambil sikap kanan dan moderat, lalu menyertai Kerajaan Campuran dan BN.

4. Pak Yusof Rawa dituduh telah berubah, kerana meninggalkan sikap kanan dan moderat Datuk Asri untuk membawa pendekatan Islam di bawah kepemimpinan ulamak yang dikatakan ekstrem, termasuk isu debat Negara Islam dan Memali.

5. Ustaz Fadzil bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dituduh telah berubah, kerana meninggalkan perjuangan Negara Islam Pak Yusof Rawa, untuk berkawan dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (BA).

6. Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula dituduh telah berubah, kerana meninggalkan sikap moderat terhadap DAP untuk menyatukan politik Melayu Islam sekarang ini.

Adakah PAS telah berubah atau strategi PAS yang berubah mengikut kesesuaian dan keadaan politik semasa sebenarnya. Dasar PAS masih Islam, rujukan PAS masih al-Quran dan Sunnah, PAS masih melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Apa yang berubah sebenarnya? Atau mereka sengaja mencipta fitnah?

Bila saya terkenangkan tuduhan-tuduhan yang mengatakan PAS sudah berubah, PAS sekarang tak sama dengan PAS dulu, PAS dah tinggal Islam, PAS dah tak peduli hudud dan Akta 355 dan macam-macam lagi, saya teringat telahan Ustaz Hassan bahawa Ustaz Fadzil dan Tok Guru Nik Aziz akan dipuji ketika mereka membuat fitnah kepada PAS pada masa akan datang. Memang begitulah yang berlaku sekarang!

PAS sebenarnya belum berubah, yang berubah adalah pembuat fitnah! Mereka berubah meninggalkan perjuangan dan kebenaran, kemudian menaburkan fitnah untuk menutup pengkhianatan mereka… 

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY 7/6/2021

Pelukan Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini dijadikan modal fitnah pada 1998, kononnya PAS sudah berubah. PAS telah meninggalkan perjuangan Islam untuk ‘berdakap’ dengan si kafir!

2 comments:

Anonymous said...

Apa Cerita Siasatan Kes Zeti? Atok buat 'elegant silent' kontrol Islamik. UMNO pulak tak reti nak pressure game..!!

Apa citer siasatan Zety sekeluarga?

Sudah di peringkat mana? Dulu ex IGP lantikan Tun tak buat kerja sungguh2. Harap new IGP ada perubahan..!

Tak mau buat PC ker?

Kalau rakyat bertanya di takrif sbgai mengganggu siasatan.

Dulu Atuk dan DAP hari2 main isu 1MDB dan bangau2 deme sume pakat guling guling atas jalan raya, demi utk beri tekanan dan fitnah jijik persepsi sudah bersalah kpd Bossku.

Najib dah jawab di mahkamah, jawapan pun padu. Sumpah laknat pun sudah itu memberi sinifikan tambahan pada mangsa fitnah yang teraniya..!

Zety masih bebas, Nik Faisal lesap, Datok Vicky pun lesap..(eeh.!!oopss tak ada kena mengena dlm kes 1 MDB..kiki) , Jho Low lesap terus sampai bagi alasan paling bangang bertukar jadi beruang oleh ex-IGP lantikan Tun Mahathir.

Kerana Jho Low semua pemimpin dan orang Melayu berantakan.

Jho Low sambil tepok tangan ketawa riang Jho Low berkata pada bangsa nya... "Alo semuaa bangsa Jho Low sklian, lu olang tengok sama gua (sambil tunjuk jari tengah), ini satu lancau tangan gua saja itu olang Melayu suma keco kepoh berantakan.. kah kah kah...Itu olang semu bodo punya pemimpin Melayu.. kah kah kah

Jho Low jerit lagi "Bodo punya olang tua. Gua idup bebas ke sana ke sini ke sanun sama amoy Palis Hilton.. itu pemimpin Melayu gadohhh sampai mati kah kah kah..!! 22 bulan itu olang tua tatak belani tangkap gua wooo... kah kah kah.. bodo punya olang tua...kah kah kah..nang butinang kui butikui... gua ati ada senang, Melayu suma gua kasi gadoh sampai mampuih..kah kah kah...! Gua masih bebas ex-IGP pun takut mau tangkap sama gua ...Gua enjoyyyy.. kah kah kah..!!

Suma bangsa Jho Low pun tepuk tangan sambil Tokong berkata " Alo Jho Low lu adalah hero kita olang semua.. kita olang salute sama masta Jho Low ..salute wooo..!Kita minum sampai mabok. Yaaammm Senggg... kah kah kah.!!

Umno dan BN tumbang kerana Jho Low bersama pemimpin juga dng barua Melayu PH dlm PKR PAN dan PejWang yang sudah ditunjal tunjal dahi mereka. Suma melepas geget jari..!!

Hari2 ada saja ceita 1MDB supaya pihak tertentu segan utk membuat keputusan lain dari yg di beritahu kpd rakyat.

Trial by media dan public court di amalkan. Biasa lah itu kerja sang fitnah jijik dari dulu lagi trial by media. Selagi nyawa dikandung badan fitnah jadi makanan ruji anakcucu.

Mereka yg seumur hidup tak pernah kerja pejabat pun sangka wang begitu mudah di bawa keluar dari pejabat 1MDB.

Nak masuk dan keluar duit 50 ribu dari bank pun wajib declare pada bank. Ini puaka punya jumlah sampai billion2 ringgit lagi lah kena declare. Bagi sang fitnah jijik peduli apa semua itu..!

Pada apa2 jwpn Bossku , bangau bangau atok di balas sbgai " bullshit" juga oleh Atuk dgn begitu mudah.

Tapi kini "bullshit" kembali kpd Atuk, sbgai seorang yg lantang dan vokal , Atuk memilih lngkah "elegan silent" sambil kontrol Islamik. Itu bukan salah saya sambil dengar lagu 'Bangau oh bangau' kesukaan nya dan selindung belakang perintah mahkamah.

'Silent elegant' sambik kontrol anggun acah acah Islamik gitew..!!

Rakyat bukan mahu ganggu siasastan pun, tapi mahu tahu progress siasatan kes Zeti dan keluarga sudah di level mana.

Sang fitnah hanya 'buy time' tapi cuma Rakyat takut kes ini lenyap begitu shj, kerana jika van jenazah pun boleh di rampas , apa lgi kes yg billion ringgit.

Org umno ada yg sibuk kacau Lofa nikah, Nilai 3 ditawan Selangor tah apa apa lagi, tak reti main "pressure game".

Kes ini bukan berkait Kak Eti saja ia luas dan dlm dn ada kaitan dgn pihak yg suka dakwa org lain.

What goes around comes around.

Amat menarik kali ini utk melihat bagaimana ia akan di putuskan.

Harap2 ia tak di Semburitkan sebab video kabur. Moral of stori 'Kau orang nak beri muka kat bangsa Jho Low ini lagi ker..!?'

#bangaudahpulangsuarasumbang

Anonymous said...

Hari ni anak siang kit nak bantu kak nini yg viral pasal mb kedak. Anaknya bukan baik pun. Nak bela org yg bikin fitnah. Penjahat sokong penjahat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails