Sunday, April 11, 2021

Runding Kerusi PRU 15 Dengan UMNO, hanyalah Bersatu -Presiden PAS

 

Umno berubah tengah jalan, rundingan kerusi dengan UMNO terhenti - Abdul Hadi

MARANG, 10 April — PAS menghentikan sementara rundingan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan Umno dan ketika ini rundingan yang ada hanyalah dengan Bersatu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rundingan dengan Umno akan diteruskan setelah parti itu mempunyai keputusan atau hala tuju yang jelas tentang kerjasama bersama PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15 akan datang.

“Sekarang ini sudah ada pimpinan PAS yang melaksanakan tugas itu (pembahagian kerusi) dengan Bersatu. Dengan Umno pula, dulu sudah ada jawatankuasa yang dibentuk tetapi Umno yang ubah di tengah jalan. Oleh kerana Umno bermasalah, kita dengan Bersatu dulu (bincang mengenai pembahagian kerusi),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di sini semalam.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang menegaskan parti itu mahu bertanding secara solo pada PRU15 di negeri ini, Abdul Hadi berkata ia belum dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi Umno di peringkat pusat.

Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS seboleh mungkin masih mahu  menyeru kepada perpaduan umat Islam dan masyarakat majmuk sekali gus mengelakkan berlakunya perpecahan.

“Muafakat Nasional (MN) bukan sahaja kerjasama antara PAS dengan Umno...ia termasuk Bersatu. Itu dasar dan prinsip bersama yang kita dah bersetuju sebelum ini tetapi masalahnya pimpinan Umno yang tak ikut, itu hak merekalah.

“Namun, saya difahamkan bukan semua orang Umno begitu... jadi kita nak menyatukan orang Melayu. Bukan PAS dan Umno sahaja Melayu, malah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu dan semua pihak kita kena terima dalam penyatuan... kecuali yang ekstrem, Melayu yang ekstrem itu kita tolak,” katanya.

Ditanya mengenai rakaman audio yang mirip suara Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini pula, Abdul Hadi menegaskan PAS konsisten dengan pendiriannya dalam menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU15 terutama yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

“Tulen tak tulen itu (audio itu) saya tidak tahu, cukup masyarakat menilai. Kita menolak jajaran baharu dan bersetuju MN yang bukan sahaja melibatkan Umno dan PAS tetapi juga Bersatu di samping semua kumpulan Melayu-Islam-Bumiputera serta masyarakat majmuk apabila Perikatan Nasional digabungkan,” katanya.

Rakaman audio telefon antara dua pemimpin berdurasi kira-kira empat minit itu dikatakan berlaku selepas ucapan penggulungan Ahmad Zahid ketika Perhimpunan Agung Umno 2020.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu telah menafikan bahawa suara mereka yang dirakam dalam audio berkenaan dan menyatakan akan membuat laporan polis. — Bernama

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

11 comments:

Anonymous said...

macam tu lah lidah munafik berkata kata...padahal pas yg berubah jalan kpd bersatu,mula2 dgn umno...pastu dikata pulak umno berubah jalan2..hahahahaha lidah bercabang2

Anonymous said...

Sekali-sekala Ahmad Maslan ni bijak juga rupanya... hahaha... bilamana dier smash PAS direct terang-terang.... Hahahaha

Ahmad Maslan cakap....

“Inilah antara sebab Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam (serasi)."

“Kalau PAS kata, apa benda ni? (bergaduh). Saya nak bagitahu kepada PAS, wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan kalau daripada 18 kerusi itu, katalah 15 kerusi melompat kepada Amanah."

“Lepas itu kita nak paksa PAS yang tinggal beberapa kerusi itu baik dengan Amanah. Boleh ke,”

Hahaha.... kan dah kena setepek... Hahaha... Hadan Huker... Bodoh betul lar PAS nih... Hahaha ... benda simple macam nih pon tabley nak pikir... adoilah... Hahaha.... macam mana nak lead Malaysia nih... hahaha... bodoh tegar.... hahaha


Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz6rhQsjCYc

Anonymous said...

Sedap mulut lebel pas munafiq. Dulu mati2 pkr tak nak umno sebab rasuah. Tapi sekarang pkr sedang pancing umno.

Anonymous said...

22 bulan pengalaman pahit. Bukan saja hak islam cuba dihapuskan oleh ph terutamanya pkr. Hak bumiputera pun nak dihapuskan. Ingat munafiq pkr sangat merbahaya. Ingat pkr boleh lingkupkan negara.

Anonymous said...

anon 12:57 rasanya yg jadi kera jaan sekrg pun sama
bukan setakat PKR yg bahaya PN pun bahaya semua penakut kat kapir

Anonymous said...

Kerajaan sekarang sangat baik. Pemimpinnya bersih. Banding dgn pemimpin pkr.

Anonymous said...

Kalau buka blog ph, langsung tak bagi komen.

Anonymous said...

Sekarang dap arah khadam spy tarik umno masuk ph utk runtuhkan kerajaan sekarang. Khadam sekarang dah mula masukkan jarum. Khadam sekarang berurusan dgn pemimpin yg mesra mahkamah.

avanza5990 said...

Sekarang dap arah khadam spy tarik umno masuk ph utk runtuhkan kerajaan sekarang. Khadam sekarang dah mula masukkan jarum. Khadam sekarang berurusan dgn pemimpin yg mesra mahkamah.

urrmmmmmm ni jela ayat dia hingga kiamat. xde modal lain. dap dap dap puasa dap raya puasa dap raya korban dap buat haji pun dap. urmmmmm mampoih. satg ibni hihsam delete komen ai. kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.

avanza5990 said...

smlm dah cadang hj hadi vs LGE kat bagan. dah perhalusi ke belum. last2 cadangan kena delete kt ibni hisham. bukan nak forward hj hadi.

Anonymous said...

Anon 2:49 tang mana bersih tu hahahahahaa bila dah buta hati yg jahat pun tak nampak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails