Thursday, March 11, 2021

Penasihat agama DAP, jangan samakan 'murtad dengan lompat parti'.

 

Lompat parti: PAS beri amaran kepada Guan Eng

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad memberi amaran kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya tidak menyamakan isu lompat parti dengan larangan dalam Islam membabitkan murtad.

Katanya, adalah tidak boleh disamakan orang yang lompat parti dengan larangan murtad dalam Islam yang sememangnya sudah sedia ada.

“Saya nak bagi amaran dan peringatan kepada Lim Guan Eng, jangan samakan undang-undang lompat parti dengan soal membabitkan akidah Islam… murtad.

“Dalam hal ini (murtad) sudah sedia ada dalam undang-undang (Islam). Kalau nak buat perbandingan pun, kenapa undang-undang kes terowong ada? Kenapa pula (undang-undang) lompat parti tidak ada? Yang tu boleh buat perbandingan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Guan Eng yang mempersoalkan Islam tidak dibenarkan murtad, kenapa dalam politik boleh dibenarkan melompat parti.

Isnin lalu, Guan Eng membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Seri Takiyuddin Hassan yang mengatakan tindakan lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Idris turut mempersoalkan kenapa sekarang Guan Eng bersungguh bercakap isu lompat parti sedangkan selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan tidak pula dibangkitkan isu itu.

Malahan, katanya isu lompat parti membabitkan Adun Umno PH sehingga terbentuknya kerajaan negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak pula dipersoalkan.

“Saya nak persoalkan kenapa hari ini kamu (Guan Eng) nak bercakap soal lompat parti? Ketika pembentukan kerajaan perak selepas PRU14, PH dapat 27 kerusi, Umno-BN (27), PAS (3) waktu itu tidak dapat bentuk kerajaan tetapi apabila dua Adun Umno lompat masuk PH memberi sokongan kepada pelantikan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, kenapa masa itu kamu tidak timbul soal integriti dan undang-undang?

“Selama 22 bulan kamu dalam kerajaan tidak pula bangkit soal untuk mengadakan undang-undang anti lompat parti. Kenapa tidak ada usaha begitu?

“Apabila dah kena atas batang tubuh sendiri baru kamu nak sibuk. Tak apa lah kamu nak marah soal lompat parti, itu hak kamu tetapi jangan nak samakan kes itu dengan orang yang murtad,” katanya.

Berikutan itu, beliau mengharapkan alim ulamak dan asatizah dalam PH serta penasihat agama DAP supaya menegur Guan Eng agar tidak menyamakan soal akidah Islam dengan isu lompat parti.

“Kita harapkan adalah ustaz, ulamak dalam PH atau penasihat agama kepada DAP ini tolong bagitahu kepada Guan Eng, jangan nak samakan soal murtad dengan lompat parti.

Dalam pada itu, beliau turut meninggalkan pesanan sinis dalam bentuk pantun empat kerat yang berbunyi:

Pokok salak banyak duri,
Ketika ambil buah perlu berhati-hati;
Bila kena parti sendiri,
Baru nak cakap soal integriti.
 – HARAKAHDAILY 10/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada ke penasihat agama dalam DAP, atau 'tulang belakang PH?' Atau dah tinggal 'tulang' saja? Hanya Guan Eng saja pemberi fatwanya?

Lihat sebelum ini.. 

Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."


IHtv
IHtv
21 subscribers

12 comments:

Anonymous said...

Senarai 13 nama calon yang menentang bajet Rakyat 2021 untuk di 'timbang kati atau timbang tahil' oleh pengundi pada PRU15 akan datang.

1. Mahathir Mohamad PH - PPBM =18,954
Nawawi Ahmad (BN - UMNO) =10,061
Zubir Ahmad (PAS) = 5,512
Majority: 8,893

2. P5 JERLUN
Mukhriz Mahathir (PH - PPBM) = 18,695
Abd Ghani Ahmad (PAS) =12,829
Othman Aziz (BN - UMNO) = 12,413
Majority: 5,866 - lu fikir lah sendiri..!!

3. P8 POKOK SENA
Mahfuz Omar (PH - AMANAH) = 28,959
Muhamad Radhi Mat Din (PAS) = 23,401
Said Ali Said Rastan (BN - UMNO) = 18,390
Majority: 5,558 - lu fikir lah sendiri

4. P111 KOTA RAJA
Mohamad Sabu (PH - AMANAH) = 90,697
Mohamed Diah Baharun (PAS) = 19,555
Gunalan Velu (BN - MIC) = 17,874
Majority: 71,142

5. P96 KUALA SELANGOR
Dzulkefly Ahmad (PH - AMANAH) = 29,842)
Irmohizam Ibrahim (BN - UMNO) = 21,344
Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) = 8,535
Majority: 8,498 - lu fikir lah sendiri

6. P101 HULU LANGAT
Hasanuddin Mohd Yunus (PH - PAN) = 49,004
Azman Ahmad (BN - UMNO) = 23,580
Che Rosli Che Mat (PAS) = 15,663
Majority: 25,424

7. P108 SHAH ALAM
Khalid Abd Samad (PH - AMANAH) = 55,949
Azhari Shaari (BN - UMNO) = 22,100
Mohd Zuhdi Marsuki (PAS) = 15,194
Majority: 33,849

8. P113 SEPANG
Mohamed Hanipa Maidin (PH - PAN) = 46,740
Marsum Paing (BN - UMNO) = 28,035
Sabirin Marsono (PAS) =15,882
Majority: 18,705

9. P74 LUMUT
Mohd Hatta Md Ramli (PH - PAN) = 21,955
Zambry Abd Kadir (BN - UMNO) = 21,555
Mohammed Zamri Ibrahim (PAS) = 10,135
Majority: 400 - hah lu fikir lah sendiri..!!

10. P88 TEMERLOH
Mohd Anuar Mohd Tahir (PH - PAN) = 23,998
Sharkar Shamsudin (BN - UMNO) = 22,094
Md Jusoh Darus (PAS) = 14,734
Mohd Khaidir Ahmad (IND) = 178
Muhamad Fakhrudin Abu Hanipah (IND) = 46
Majority: 1,904 - lu fikir lah sendiri!!

11. P133 TAMPIN
Hasan Bahrom (PH - AMANAH) = 22,435
Shaziman Abu Mansor (BN - UMNO) = 21,433
Abdul Halim Abu Bakar (PAS) = 4,598
Majority: 1,002 - lu fikir lah sendiri..!!

12. P161 PULAI
Salahuddin Ayub (PH - AMANAH) = 55,447
Nur Jazlan Mohamed (BN - UMNO) = 26,523
Mohd Mazri Yahya (PAS) = 4,332
Yap Keng Tak (IND) = 591
Majority: 28,924

13. P57 PARIT BUNTAR
Mujahid Yusof (PH - AMANAH) =16,753
AbdPuhat Mat Nayan (BN - UMNO) =13,655
Ahmad Azhar Sharin (PAS) = 12,312
Majority: 3,098 - haah lu fikir lah sendiri.!!

Anonymous said...

ooh ada sekor lagi nak di timbang kilogram atau miligram.. kuat melaram bergaya masa rakyat susah dng Covid19.. bawan ni haah

P119 TITIWANGSA

Rina Harun(PH-PPBM) 38.7% (23,840)
Datuk Johari (BN - UMNO) 32.0% (19,701)
Mohamad Noor (PAS) 11.1% (6,845)
Majority: 4,139
Spoilt votes: 323
Voter Turnout: 50,858 (82.6%)

Tolong hadamkan senarai nama nama poli'tikus' masa PRU 15 akan datang. Rakyat bolehlah tentukan siapakah calon yang akan mati berdiri dipuncak kuasa itu.

Next PRU 15... nak lagi kena kencing calon pilihan kerajaan Tun Mahathir@PH ini..!? Haaah tepokk..!!

Anonymous said...

Politik suku Agama suku?
Assobiyah?

Undi PAS adalah HARAM...!

Anonymous said...

Xpe..kita tegur dlm hati je..

Anonymous said...

Sudah 2 kes babitkan islam dlm mahkamah..

1. Undang2 syariah selangor tak boleh pakai...

2. Kalimah Allah boleh digunakan oleh kapir..

Pas tak boleh buat ape2 walaupon ada kuasa...

Annuar muso umum arak beer boleh dijual dikedai runcit...Pas tak bantah...

Kerajaan PN umum cabutan judi ditambah dari 8 jadi 22 kali Pas pon tak bantah...

Pas tak payah pakai nama parti islam...

Lobai Hadi hanye kata susah nak ubah peninggalan PH...tunggu pas sentap boye....boye dah sentap lobai2 Pas...

Anonymous said...

Dgn keputusan mahkamah Persekutuan adakah islam melayu tidak terancam dan tergugat?...

Dulu Pas dan umno kata melayu dan islam terancam.....adajah umno dan Pas akan turun KL berdemo lagi?...

Pas dan umno sudah takut sejak pegang kuasa.....

Kikikikikik..

Anonymous said...

Umno dan Bersatu sedang perang...Pas sokong yg mana satu?...

Tajudin pasir nyalak dah bagi warning kpd Pas...mimipilah kalau PN nak menang..

Mat Said dah umum tiada MN di terengganu..

Pru 15 3 penjuru dan 4 penjuru...

Anonymous said...

Calon2 Bersatu bersedia untuk di humban....

Anonymous said...

Menteri undang2 melayu islam dari Pas...Buat lah pindaan undang2 untuk perkasakan islam...

Anonymous said...

Mcm mana nak buat pindaan undang2 perkasakan islam?......RUU 355 dah 5 tahun pon blm selesai lagi walaupon ada kuasa...

RUU 355 PAS paling lama proses kelulusan dlm dunia...

Anonymous said...

Pertahan Hak Orang Melayu....
Alahai indah tulis dari realiti..
Tengok contoh mudah, kebun Musang King....
Kemudian menukis dengan maki hamun....ini bukan adat atau semangat orang Melayu

Hampeh.....

Jangan lupa makan ubat....

Anonymous said...

Nampaknya penyokong2 parti PGayR dan juga penyokong @khadam2 sebuah parti chauvinist kini boleh bersorak gembira kerana usaha bertahun2 pemimpin2 tertinggi mereka telah membuahkan hasil? mereka telah menang bergaya didalam hak untuk menggunakan kalimah Allah!

Bersama pemimpin2 KAPIR mereka, mereka2 kini boleh bersorak gumbira!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails