SEREMBAN: Sebanyak enam ajaran di Negeri Sembilan difatwakan haram kerana bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keputusan itu dibuat susulan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS), hari ini.
“Ajaran yang diharamkan itu ialah golongan anti-Hadis, Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin.
“Turut diharamkan, ajaran Zikir Alunan Zat Cinta / Hikmah Al-Fatihah daripada Mohd Zaman Mohd Nor dan ajaran Millah Abraham@ Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan JMNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau dan membantu masyarakat kembali ke pangkal jalan selain menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan mana-mana ajaran sesat.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin menggesa usahawan mikro di negeri ini untuk membuat permohonan Skim Pensijilan Halal Malaysia yang sedang dibuka kepada orang ramai pada masa ini, bertujuan menambah lebih ramai usahawan terutama peniaga kecil mendapatkan sijil halal.
“Apa-apa jenis perniagaan selain peniaga yang sudah berniaga juga layak memohon dengan JHEAINS dan dikenakan bayaran RM200 bagi tempoh dua tahun. Kriteria permohonan juga lebih mudah dan akan diluluskan secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit: Album 1
- H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
- H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
- H2S Pilihan: 03 -Ebiet G Ade (Sentuh Kulit Perempuan)
- H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan
- H2S Pilihan: 05 -Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh &...
- H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.
- H2S Pilihan: 07 -To'ki Hadapi Dengan Senyuman.
- H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...
- H2S Pilihan: 09 -Mengurat, Malaya/S'pura, Indo/T.L...
- H2S Pilihan: 10 -Russian Nasheed&Cecen
No comments:
Post a Comment