Wednesday, November 18, 2020

COVID-19: Solat hajat 40 malam di K'tan

 

Arahan itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga selaku ketua agama Islam negeri. -Gambar fail

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh Kelantan mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula hari ini.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam kenyatan berkata pendekatan itu berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan akhir-akhir ini.
Beliau berkata, perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga selaku ketua agama Islam negeri.
"Bagaimanapun, arahan berkenaan dikecualikan kepada masjid yang terletak di kawasan-kawasan yang disahkan terdapat kluster COVID-19. Selain itu majlis akad nikah yang diadakan di masjid-masjid hanya dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang sahaja," katanya.
Hibur Hibur Sikit

Album 4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails