Sunday, November 15, 2020

Lagi ahli PAN mohon sertai PAS di Johor

 

BAKRI: PAS Kawasan Bakri telah mengadakan satu acara ringkas penyerahan borang keahlian bagi permohonan menyertai PAS yang dilangsungkan sederhana di Markaz PAS Kawasan Bakri, Simpang Jeram, di sini kelmarin.

Di saat serangan pelbagai penjuru musuh politik terutama daripada barisan pembangkang Pakatan Harapan (PH) terhadap PAS, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kalangan masyarakat.

Detik ini ternyata penuh makna kerana pemohon untuk menyertai PAS ini adalah ahli PAN yang merupakan parti komponen PH dan dilihat oleh sesiapa sahaja sebagai seteru paling keras kepada PAS.

Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Kamalulnizam Suhut telah menyerahkan sendiri borang-borang tersebut kepada Mohamad Daud Othman dan Ahmad Jimin, masing-masing ahli PAN Taman Desa Taman dan Sri Terap Bakri.

Beliau ketika berbual dengan keduanya amat mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam PAS dan mengharapkan komitmen kepada perjuangan PAS untuk cita-cita menegakkan Islam menerusi wadah politik ini.

Mereka berdua pula turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dan berharap PAS sedia menerima semula mereka sebagai ahli dan berjanji untuk membantu menggerakkan PAS dalam masyarakat.

Pimpinan PAS Bakri yang hadir sama pada majlis ini adalah Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Asri Abd Rahman dan Ketua Penerangan, Zulhafez Suhut serta Jawatankuasa Harian lain. – HARAKAHDAILY 13/11/2020

Hibur Hibur Sikit:
Album 3

6 comments:

Anonymous said...

Sebebarnya berduyung2 ahli PAS yg nahu masuk PAN x caya tanya Chef Sabu

Anonymous said...

Parti PANdir pimpinan Mike Selfie Amoi Al-Syiah sedang menuju ke arah kepupusan kerana umat Islam benci puak munafik liberal yang menjadi lembu dicucuk hidung ternakan gonna end kepala bapak kafir harbi roket.

Sebab itulah l im siang ikan tidak mahu merasmikan mesyuarat PANdir kerana kehadiran ahli sangat menyedihkan dan memalukan.

Anonymous said...

Pengkhianatan terbesar bila ada orang liberal bergabung dengan dap untuk menjatuhkan orang Islam. Mereka memperalatkan faham liberal dan faham kufur untuk menjatuhkan Islam.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim, ISMA, persatuan pengguna Islam dan yang lain semua tidak pernah berhenti berjuang mengembangkan syiar2 Islam!

Sehingga kini, belum lagi nampak sebesar taik hidung pun sumbangan cendikiawan2 parti ternakan DAP aka MP KHADAM2 DAP berjuang untuk Islam! Mereka dikatakan bergitu takut dan patuh kepada DAP? Benarkah? Atau mereka mungkin sudah menjadi cendawan TAIK LEMBU sahaja!

Anonymous said...

MN, PAS memimpin, PAN dipimpin oleh DAP!

Itu adalah dua perkara yang AMAT BERBEZA!

Anonymous said...

Ahli PAN ada yg nak msk PN,Ahli Parlimen n ADUN PAN lompat parti rakan PH,tp blm ada lompat DAP,,,,PAN dah jd katak geprek,,,mesti Chef Sabu ada resepi rahsia utk Saudara baharu LGE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails