Thursday, November 19, 2020

Ini, Kempen ‘Sawit Anugerah Tuhan’ Dilancarkan!

 

Tanda penghargaan sumbangan..

KUALA LUMPUR: Kempen ‘Sawit Anugerah Tuhan’ yang dilancarkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) diadakan bagi menghargai sumbangan besar industri sawit kepada negara selama ini.

Dalam masa sama, ia bagi meningkatkan kesedaran terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia kepada masyarakat, kata Menteri KPPK, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menurut beliau, KPPK melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan melaksanakan kempen tersebut dengan memberi tumpuan kepada peranan dimainkan industri sawit negara dalam pembangunan sosioekonomi.

Katanya, sumbangan sektor sawit terhadap industri makanan dan bukan makanan merangkumi produk kesihatan serta pemuliharaan alam sekitar akan turut diberi penekanan.

“Pelbagai aktiviti promosi bagi menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat akan dijalankan di seluruh negara menerusi pelbagai platform.

“Pelaksanaan program secara bersepadu merangkumi aktiviti fizikal dan maya akan dijalankan.

“Penggunaan media baru dan aplikasi sosial akan menjadi keutamaan dengan elemen pendidikan, kesedaran, tarikan visual serta nilai diterapkan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat,” ujarnya dalam dalam satu Sidang Media Majlis Pra-Pelancaran Kempen Sawit Anugerah Tuhan di Parlimen, hari ini. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

7 comments:

Anonymous said...

TK lebih menyerlah dgn SESUDU

Anonymous said...

Minum satu sudu to sehari

Anonymous said...

Minum sesudu kelapa sawit lebih baik dari minum sesudu arak. Walaupun bersaiz kecil, impak nya besar walau pun sesudu arak.

diniewa said...

Pegi la wat kt luar negara.. Wat dlm negara pasaran dh ada dol.. Apa nya menteri otak local

Dr Raj said...

DO YOU NEED AN XMAS LOAN OR BUSINESS LOAN? CONTACT US URGENTLY, EMAIL: trustgolden247@gmail.com

Anonymous said...

Mung gi dulu langgar kebenaran merentasi sempadan negara,jenis hentam seumur hidup biarpun nmpk biul

Anonymous said...

Kempen ni biar kekal kat sini. Pesta arak oktober fest, pesta lgbt dan pesta tattoo, elok dibuat kat luar negara dan diharamkan di negara ini. Reformasi dap mengajar kejahatan dan bawa mudharat kepada islam dan penduduk asal negara ini. Reformasi dap mendidik ahli dap jadi lebih jahat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails