Thursday, November 19, 2020

‘Influencer’ Muslimah, dakwah ‘trend’ anak muda

 

TERPENGARUH atau mempengaruhi? Itu persoalan pertama dalam realiti dunia hari ini. Sedar tidak sedar, media sosial kini ibarat teman rapat 3.96 bilion daripada seluruh penduduk bumi. 

Bermula dari kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke golongan tua baik lelaki atau wanita. 
Namun, adakah kita termasuk dalam kategori yang terpengaruh atau yang mempengaruhi melalui medium ini? Sebenarnya keduanya baik, terpengaruh dengan influencer yang baik dan seterusnya menjadikan kita insan yang lebih baik adalah satu perkara yang sangat baik. 

Lebih-lebih lagi kita pula menjadi influencer mengajak mereka menjadi lebih baik. Bukankah itu paling terbaik? Kemunculan semakin ramai ikon-ikon Muslimah media sosial yang biasa digelar ‘Insta famous’, ‘tweet famous’menjadi penanda aras bahawa mereka kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. 

Menggunakan medium media baru untuk menyampaikan dakwah santai dan berilmiah kini menjadi perkara biasa. Ditambah pula rencahnya dengan gambar mahupun video menarik, unik dan kreatif dilihat berjaya mencuri tumpuan ramai. 

Para pelayar media baru kini juga semakin mendekati agama lantas melakukan penghijrahan dek kerana menjadi ‘followers’ tegar ikon-ikon Muslimah ini. Apabila ada sahaja ‘posting’ yang di‘update’ atau dicicip, pasti mendapat ribuan ‘viewers’.

@nurhelizahelmi, @aisyahhijanah, @neelofa, @izzatielya.official, @dayanaamerda, @farzana.rais.official, @officialmizznina @dianaamir @fynnjamal dan ramai lagi antara influencer Muslimah yang berjaya mencuri tumpuan. 

Masing-masing mempunyai followers tersendiri dengan kisah hidup, karakter dan content yang berbeza tetapi insya-Allah membawa matlamat yang sama yakni menyampaikan.

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Bila berbicara soal dakwah, teringat pula kepada 4 rukun yang perlu kita ketahui iaitu:

(1) Tajuk dakwah (Maudu).
(2) Pendakwah (Da’ie).
(3) Orang yang didakwah (Mad’u).
(4) Cara dakwah (Uslub).

Seiring massa, maka tidak hairanlah variasi dan warna-warni dakwah era hujung cari ini semakin disukai ramai. Seiring massa, maka tidak hairanlah variasi dan warna-warni dakwah era hujung cari ini semakin disukai ramai. 

Persoalan seterusnya, adakah para asatizah sudah tidak mendapat tempat di hati pengguna media sosial? Adakah anak muda kita lebih mengikuti dakwah  ‘influencer’ dari pendakwah bertauliah? 

Sama sekali tidak. Para asatizah juga sudah mula menggunakan medium yang sama untuk berkongsi ilmu sebanyak mungkin kepada semua lapisan masyarakat. 

Lebih lagi dengan impak norma baru yang sebenarnya terselit sejuta hikmah. Rata-rata ‘influencer’ Muslimah juga menjadikan para asatizah ini sebagai rujukan utama. 

Ada juga yang suka mengadakan diskusi atau perkongsian santai bersama. Salah satu pendekatan baru yang dahulunya agak janggal tetapi sekarang semakin berkembang dan diterima ramai. 

Lebih menarik, mereka yang digelar ‘influencer’ ini juga mencintai, mendekati dan mengambil nasihat dari para ulamak. Sekali lagi tidak hairan kenapa mereka mudah mempengaruhi. Mungkin kerana aura para ulamak dan asatizah tempias sama kepada mereka. Keberkatannya di situ. 

Selain menjadi pilihan Allah S.W.T untuk memberi hiburan mendidik jiwa, kehadiran ‘influencer’ juga banyak membantu dalam mempromosi produk tempatan. Mereka biasa diminta untuk review produk sekali gus menaikkan jualan tanpa perlu mengeluarkan kos marketing yang mahal-mahal. Ini satu lagi nilai besar yang kadang menjadi isu hangat antara kita. 

Walau apa sahaja niat mereka, bukan tugas kita untuk menghukum. Teruslah menjadi ‘followers’ kepada keduanya. Influencer mahupun para asatizah. Ambil yang keruh buang yang jernih. 

Teruskan juga like, follow, share perkara kebaikan dan bermanfaat walau siapa pun kita yang dahulu atau sekarang. Semoga kita tergolong dari kalangan hambaNya yang hari ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga segala usaha kita menyebar kebaikan diterima oleh Allah S.W.T menjadi asbab syurga tertinggi. Amin. 

7 comments:

Anonymous said...

Malaysia perlu kekalkan adat resam pemerintahan negara. Resam dap babi, arak, tattoo, lgbt kena ditolak secara total kerana bukan ream asal negara ini. Sekolah vernakular pun perlu ditolak kerana sekolah didatangkan dari luar.

Anonymous said...

Betul tu. Resam dap tatto arak wajib kita haramkan pada puak dap ni.
Kepada puak kaki botol mca mic dan tatto kepada kaum iban dll tu kita pas dapatkan dalil utk puak ni dibenarkan. Insyaallah ada nnti kami ahl in pas akan google. Sabar karo

Anonymous said...

Hanya liberal ,Pluralisme n Rahmaran Alamin dihati kami

Anonymous said...

Baru beberapa bulan perintah, dah nak bawa oktober fest, tattoo fest, promote lgbt. Yg kuat bangkang larangan jual arak ni dap, sebab boss dap, eng guan selebrate menang dengan arak. Yg pkr dan pan boleh setuju dgn eng guan. Udahlah malaysia terkenal dengan eksport babi di negara org islam, lepas ni pesta arak pulak terkenal di negara orang islam.

Dr Raj said...

DO YOU NEED AN XMAS LOAN OR BUSINESS LOAN? CONTACT US URGENTLY, EMAIL: trustgolden247@gmail.com

Hakikat Syariat said...

Realiti dlm kehidupan masa kini memerlukan individu atau sesebuah masyarakat peka dgn perubahan yg melanda.

Kegagalan memahami realiti kehidupan masakini menjadikan segala tindakkan kita sia2 Dan tidak berguna utk diri sendiri Dan masyarakat secara umumnya.

Anonymous said...

Selagi ada pegangan agama n kekuatan spiritual marilah badai mcmana kiter harus percaya Qada n Qadar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails