Saturday, November 21, 2020

Annuar Musa saman MP DAP Tan Kok Wai..

 

Tuntut permohonan maaf, ganti rugi dari MP DAP

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menyerahkan notis guaman menuntut ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menarik balik, membuat permohonan maaf dan ganti rugi berhubung kenyataan fitnah mengaitkannya dengan penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi notis difailkan peguam tetuan Sharul Hamidi dan Haziq, notis tuntutan itu turut diserahkan kepada portal Malaysiakini dan ketua pengarangnya, Gan Diong Keng kerana menyiarkan artikel memetik kenyataan ahli Parlimen DAP itu.

Annuar mengepilkan notis guaman itu menerusi ciapan di Twitternya malam ini.

Pada 18 November, Malaysiakini menyiarkan artikel bertajuk “MP Cheras dakwa 42 plot tanah DBKL dijual sejak Annuar jadi menteri”, dengan mendakwa 42 plot DBKL terjual dalam tempoh 8 bulan terakhir Annuar berkhidmat sebagai menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau mempersoalkan status penjualan berkenaan dan adakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

Pada 19 November, Annuar menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan tuduhan berat.

Beliau menjelaskan, plot tersebut adalah tanah persendirian yang dimohon kepada DBKL untuk mengubah peraturan penggunaan tanah.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan, penjualan tanah berkenaan tidak mempunyai sebarang SOP.

Ia juga menyatakan konflik kepentingan menteri Wilayah Persekutuan dan pembabitan datuk bandak Kuala Lumpur dalam Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Ini kerana yayasan itu didapati membeli tanah daripada DBKL, entiti yang juga dipengerusikan oleh menteri dan datuk bandar.

Yayasan itu berada di luar pemeriksaan Jabatan Audit Negara. (MR)

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

3 comments:

Anonymous said...

Cara cara bertanadun

Anonymous said...

DAP perlu cara perundangan n x oerlu bazir masa melayan mrk

Anonymous said...

Tahniah Anuar Musa, tidakan tepat dan keras terbaik untuk kaum kafir harbi yang ada disini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails