Monday, October 26, 2020

PAS sambut baik titah YDPA, Al-hamdulillah!

 

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan tiada keperluan pengisytiharan darurat dilaksanakan dalam negara buat masa ini.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS menghormati kuasa prerogatif yang ada pada baginda Yang di-Pertuan Agong menurut perlembagaan.

Beliau berkata, antara perkara penting Yang di-Pertuan Agong menitah agar semua ahli-ahli politik menghentikan segera segala politicking sehingga mengganggu urusan pentadbiran kerajaan dalam memberi tumpuan membendung pandemik Covid-19 yang merupakan soal keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Dalam keadaan sebegini kita juga boleh menilai dalam kalangan ahli-ahli politik itu sendiri patuh atau tidak dengan titah Yang di-Pertuan Agong dalam perkara ini.

“Dan rakyat boleh menilai siapa yang mahu terus berpoliticking dan yang patuh pada titah Yang di-Pertuan Agong dalam kemelut yang sedang berlaku pada hari ini,” ujar Ustaz Idris kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Al-Sultan Abdullah amat mempercayai dan yakin dengan kemampuan kerajaan yang dipimpin di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus membawa pentadbiran negara dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau berharap agar semua pihak patuh dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota bagi membentangkan cadangan hasil Mesyuarat Khas Kabinet.

Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Seri Paduka berkenan mengadakan rundingan dengan Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan butiran cadangan dibentangkan oleh Perdana Menteri kepada baginda.

Namun, spekulasi yang tercetus mengandaikan ia antara lain adalah syor kerajaan untuk melaksanakan darurat atau prorog Parlimen, mengambil kira keadaan semasa penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Petang tadi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

Malah Al-Sultan Abdullah mengingatkan ahli-ahli politik supaya menghentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

TItah itu dikeluarkan petang tadi dalam kenyataan rasmi Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin selepas pertemuan Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang berlangsung hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan Ahli-Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab – HARAKAHDAILY 25/10/2020

16 comments:

Unknown said...

Tuju kpd semua pihak tu.. Pn.. Bn.. Or ph

Unknown said...

Meeting kabinet,menteri PAS setuju pulak mohon darurat

Anonymous said...

Agong dengan kabinet, yg mana lebih tinggi sudut perlembagaannya. Jadi akur kepada Agong. Jangan jadi penderhaka dan ajak derhaka. Dan yg penting juga tidak jadi khadam dap.

Anonymous said...

Kalu tak setuju MAMPOS la KERA2 kerajaan tebuk atap tu. Kena humbang ke tong taik la.....Mis syuruuuuu beb.......

Anonymous said...

MP2 PAS HIPOKRET MUNAFIQ. Dalam mesyuarat KERA2jaan setuju mohon darurat kpd Agong.

Lepas Agong tak luluskan, kata alhamdulillah. PAS KEPALA BAPAK MUNAFIQ

Pagi beriman , petang kafir

Petang beriman , pagi kafir

TERKUTUK LAH PAS LAKNATULLAH YANG MENIPU UMAT , HENDAK MENIPU ALLAH

Anonymous said...

Tidak darurat. Parlimen mesti bersidang 2 November ini. Kita jumpa di Parlimen ok lebai

Anonymous said...

Terkutuk yg jadi khadam dap tiap pagi dan petang hingga malam.

Anonymous said...

PAS sambut baik belaka.. Najib baik, Tun M baik, TSMY lagi baik.. takdir Anwar jadi PM.. Anwar terbaik Kita telah bersama sejak 1998.. semua pimpinan dah mewah belako le ni

Anonymous said...

X pyh la nak tuduh orang khadam sape atau puak Mana, sebenarnya orang dah meluat dengan Cara PAS berpolitik.. berebut mencari habuan..

Anonymous said...

Ni parti free size. Apa pun agong ckp A ,mudin plk cakap B, suma angguk je.
Fungsi mmg xde langsung. Janji dpt habuan.

Anonymous said...

Anwar akan kekal tidak terbaik kerana latar belakang penjara dan hubungan dengan proxy yahudi dap. Hanya liberal pkr dan pan the syiah yg kekal bersama dap.

Anonymous said...

So Pas yg kekal terbaik apa fungsi dlm kerajaan? Hudud sm ruu355 apa citer?

Anonymous said...

PAS ni bangang ke bengap mcm xleh fikir.. Sendiri cadang lepas tu kena tolak boleh bersyukur..
Kalau setakat letak nama Islam kat parti Iran syiah tu lg hebat.. siap letak Republik Islam..

Anonymous said...

Liberal kata liberal terbaik dan kata pas bangang biul. Pas pun kata pas terbaik dan liberal bangang biul. Fikir2 kanlah.

Anonymous said...

Pas tetap terbaik. Tiada salah laku guna kuasa dan tiada rasuah. Pas tetap jadi sasaran fitnah kelompok melayu yg sekongkol dengan dap.

Anonymous said...

Ya..termasuk langgar Sop kuarantin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails