Wednesday, October 28, 2020

Bekas banduan Al Maunah, buka kedai jahit, Al-hamdulillah!

 

Che Sabri Che Jaafar, mengambil ukuran pelanggan yang ingin membuat tempahan pakaian di kedai jahitnya. -Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

MACHANG: Tidak ada siapa yang menyangka, dia yang dulunya membuat kesalahan dan terkurung di sebalik tirai besi selama 20 tahun, kini mampu memiliki kedai jahit sendiri demi meneruskan kelangsungan hidup.

Bekas banduan Al Mauna, Che Sabri Che Jaafar, 50, bangkit dan melupakan kisah hitamnya serta berdikari mengusahakan kedai jahit pakaian lelaki.

Anak ketujuh daripada 11 beradik ini beruntung kerana pernah mendapat latihan dan kemahiran menjahit pakaian ketika berada di dalam penjara.

Che Sabri memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sebagai Pembuat Pakaian Lelaki Tahap Satu serta Pembuat Pakaian Lelaki Kanan Tahap Dua dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, pada tahun 2013 dan 2017 setelah mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

Katanya, pada awalnya memang agak kekok terutama untuk mendapatkan ukuran badan, memotong kain dan menjahit kerana tidak mempunyai asas dalam jahitan.

Bagaimanapun, selepas mengikuti bengkel jahitan yang disediakan oleh penjara, lama kelamaan ia menjadi satu kebiasaan dan boleh menguasainya.

"Ketika berada di dalam penjara, saya juga mengikuti program pembangunan ihsan bengkel jahitan serta bekerja di bengkel jahitan dengan kadar upah yang diperolehi sekitar RM30 sehari daripada pihak penjara.

"Sepanjang menjalani hukuman, saya bertekad untuk memilki dan membuka kedai jahit sendiri selepas dibebaskan serta akan menggunakan ilmu dan kemahiran jahitan yang dipelajari sebagai sumber untuk menjana pendapatan.

"Alhamdulillah, cita-cita itu menjadi kenyataan selepas dibebaskan pada 17 Julai lalu, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengurniakan pembebasan awal sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 pada tahun ini," katanya

ketika ditemui di kedai jahitnya di Pekan Pulai Chondong, di sini, semalam.

Katanya, menerusi kemahiran dan aspek kerohanian yang dipelajari di sebalik tirai besi, ia banyak membantunya untuk berhadapan dengan khalayak tanpa rasa rendah diri, sekali gus membina kehidupan baharu. Namun, apa yang penting adalah kemahuan dan juga keyakinan diri.

"Saya mula membuka kedai jahit pada awal bulan ini dengan bermodalkan RM200 menggunakan wang yang diperoleh hasil upah menjahit ketika berada di dalam penjara manakala kakak, Noraini Che Jaafar, 66, sanggup memberi pinjam mesin jahitnya kepada saya.

"Setakat ini, saya sudah mendapat lebih 20 tempahan baju lelaki untuk dijahit seperti baju kemeja, batik dan jubah. Upah yang diambil adalah di antara RM50 hingga RM120 bagi sepasang baju," katanya yang merancang untuk mencari pekerja bagi membantunya.

Katanya, ilmu dan kemahiran jahitan yang pelajari ini turut dikongsi dengan rakan lain yang datang untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai jahitan baju.

Che Sabri berkata, pada masa sama, dia turut menjaga ibunya, Rohmah Karim, 78, yang sudah uzur.

"Saya mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibu yang terlantar sejak tiga tahun lalu disebabkan sakit tua, selain kedua-dua matanya juga kabur.

"Walaupun mempunyai adik-beradik lain, biarlah saya yang menjaga dan menguruskan segala keperluan ibu memandangkan sudah 20 tahun saya terlepas peluang berbakti kepadanya," katanya. (BH)

6 comments:

Anonymous said...

ada sorang maunah rilek je kat luar xde pun kena jail mcm kawan2 dia
siap jadi ulamak PAS lagi hahaha dunia dunia

Anonymous said...

Pegi report polis la bodoh!! hi hii

Anonymous said...

nak repot polis camne bodoh dah ada kabel besar…..dah siapa bodoh hahahahaa
dia terlepas pun asbab kabel dalaman la bongok

Alahaikassim said...

Selamat maju jaya utk che sabri

Anonymous said...

Hancur. Fitnah lagi. Bila nak jadi baik.

Anonymous said...

Report dulu. Baru tau siapa bodoh siapa cerdik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails