Ulama-ulama di Aceh berpendapat, permainan video dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan. - Gambar hiasan
DI Aceh, Indonesia, golongan yang aktif dengan permainan dalam talian Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) dianggap telah melanggar syariat Islam.Tegas Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian, setiap pemain PUBG, serta yang berkaitan, mengandungi unsur-unsur kekerasan atau peperangan dan harus dihukum sebat di hadapan khalayak.“Jadi sangat layak di Aceh sebagai negeri yang berpegang pada syariat, pelaku yang melakukan tindakan haram yang dilarang di dalam agama Islam, sangat layak diseret, dikenakan hukuman sebatan bersesuaian dengan aturan di Aceh,” kata Teungku Abdurrani Adian menurut laporan portal Kompas.Pada Jun 2019, Majlis Ulama Aceh mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram.Fatwa tersebut dikeluarkan kerana permainan yang ditawarkan dalam aplikasi PUBG itu didakwa banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.PUBG juga dikategori sebagai permainan yang sarat dengan unsur kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri menjejaskan akhlak dan psikologi pemainnya.Meskipun PUBG diharamkan dan belum ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat, namun Teungku Abdurrani menegaskan, pemerintah Aceh sebetulnya sudah boleh melaksanakan hukuman berkenaan.“Sebagai seorang Muslim, apabila masih terus memainkan permainan tersebut, tentu mereka akan berdosa. Mereka juga akan bertanggungjawab terhadap dosa mereka di akhirat kelak,” katanya lagi.Sehubungan itu, Teungku Abdurrani berharap pemerintah Aceh segera merealisasikan fatwa tersebut agar pemain PUBG atau sejenisnya dikenakan hukuman sebat bersesuaian dengan Kanun (Perda) Nombor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.Dalam masa sama, beliau juga meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat agar turut mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung pengharaman PUBG sebelum ini.Ulama-ulama di Aceh juga berpendapat, permainan-permainan yang ditampilkan dalam video dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan.Bahan, permainan PUBG juga menyebabkan para pemain menjadi ketagihan selain menyebabkan mereka terpengaruh dengan tingkah laku kekerasan.Hukuman sebat yang tidak Islamik.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu diingat, 'sebat' dalam perundangan syariat Islam Aceh, adalah mendidik dan mengajar, itu sebab dilaksanakan di khalayak ramai. Aurat pesalah dan pelaksana hukum terkawal. Sehingga ada pesalah bukan Islam memilih hukum sebat cara Islam di Aceh, yang mampu menginsafkan. Kenikmatan perlaksanaan hukum Islam juga adalah untuk diri mereka sendiri.Tidak menyiksa dan menyusah seperti perundangan sebat dalam perundangan Malaysia yang dilaksanakan dalam penjara tertutup. Kesan pukulan sebatannya 1/2 mati, menyebabkan pesalah tidak dapat kerja cari nafkah keluarga yang ditanggung. Undang-undang yang menyiksa bukan menyedarkan.
Hukuman sebat yang tidak Islamik.
No comments:
Post a Comment