Wednesday, October 28, 2020

Hina Agama: Tiada suara DAP Melayu, Baculkah?

 

PAS menyeru umat Islam bersama mempertahankan Islam. 

SEBUAH kisah hitam berlaku di kota Paris, Perancis ketika Presidennya, Emmanuel Macron telah mengiktiraf dan mempertahankan tindakan seorang guru bernama Samuel Paty yang telah menghina Nabi Muhammad S.A.W atas dasar hak kebebasan bersuara.

Samuel telah bertindak menayangkan beberapa lukisan menyerupai Baginda Rasulullah S.A.W kepada pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah untuk berbincang di atas dasar hak kebebasan bersuara. Akibat tindakan tersebut, guru itu telah dibunuh dengan dipenggal kepalanya oleh seorang pemuda dari Chechnya beragama Islam.

Islam seringkali menjadi mangsa tohmahan dengan alasan hak kebebasan bersuara atau ‘freedom of speech’. Namun, sekiranya berlaku terhadap orang Yahudi, dikuatkuasakan Undang-undang Anti Yahudi atau ‘Anti Semitic’ Law dalam kebanyakan negara Eropah bagi melindungi orang-orang Yahudi daripada provokasi, penghinaan dan apa-apa kecaman terhadap orang Yahudi.

Sejarah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, Al-Quran, masjid-masjid dan apa sahaja syiar Islam terlalu banyak di portal-portal dan akhbar yang membangkitkan kemarahan ummah. Berita-berita penghinaan seperti ini sudah pasti tidak menyenangkan hati umat Islam secara keseluruhannya.

Ini pandangan PAS, sebuah parti Islam di Malaysia:

"PAS menyeru umat Islam bersama mempertahankan Islam. Kita wajib pertahankan Rasulullah S.A.W dan haram sama sekali kita menghina Baginda Nabi S.A.W. Umat Islam mesti bersatu bagi menjaga kesucian agama ini daripada dirobek dan dihina musuh-musuh Islam di seluruh dunia.

Sabda Nabi S.A.W:

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)"

Demikian kenyataan Ketua Penerangan PAS Malaysia.

Soalnya, di mana suara parti-parti lain di Malaysia? Yang kita ingin dengar, mana suara-suara si Melayu/Islam dalam DAP? Baculkah? 

Menurut DAP agama hal pribadi, apakah soal pribadi juga dikongkong paksa oleh DAP? Macam kerbau dicucuk hidung? Atau kepala otak mereka pun sama seperti Presiden Perancis?(IH)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

6 comments:

Anonymous said...

Hal peribadi? Habis dalam quran ada sebut tentang ulil amri, imam dan makmum, solat jenazah. Ini bukan sekadar peribadi. DAP berjaya cucuk hidung ahli2 termasuk yg ahli jahil islam dalam dap. Ulamak dap dah tarbiah islam dalam dap.

Anonymous said...

Ahli Dap ada tulis komen. Tp kena delete dgn blogger IH.
So, sapa yg bacul skrg?

Anonymous said...

Tulisan dap bukan ada quality. Penuh fitnah dan zero religous, dan komunisme. Macam presiden perancis kecam agama.

Anonymous said...

Kita tau dah puak mana yg kuat maki dan fitnah.

Anonymous said...

Bila nak menyela orang islam yg hina islam yg didapati bersalah dalam rasuah makan duit haram meliwat.. Mengkhianat.. Takde pun..

Anonymous said...

Dap ini cakap tak serupa bikin. Produk tulis halal tapi campur minyak babi. Sekolah vernakular adalah persediaan awal menolak orang melayu dan raja2 dan agama islam. Tak kenal bangsa lain yg ada di tanah melayu, akhirnya jadi macam presiden perancis yg tak kenal agama islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails