Friday, October 30, 2020

Khabib ‘The Eagle’ Juara Lightweight Pertahan Diri Beragama Islam..

 

SUKAN
Tidak ganas walau berlatih dengan beruang, &taati suruhan ibu supaya bersara.
Khabib Nurmagomedov mengisytiharkan 'misi tercapai' selepas mendarat di Russia selepas kejayaan pada pertarungan UFC 254.

LONDON: Khabib Nurmagomedov mengisytiharkan 'misi tercapai' selepas mendarat di Russia selepas kejayaan pada pertarungan UFC 254.

Juara lightweight dengan catatan 29-0 itu bersara sejurus kemenangan mengatasi Justin Gaethje dalam suasana penuh emosi dekat Fight Island dan bercakap mengenai keputusan diambilnya itu selepas tiba di tanah air.

Katanya: "Hari ini saya berada di kedudukan No 1, jadi misi sudah tercapai. Apa lagi yang boleh dibuat di sana? Buat duit? Saya sentiasa boleh melakukannya.

"Setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Sudaj tentu Dana (White) mahu saya terus bertarung dan menjana pendapatan.

"Saya boleh buat duit sendiri. Saya berada di puncak karier tapi saya membuat keputusan ini dan saya rasa ini adalah yang terbaik buat saya.

"Tidak semua orang boleh bersara di puncak tapi saya tahu dalam setahun, dua atau lima, saya perlu berdepan keputusan itu sekali lagi. Sudah cukup apa yang saya lakukan dalam sukan ini untuk bergelar yang terbaik."

Khabib mengambil keputusan bersara selepas berjanji dengan ibunya ia akan menjadi pertarungan terakhir tanpa ayahnya Abdulmanap yang sentiasa memberi bimbingan. Demikian menurut berita Agensi.

Menurut Harkahdaily, antara faktor kejayaannya ialah:

1. Agama. 

Berpegang kepada fahaman ahli sunni dan taat dalam beragama. Sentiasa merendah diri dan sering bersujud syukur apabila menang dalam perlawanan menyebabkan dia dihormati oleh musuhnya. Kalimat yang sering terpacul daripada mulutnya disaat kemenangannya adalah ‘Alhamdulillah

2. Demografi. 

Berasal daripada daerah Dagestan, Rusia. Wilayah miskin yang masih bergolak dalam kancah ketidakstabilan politik, namun dikelilingi dengan gunung-ganang dan tumbuhan hidup subur. Masyarakat di sana tahan lasak dan cukup sumber nutrisinya.

3. Inspirasi. 

Bapanya Abdulmanap adalah merupakan sumber inspirasinya yang paling utama. Dialah ‘master piece’ yang mencetak para pemuda di Dagestan supaya mencebur diri dalam MMA di peringkat antarabangsa. Kematiannya akibat COVID-19 amat dirasai oleh Khabib.

4. Latihan. 

Siapa sangka Khabib sejak bermula umur 9 tahun adalah berlatih dengan beruang peliharaannya. Perkara ini pada awalnya membingungkan jurulatih di negara lain dan menjadi latihan di wilayah ceruk Putin ini sangat unik dan istimewa.

5. Kemahiran.

Khabib menguasai pelbagai kemahiran disiplin sukan gusti sebelum dia menyertai MMA seperti judo, combat sumbo dan gusti gaya bebas. Diadunkan dengan seni pertahanan diri terbit daripada wilayahnya menyebabkan dia dapat menguji kemahirannya kepada pesaing di luar sana.

6. Akhlak.

Siapa sangka akhlak beliau yang dipamerkan sewaktu di Oktagon telah meruntun jiwa musuhnya. Cronor McGregor, sebelum ini beberapa kali melakukan provokasi ke atasnya. Namun dihadapinya dengan sabar dengan menghukumnya tewas dalam perlawanan pada minit ke 3:03 pusingan ke empat.

Selain itu akhlak beliau mentaati suruhan ibunya untuk bersara daripada MMA setelah ketiadaan bapanya telah mengejutkan banyak pihak, di saat beliau ketika ini sedang berada di puncak kegemilangan.

Sekian (IH)

Hibur Hibur Sikit: 

7 comments:

Anonymous said...

Pemuda Khabib dan negara Checen Russia adalah bangsa yg kuat dan taat agama Islam walau tertindas

Di Malaysia bangsanya banyak yg Islam tapi rasa hebat. Bila ada BSH muka ni yg banyak ke depan beratur dlm bank.... perasan champion suma nak di gadai mcm melayu urban tuu

Anonymous said...

So apa hala tuju perjuangan Pas skrg?

Anonymous said...

Sila baca Harakah dan berhubung dengan PAS..

Anonymous said...

Dlm harakah mna ada halatuju Pas. Citer pasal kondem PH saja dah cover 50%. Baki lg citer pasal duk sokong abah cow.
Jelaskan kat sini apa arah tujuan Pas skrg selain jd parti free size?

Anonymous said...

Pas tetap kekal dengan perlembagaannya. Pkr dan pan tetap kekal bersama dap memfitnah pas dan ulamak. Beza arah tuju meskipun pkr dan pan mengaku muslim.

Anonymous said...

Mahkamah pan dan pkr luluskan dap ke syurga. Fitnah jugak kut.

Anonymous said...

Yg ni mmg fitnah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails