Friday, October 30, 2020

Dolla. Begini Bentuk Kumpulan Hiburan Generasi Muda &Islam M'sia..

 

HALAMAN HIBURAN

KEMUNCULAN kumpulan baharu, Dolla dalam industri muzik tanah air berjaya membuka mata banyak pihak sekali gus menambah warna dalam bidang hiburan tempatan.

Penampilan serta konsep muzik yang dibawa sejak hadir dengan single pertama berjudul Dolla Make You Wanna kini menjadi alternatif buat peminat yang dahagakan genre muzik berbeza daripada kebiasaan.

Diberi jolokan sebagai 'Blackpink Malaysia', Dolla yang dianggotai Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby juga berdepan cabaran krisis pandemik Covid-19 dalam memperjuangkan karya mereka.

"Mungkin cabaran yang kami hadapi berbeza daripada artis lain, namun, ini tentunya membuatkan kami akan sentiasa mengingati proses perjuangan kami dalam mengangkat nama dan karya kami," kata Syasya.

Membuka sesi temu bual, Dolla berkongsi mengenai perjalanan karier mereka yang baru sahaja bermula pada tahun ini dan terpaksa 'bergelut' dengan musuh yang tidak dapat dilihat, Covid-19.

"Cabaran kami adalah, apabila lancarkan lagu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Pada ketika itu, kami lancarkan single pertama kami, Dolla Make You Wanna tak sangka, ramai juga yang memberi sokongan dan dari situ kami mula dikenali.

"Kini, kami lancarkan single kedua berjudul Impikan dan sekali lagi, kami berdepan situasi sama apabila kerajaan umumkan PKP Bersyarat (PKPB)," katanya.

Seorang lagi anggota Dolla, Sabronzo berkata, mereka juga tidak pernah merasai pengalaman menjadi artis seperti mana yang dilalui artis lain.

"Mungkin disebabkan kami diperkenalkan ketika negara kita bergelut dengan Covid-19, jadi, kami tak berpeluang melalui proses seperti sesi temu ramah bersama media dan sebagainya. Kalau ada pun, ia menerusi panggilan telefon atau dalam talian saja.

"Bagaimanapun, ada juga peminat dan pengikut kami yang mula kenal contohnya, apabila berada di luar, ada yang tahu bahawa kami adalah anggota kumpulan Dolla," katanya.

Berkongsi mengenai single baharu mereka, ia dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

"Impikan dihasilkan dalam dua bahasa dan untuk bahasa Inggeris, judulnya adalah Watch Me Glow. Ini satu penghargaan buat kami apabila Universal Music Malaysia memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan single dwibahasa ini," kata Sabronzo.

Namun begitu, bagi menghasilkan single dwibahasa bukanlah satu tugas yang mudah. Bagi Tabby, cabaran besar adalah untuk menyanyikan bait lagu dalam bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu saya mungkin tidak sefasih orang lain, tetapi saya anggap ini adalah cabaran untuk saya apabila menyanyikan lagu Impikan. Namun, semuanya berjalan lancar," katanya.

Dihasilkan oleh komposer dan penerbit terkenal dari Sweden iaitu Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson untuk versi bahasa Inggeris, dan Luca Sickta serta YonnyBoii untuk versi bahasa Melayu, Dolla juga berbesar hati dapat bekerja dengan nama-nama besar itu.

"Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu hits K-Pop seperti All Night nyanyian Girls' Generation.

"Dengan peluang ini ia sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa," kata Sabronzo.

Selain Girls' Generation, kesemua komposer dan penerbit itu juga pernah menghasilkan lagu untuk beberapa nama besar lain antaranya, LOONA,

Red Velvet, Girls' Generation, EXO-CBX, VIXX, Boys Republic dan Pentagon.

Bagi seorang lagi anggota Dolla, Angel berkongsi mengenai jalan cerita dan mesej yang disampaikan menerusi lagu baharu ini.

"Lagu ini cuba membangkitkan semangat mereka yang belum mencapai apa yang mereka impikan dalam hidup mereka. Jangan mengeluh dan mudah menyerah kalah.

"Dengan usaha yang berterusan, apa yang diimpikan pasti boleh dikecapi suatu hari nanti. Lagu ini kami dedikasikan khas buat peminat kami yang percaya dengan bakat dan kemampuan kami untuk terbang lebih jauh dalam persada seni," katanya.

Menutup sesi temu bual, Sabronzo mewakili kumpulannya berharap agar karya mereka akan terus diterima dengan baik oleh peminat.

"Kami berharap lagu ini bukan saja mendapat sambutan positif daripada pendengar dan mengukuhkan lagi jenama dan muzik di Malaysia, malah kami turut menaruh impian lagu ini membuka ruang dan peluang untuk kami menempa nama di luar negara, katanya.

Video muzik Impikan dan Watch Me Glow dilancarkan hari ini di YouTube bermula jam 9 malam dan boleh juga didapati ke pelbagai platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu HasyimDolla. Beginilah bentuk kumpulan hiburan di Malaysia, yang dipaksakan kepada generasi muda dan umat Islam di negara ini memperjuangnya. Perjuangan maksiatkah? Kemana distinasi hujungnya?


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-130: Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

E-Buku IH-130: Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

12 comments:

Anonymous said...

KITA MENGHARAPKAN KERAJAAN SEKARANG BERBUAT SESUATU JIKA SAYANGKAN GENERASI ANAK MUDA ISLAM

Anonymous said...

Kumpulan ini penyokong liberal dan sekular. Susah nak ubah perangai sama macam pemimpin pkr dan pan yg tetap kekal sekular dan liberal. Tetap istiqamah bersama dap dan tetap istiqah menyerang islam dan ulamak. Ada muslim jadi ahli dap dan berimamkan eng guan dan bapanya.

Anonymous said...

Kita harapkan pkr dan pan tidak lagi bersama dap dan kembali kuatkan islam. Buangkan konsep liberal dan sekular, dan ucapan anwar bahawa negara ini cina yg punya, negara ini india yg punya, adalah khianat kepada orang melayu dan islam yg telah bertapak berkurun lamanya. India datang dari india, cina datang dari cina, orang melayu datang dari sini.

Anonymous said...

Sokong ruu355, jangan sokong dap.

Anonymous said...

Ph memang harap pas bubar sebab pas tolak dap 100 %. Bukan dap saja yg gerun dengan pas, pkr dan pan pun gerun dengan pas. Hanya guna tin milo, pas jihad. Nafkah dari dap, sebuah parti komponen ph bergantung hayat.

Anonymous said...

Gerun dgn pas? Bull shit !!!

ada 15 juta lagi melayu islam yg sokong pkr dan amanah PH beb.

umno 2 juta pas 1 juta = baru 3 juta. aku bagi free 2 juta lagi. sekarang masing2 sdg bercakaran. boleh menang pru 15?

mat jenin sewel la korang IH!

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Anonymous said...

Mmg tgh gerun. Lobai Pas sengaja lggr Sop kuarantin. Mmg kebal la lobai Pas dr virus covid19. Err..termasuk kebal dr undang2 abah cow..kah355x!

Anonymous said...

Yg lebih berat rakyat kena covid sebab pr sabah oleh ph. Ada yg mati.

avanza5990 said...

ingat lepas pas jadi KERAjaan tak wujud lagi benda2 macam2 ni. awaaaaat ni. sama je muncul puak2 sekular menjahanam bangsa isle. patut hj hadi muncul kt tv hari2 memberi tazkirah. baru betul kKERAjaan isle. ni supo dap jer. jgn marah bani pas.

Anonymous said...

Apa citer covid 19 dari sabah. Mana syafie afdal. Sunyi sepi jer. Taknak ker ziarah pesakit covid yg punca dari pr sabah.

Anonymous said...

Syafie afdal tgh cari sapa menteri kesihatan sabah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails