Saturday, October 31, 2020

Biarkan Bani DAP terus meroyan dan berguling..


Terus ‘perform’ dengan tugas, abaikan Bani DAP

RAMAI kaum PH duduk perli hari ini pasal Istana tak setuju darurat dilaksanakan. Kononnya keputusan itu menandakan Istana tidak merestui Kerajaan PN. Kesian mereka. 

Tanpa mereka sedar bahawa saranan YDPA supaya semua pihak elakkan politiking dan tumpukan perhatian kepada usaha kerajaan menangani COVID-19 adalah arahan kepada semua pihak termasuk kabilah pembangkang.

Jadi jangan nak sibuk-sibuk Usul Tak Percaya la, atau nak suruh Perdana Menteri (PM) letak jawatan la atau nak beritahu ada numbers baru la. Jadi semua pihak tutup mulut sementara kerajaan nak pulihkan COVID ini.

Insya-Allah selesai PKPB ini kita PRU la, dah nak mandat rakyat sangat. Saya yakin rakyat akan kecilkan jumlah kerusi Bani DAP dan sekutunya.

Tahiah kepada saff kepimpinan MN dan PN yang tenang dan perform dengan tugas masing-masing. Biarkan Bani DAP terus meroyan dan berguling.

USTAZ MOKHTAR SENIK 
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 27/10/2020

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Lihatlah betapa semakin biadabnya Pertubuhan Pelajar Cina pro-DAP UM bernama University of Malaya Association of New Youth (UMANY) ini terhadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum ini UMANY inilah yang menjuarai desakan supaya Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hj Hashim, meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

Kini ia secara terbuka pula mendesak Yang Di-Pertuan Agong supaya jangan campur tangan dalam urusan-urusan negara (“the Yang Di-Pertuan Agong should not interfere in national affairs”).

Anonymous said...

(1) Puak RBA diupah baksis,

Menjaja fitnah sebagai kerja,

Batalkan kerakyatan pendatang rasis,

Kerana berani menghina raja.


(2) Penjajah Portugis tiada adab,

Datang ke Melaka mencari pasal,

Puak rasis sangat biadab,

Suka menghina penduduk asal.


(3) Minum kopi terasa manis.

Kopi dipanas atas bara,

Puak rasis sanjung komunis,

Kerana komunis musuh negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails