Monday, October 26, 2020

Awas, serangan kumpulan K-pop baharu 'aespa'. Muncul November ini!

  

Menurut SM Entertainment, nama 'aespa' merupakan gabungan '', iaitu 'avatar x experience' dan perkataan 'aspect'. -twitter@aespa_Official

HALAMAN HIBURAN

Kumpulan K-pop baharu 'aespa' buat kemunculan November ini

SYARIKAT label muzik Korea Selatan, SM Entertainment mengumumkan kumpulan baharu ‘aespa’ malam tadi. Syarikat gergasi tersebut memuat naik ‘teaser’ dan logo untuk kumpulan K-pop baharu itu di akaun Twitter rasminya.

SM Entertainment kemudian secara rasmi mengesahkan nama kumpulan baharu itu sebagai ‘aespa’ dan memaklumkan ia akan membuat kemunculan pertama bulan depan.
Agensi tersebut menjelaskan bahawa nama ‘aespa’ merupakan gabungan 'æ', iaitu ‘avatar x experience’ dan perkataan ‘aspect’.
Ia membawa maksud kebolehan menyelami dunia baharu menerusi avatar diri anda. Perkataan ‘aspect’ juga bermaksud bahawa kumpulan itu mempunyai banyak sisi yang berbeza.
Bagaimanapun, SM Entertainment belum mendedahkan bilangan ahli dalam kumpulan baharu tersebut. Difahamkan, SM Entertainment akan mendedahkan lebih maklumat mengenai kumpulan itu dan anggotanya pada minggu-minggu akan datang.
‘aespa’ menjadi kumpulan perempuan baharu pertama SM Entertainment sejak kumpulan sensasi Red Velvet yang membuat debut pada 2014. Ia juga merupakan kumpulan pertama secara keseluruhan agensi tersebut sejak kumpulan terkenal NCT membuat debut pada 2016.
Hasil carian imej untuk Imej untuk k-pop baharu 'aespa' siapa?
Hasil carian imej untuk Imej untuk k-pop baharu 'aespa' siapa?
Hasil carian imej untuk Imej untuk k-pop baharu 'aespa' siapa?
Hasil carian imej untuk Imej untuk k-pop baharu 'aespa' siapa?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Puak-puak yang bertanggung jawab ke atas agama Islam di negara umat Islam se dunia, sila ambil perhatian dan menanganinya. Di Malaysia bagaimana?
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Singapura bakal import tenaga elektrik dari Malaysia


Singapura akan mengimport bekalan elektrik dari Semenanjung Malaysia di bawah ujian selama dua tahun, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Isnin (26 Okt).
Matlamat ujian itu adalah untuk menilai dan memperhalusi rangka kerja teknikal dan kawal selia bagi mengimport bekalan elektrik ke Singapura, menurut penguasa itu dalam kenyataan medianya.

Paatikan jangan jadi perjanjian air macam dulu...Akhirnya negaea rugi sampai kini..

Langkah itu akan membantu memudahkan import berskala lebih besar dari rantau ini pada masa akan datang, tambah EMA.

Pastikan juga jamgan jadi IPP Zaman Tun... Pembekal IPP kaya raya rakyat sengsara.

Dah tua tak nak mamposss

Anonymous said...

aespa ka vespa ka hapa ka lantak la depa pa , biar lebih cepat datangnya dia , mudah kita kira bicara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails