Wednesday, September 23, 2020

Anwar Temberang Lagi? Dulu Pun Kata Macam Tu Juga..

 

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. - Foto NSTP

Kerajaan tak tumbang hanya dengan Anwar isytihar - Mohd Amar

KOTA BHARU: Sesebuah kerajaan tidak akan tumbang dengan hanya membuat pengisytiharan seperti dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya perlu melalui kaedah dan proses tertentu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAS mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya kerana kemungkinan besar ia hanya tinggal impian seperti beberapa insiden sebelum ini.

"Kerajaan tidak akan tumbang dengan hanya buat pengisytiharan. Ada kaedahnya, bukan hanya isytihar terus tumbang, kita tunggu dan tengok macam mana.

"Dulu waktu nak lantik (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sebagai Perdana Menteri pun, dia (Anwar) beritahu dah cukup bilangan, naik bas ramai-ramai ke Istana Negara tetapi yang berlaku tiada hasil.

"Yang ini pun kita tunggu dan lihat sebab takut jadi macam itu dan kalau betul-betul sudah cukup (bilangan Ahli Parlimen), dia kena menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan perkara ini," katanya ketika ditemui selepas persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan di sini, hari ini.

Anwar dalam sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan. Sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, isu pembubaran dewan terserah kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, kebiasaannya jika wujud mengenai isu undi tidak percaya, perkara itu akan dibawa ke Parlimen.

"Perdana Menteri ada dua pilihan, kalau betul-betul dia sudah kehilangan sokongan ahli parlimen maka dia perlu meletakkan jawatan atau dia menghadap Yang di-Pertuan Agong dan dinasihatkan supaya bubarkan balik, itu senarionya," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimAnwar temberang lagi? Dulu pun kata macam tu juga..

Hibur Hibur Sikit:  H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah

1 comment:

Anonymous said...

Wahai umat Islam, apabila kepala bapak liberal kaki kencing membawa sesuatu berita kepada anda, anda tolaklah berita tersebut dan tidak perlu siasat berita tersebut kerana kandungan berita itu adalah air kencing yang sangat hancing sahaja. Cukup-cukuplah dikencing selama 22 bulan.

Ingatlah pesanan filem 3 Abdul:

"Kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai yang boleh kena tipu ni pasal apa"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails