Monday, September 21, 2020

Mahkamah kekalkan LTTE sebagai pengganas

 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan pemandu teksi, V. Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai pengganas. 

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili Balamurugan selaku pemohon kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya semalam. 

Omar Kutty berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan tersebut sepatutnya difailkan dalam masa tiga bulan selepas LTTE diwartakan sebagai kumpulan militan pada 2014. 

“Balamurugan juga telah lepas bebas daripada tuduhan LTTE,  jadi dia sudah tiada locus standi untuk memfailkan permohonan itu. Mahkamah menolak permohonan tersebut tanpa sebarang perintah terhadap kos,” katanya. 

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali bertindak bagi pihak responden iaitu Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia. 
 
Pada 6 Februari lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada Balamurugan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman  terhadap Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia. 

Balamurugan, 38, memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman pada 8 Januari lalu, bagi memohon suatu perintah certiorari untuk  membatalkan  serta-merta butiran mengenai LTTE dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 November 2014.

Dalam permohonan itu, Balamurugan memohon suatu pengisytiharan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah tersebut tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ultra vires atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

Pada 24 Februari lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh melepas dan membebaskan Balamurugan daripada lima pertuduhan berkaitan LTTE selepas dimaklumkan pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap tertuduh. – BERNAMA

Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Hibur Hibur Sikit

1 comment:

Anonymous said...

Malangnya seorang atuk Kerala cuba menjadikan pertubuhan pengganas Hindu LTTE sebagai pertubuhan 'suci' walaupun LTTE telah membunuh sangat ramai umat Islam dan orang Buddha di Sri Lanka. Lebih kurang 100,000 orang awam telah terbunuh kerana keganasan yang telah dicetuskan oleh LTTE.

LTTE juga telah membuka cadangan LTTE di negara kita kerana sebilangan rakyat menyokong LTTE.
Bahkan sebilangan pemimpin party Dajjal Action Party telah menyokong LTTE.

Banyak negara asing telah melabelkan LTTE sebagai pertubuhan pengganas yang sangat berbahaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails