Wednesday, September 23, 2020

Shaheizy Sam&isteri: Iklan Lucah?

 

 Netizen mengecam foto yang dikongsikan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dalam laman Instagram yang membawa maksud lucah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah. - Foto IG Shaheizy Sam

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin dikecam netizen berikutan mempromosikan produk dengan menampilkan foto berunsur lucah. Kebanyakan netizen mengecam foto yang dikongsikan Sam dan Syatilla dalam laman Instagram dengan membawa maksud lucah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah.

Mengulas strategi murahan yang didakwa digunakannya dan isteri untuk mempromosikan produk jenama Kekasih by The Melvins, Sam berkata, cukup sukar untuk memuaskan hati semua orang.

"Sebenarnya, itu adalah cara untuk menunjukkan keberkesanan produk kegunaan wanita, tetapi disalahertikan.

"Bagaimanapun, saya mengerti, tidak semua orang faham. Jika kami melabur dengan menghasilkan iklan yang mahal, itupun belum tentu diterima.

"Namun, saya dan Syatilla merasakan iklan berkenaan paling tepat bagi menggambarkan produk yang dipasarkan," katanya kepada BH Online.

Shaheizy Sam mempunyai masa selama sebulan setengah untuk menurunkan berat badan, sebelum memasuki set penggambaran filem Polis Evo 3. - Foto IG Shaheizy Sam

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia mengalami kenaikan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) sepanjang tiga bulan terkurung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Mencecah sehingga 85 kg, Sam berkata, ia adalah terberat sepanjang hidupnya.

"Saya hanya mempunyai masa kira-kira sebulan setengah untuk mendapatkan semula berat badan seperti dalam filem Polis Evo 3. Saya akan memasuki set penggambaran semula, November ini.

"Saya akui tidak tertekan dengan keadaan berat badan sekarang, mungkin terlalu sedap makan sepanjang PKP menyebabkan berat badan naik mendadak.

"Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan semula berat badan 65 kilogram seperti dalam filem Polis Evo 3. Ini kerana ada beberapa babak yang perlu ditambah. Insya-Allah, saya tiada masalah untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat ini," katanya.

Bintang Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2012 dan 2014 itu juga menyangkal dakwaan sengaja menaikkan berat badan sebagai gimik bagi mengeluarkan produk kurus seperti dilakukan sebelum ini.

Sam berkata, cabaran menguruskan badan dilakukan tahun lalu berikutan dilantik sebagai duta produk dan pada masa yang sama, akan menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.

Bagaimanapun, katanya, dia perlu menguruskan badan kali ini disebabkan komitmen kerja.

"Saya perlu kurus sebelum memasuki semula set penggambaran filem Polis Evo 3. Sepatutnya penggambaran sudah pun selesai, tetapi masih ada beberapa babak perlu ditambah berikutan penayangan filem ditangguh pada tahun depan.

"Jujurnya, tiada kena mengena dengan gimik kerana saya tidak berhasrat mengeluarkan produk kurus," katanya.

Ditanya perasaannya apabila tayangan filem Polis Evo 3 ditangguhkan pada tahun hadapan, Sam berkata, dia akur dan faham dengan situasi pandemik COVID-19.

"Tiada apa yang perlu dikecewakan. Saya sentiasa percaya pasti ada hikmah di sebalik setiap perancangan yang tidak menjadi, malah yakin pasti ada sesuatu yang lebih besar menanti," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah iklan ini menyalahi dari segi hukum agama Islam, moral dan akhlak?

Hibur Hibur Sikit : H2S Pilihan: 05 -Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh &...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails