Thursday, September 24, 2020

Penuaian air hujan: Jelas dangkalnya 'kepala otak' PH..

 

Penuaian air hujan untuk minuman

KETIKA pimpinan dan penyokong parti pembangkang sibuk memperolokkan kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya orang ramai khususnya rakyat Kelantan memanfaatkan air hujan, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) maju selangkah ke hadapan. 

KASA melalui agensi di bawahnya, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), sudah mula mengeluarkan air minuman yang bersumberkan Penuaian Air Hujan. Pusat Penuaian Air Hujan yang diusahakan oleh NAHRIM, dengan izin Allah akan dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air sedikit masa lagi. 

Air minuman yang dihasilkan oleh NAHRIM bersumberkan Penuaian Air Hujan telahpun digunakan oleh pejabat KASA di Putrajaya dan juga pejabat KASA di Parlimen. Sebagaimana yang pernah diumumkan oleh NAHRIM sebelum ini, produk air minuman tersebut akan memasuki pasaran seawal tahun hadapan.

Usaha yang dilakukan oleh NAHRIM sekali gus menjawab perolokan yang dilakukan oleh pimpinan dan penyokong Pakatan Harapan (PH) terhadap kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air di Kelantan pada minggu lepas. Meskipun Sistem Penuaian Air Hujan sudah begitu dikenali di seluruh dunia malah sudahpun diamalkan oleh pelbagai pihak dalam kalangan masyarakat Malaysia, kenyataan Dato’ Sri Tuan Ibrahim telah dipolitikkan oleh pimpinan dan penyokong PH.

Tindakan pimpinan dan penyokong PH mempolitikkan isu ini, dilihat sudah mula memakan diri mereka sendiri apabila masyarakat awam mula mempertikaikan kedangkalan pemikiran mereka berhubung dengan Penuaian Air Hujan. 

Sebaliknya Menteri Alam Sekitar dan Air akan terus melangkah ke hadapan mengemudi KASA ke arah menjaga kemaslahatan manusia dan alam sekitar, tanpa perlu melayan kedangkalan tindakan pimpinan dan penyokong parti pembangkang.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik Kepada Menteri Alam Sekitar dan Air – HARAKAHDAILY 22/9/2020

http://www.nahrim.gov.my/ms/nahrim-di-akbar/198-keratan-akhbar-2020/1586-bottled-skyjuice-in-the-works-bernama-5-mar-2020.html

Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Hakikatnya, dari siasatan awal mendapati, duit berkenaan adalah duit yang diberikan oleh parti Warisan sendiri.

Shafie kini benar-benar terdesak untuk memenangi PRN Sabah kerana beliau tahu sekiranya Warisan tumbang dalam PRN Sabah, berbagai kes rasuah sedang menanti beliau.

Anonymous said...

Fakta : Negara-negara yang menghadapi masalah bekalan air seperti Amerika Syarikat, UK, India, negara-negara Afrika dll telah lama membina tangki di atas permulaan tanah atau tangki air bawah tanah untuk mengumpul air hujan.

Puak Pee H bodoh berlapis-lapis hanya pandai kencing rakyat sahaja dengan pelbagai janji palsu dan cerita dongeng.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails