Monday, March 09, 2020

32 ADUN Bentuk K'jaan Baharu, PH Berkubur Di Perak Pula..

PH terkubur di Perak, 32 ADUN bentuk kerajaan baharu
Ahmad Faizal, diiringi Saarani (kiri) dan Razman (kanan), selepas sidang media khas di sebuah hotel di Ipoh hari ini. Foto Media Perak

IPOH
: Kerajaan negeri Perak berubah selepas 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata, kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi), Pas (3 kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (4 kerusi).

Jelasnya, Bersatu mendapat pertambahan dua lagi kerusi selepas penyertaan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.


“Saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, UMNO dan Pas negeri Perak telah mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah gabungan baru

“Gabungan ini melibatkan empat ADUN daripada Bersatu iaitu saya sebagai ADUN Chenderiang dan ADUN Sg Manik Datuk Zainol Fadzi, serta dua lagi ADUN yang telah menyertai Bersatu, iaitu ADUN Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

“Selain itu, gabungan ini turut melibatkan kesemua 25 ADUN daripada UMNO dan 3 ADUN daripada Pas.

“Dengan gabungan ketiga-tiga parti ini, maka Perikatan Nasional Negeri Perak dapat menubuhkan Kerajaan Negeri Perak yang baru, dengan jumlah majoriti 32 Ahli Dewan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Keputusan itu sekali gus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbentuk pada Mei 2018 runtuh.

Ahmad Faizal bagaimanapun menyatakan bahawa sehinggi kini beliau masih menjadi Menteri Besar.



Lihat sebelum ini..

Berburu Landak, Macan Tutul ini Menyesal dan Merasakan Akibatnya!!

9 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah KERAjaan PH Perak telah tumbang. Bacaan Talkin untuk PH. Padan muka !

Tepuk .........

Anonymous said...

Dap dulu beri tekanan kat mb supaya hak milik tanah kampong cina diberi hak milik kekal. Tahniah peja. Masa nijar dulu,lulus sakan. Dap puji nijar dan kutuk peja.

cik minah said...

Bongkar, jangan tak bongkar.

Anonymous said...

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kepala terapit pintu, terkepit.
Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suata bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Anonymous said...

Lepas ni puaka rimba tak merayap lagi. Power merayap tak cukup untuk fitnah lobai. Tambah power, terbang atas angin. Boleh balun semua lobai. Dia memang sakit hati dengan lobai terutama tghh.

Puaka Rimba said...

Harap TS Mahyuddin tubuhkan Kementerian Baharu..iaitu Kementerian Hal Ehwal Mergastua dan Mergasatwa Darat dan Laut..agaknya siapa yg layak menjawat nya..Hihihikikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Dasar makhluq perosak. Ajak muhyiddin ikut cara fikir yg sawan. Darat ka laut ka, jabatan ini boleh beri kepada perunding psikologi islam. Supaya pulihkan kembali jadi manusia waras dan iman.

Anonymous said...

Tahniah yb hasnol. Kembali ke pangkal jalan. Jangan keluar parti kerana jawatan.

Anonymous said...

SAMAN FITNAH DAH BAYAR BELUM HAHAHAHAAAA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails