Sunday, March 08, 2020

Hadi Awang Calon TPM Paling Sesuai - Tun M

Hadi Awang calon TPM paling sesuai - Tun M
Kata Dr Mahathir, Hadi Awang merupakan calong paling sesuai untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional.

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi Kabinet baharu yang akan ditubuhkan gabungan Perikatan Nasional.

Menurut beliau, berkemungkinan besar Kabinet baharu yang dijangkakan diumum pada Selasa akan dipelopori oleh majoriti Ahli Parlimen Umno termasuk yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Dalam masa sama, beliau menegaskan, cadangan yang dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak menyertai Kabinet merupakan keputusan yang amat sesuai.

Tindakan terbabit, jelas Dr Mahathir, mampu memberi ruang kepada pemimpin terbabit untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas setiap pertuduhan yang kini dibicarakan di mahkamah.


"Calon yang sesuai sekali tak tau (tak pasti), barangkali (yang sesuai) Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kot... iyalah (Kabinet baharu akan dipelopori oleh UMNO), Bersatu ada enam orang (Ahli Parlimen asal).

"UMNO ada 50 lebih (termasuk yang sertai Bersatu) jadi tak tau macam mana yang kecil ini (Bersatu) nak kuasai yang besar, biasanya yang besarlah kuasai yang kecil," ujar Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Bersatu Cawangan Kedawang, Langkawi pada Ahad.

Pada Sabtu, Zahid yang juga Presiden UMNO, telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri supaya beliau tidak dilantik menganggotai Kabinet.

Perkara itu dimaklumkan beliau di hadapan keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menjangkakan Kabinet Perikatan Nasional akan diumum pada Selasa ini.

Keputusan terbabit sekali gus akan menjadi jawapan kepada pelbagai teka teki berhubung jawatan menteri menteri Kabinet khususnya individu yang akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri. (AA)

3 comments:

Anonymous said...

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Anonymous said...

Yg tak habis ngaji, tak payah pilih. Nanti jadi kuda. Yg kuat berangan pun tak payah pilih. Ini pun penyakit jugak. Yg kaki maki pun tak payah. Nanti dapat penyokong macam puaka rimba.

Anonymous said...

Jadilah ahli yg berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails