Monday, March 09, 2020

Rakyat mahu Kabinet bersih, jujur - Mufti Perlis


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu pertemuan di kediaman Muhyiddin semalam. NSTP/Facebook DRMAZA

KUALA LUMPUR: Rakyat mahu kerajaan dianggotai menteri yang jujur, cekap dan tidak memusuhi perkara asas dalam negara terutama Islam serta tidak membuat kenyataan yang memperbodohkan mereka.
Perkara itu antara dibincangkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkunjung ke kediaman pemimpin negara itu, semalam.
Mohd Asri berkata, apa yang menggembirakan adalah beliau dimaklumkan Perdana Menteri bahawa senarai anggota kabinet nanti dalam kalangan mereka melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
“Saya juga dimaklumkan beliau meminta setiap yang akan menganggotai kabinet tidak membuat dakwaan palsu terhadap sijil yang dimiliki.
“(Sebaliknya) setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang diperoleh,” katanya dalam hantaran di media sosial Facebooknya, hari ini.
Mohd Asri berkata, beliau juga memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa jika anggota kabinet bersih daripada rasuah dan berkualiti, ia menjadi hujah yang kuat.
Katanya, beliau bersama rakyat lain menanti berita baik dan menyokong kerajaan baik demi kepentingan agama serta negara.
“Saya bersama bersama rakyat marhaen lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.

3 comments:

Puaka Rimba said...

Macamana nak lihat bersih...sekiranya mendapat kuasa seperti pencuri masuk bolos tingkap...kemudian hasil dikongsi sama Lobai....Hihihikikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

Anonymous said...

Mahathir flip flop lagi. Nak ganggu lagi. Mati hidup balik akan jadi pengganggu. Anuar mati hidup balik kekal pm menanti. Lobai mati hidup balik jadi ulamak. Puaka mati hidup balik jadi puaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails