Monday, September 09, 2019

Usaha Nobat Komunis Sebagai Hero Makin Mengganas -Dr Kamarul Zaman.


SEKITAR bulan Ogos dan bulan September setiap tahun sejak kebelakangan ini perbincangan mengenai sejarah kemerdekaan negara sentiasa panas, termasuklah usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah dalam negara ini.
Usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah, khususnya yang membabitkan sejarah kemerdekaan negara, sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana pada 3 September 2005 lagi ia telah diperkatakan oleh seorang pemimpin DAP, iaitu Ronnie Liu Tian Khiew.
Ronnie Liu, selaku Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ketua Biro NGO DAP, menyebut secara rasmi bahawa buku teks sejarah tidak memberikan gambaran sebenar mengenai sejarah kemerdekaan negara kerana tanpa tekanan PKM negara tidak akan merdeka.
Pada 17 September 2013, Teresa Kok Suh Sim, selaku Naib Pengerusi DAP, pula menyebut secara rasmi bahawa Chin Peng memberi sumbangan kepada negara kerana sewaktu Perang Dunia II, Chin Peng mengetuai perang gerila terhadap penjajah Jepun dan penjajah British.
Usaha ini mencapai momentum baru selepas PRU14 di mana bekas ahli PKM, Au Heng Kong (Zhou Tong), sendiri dibawa berucap dalam forum “Sejarah Rakyat Mengenai Darurat Malaya” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 Julai 2018.  
Kata beliau: “Dalam PRU14 ini sudah sampai matlamat kami”, “Kami juga curahkan tenaga dan berusaha untuk menyokong calon-calon PH, jadi kemenangan PH adalah satu usaha daripada pihak kami”, “Perlu betulkan sejarah, PKM yang memperjuangkan kemerdekaan”.
Dalam forum “Memikirkan Semula Kepelbagaian Budaya dalam Sistem Pendidikan Malaysia” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 5 Ogos 2019, Dr Tajuddin Rasdi dari UCSI University juga menyebut matapelajaran sejarah perlu di 'revamp'.
Dalam forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019, Dr Lee Kam Hing dari New Era University College akan membicarakan ketidakcukupan silabus matapelajaran sejarah untuk membawa Naratif Malaysia Baharu.
Lebih baru adalah tulisan yang disiarkan dalam lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, keluaran 4 September 2019, yang turut mempersoalkan kandungan buku teks sejarah yang didakwa “tidak jujur menceritakan hal sebenar (mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan)”.
Kata Suara Keadilan: “Hakikatnya Umno dan PAS bukanlah parti terawal ditubuhkan dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Parti terawal ialah Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1930. Keahliannya didominasi kaum Cina, bertujuan menuntut kemerdekaan.”
Perkara begini sebenarnya hanyalah satu ulangan kepada usaha Chin Peng sendiri dalam rundingan damai pada 1989 yang mahukan Kerajaan Malaysia menggantikan patung tentera di Tugu Negara dengan patung baru yang turut mengandungi tokoh komunis sebagai hero.
Pelik juga bila seruan begini semakin mengganas, sedangkan tokoh sejarah seperti A J Stockwell dalam tulisan beliau di Journal of the Royal Asiatic Society keluaran November 2006 telah menolak usaha untuk menobatkan PKM dan Chin Peng sebagai hero negara.
Kata Stockwell, Chin Peng tidak boleh dianggap sebagai nasionalis kerana tulisan beliau sendiri menyebut perjuangan beliau didorong oleh patriotisme Cina, begitu juga hujah beliau bahawa perjuangan PKM mempercepatkan kemerdekaan negara yang tidak meyakinkan.
Lihat ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

2 comments:

Anonymous said...


Hanya puak komunis dan pengkhianat Melayu yang tidak bermoral menyokong dan mengagung-agungkan pengganas-pengganas komunis PKM (Parti Komunis Malaya) yang majoritinya terdiri dari kaum china.

Pengganas-pengganas PKM telah menyerang dan membakar kampung-kampung Melayu dan memusnahkan ladang dan merompak, menindas, menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu dan menghina agama Islam di zaman Perang Dunia ke 2 dan selepas Perang Dunia Ke 2 hinggalah tahun 1989.

Pengganas-pengganas china PKM adalah pengganas ultra rasis yang mahu menindas dan menghapuskan kaum Melayu dan merampas Tanah Melayu dengan kekerasan sebaik sahaja Perang Dunia Ke 2 tamat.

Mereka berpura-pura berkerjasama dengan penjajah British dalam Perang Dunia Ke 2 untuk mendapatkan bekalan senjata British dll yang akan digunakan oleh pengganas komunis PKM untuk melakukan keganasan, kekejaman dan kezaliman ke atas kaum Melayu dan rakyat yang menolak PKM.

Walaupun PKM telah meletakkan senjata, ideologi komunis dan matlamat perjuangan PKM masih hidup kerana penyokong PKM masih hidup dan menyusup ke dalam NGO dan parti politik kafir harbi dan parti liberal.

PKM adalah musuh negara Malaysia yang sangat jelas maka sesiapa yang menyokong PKM adalah pengkhianat negara Malaysia.

Anonymous said...

Dulu lagi dah jelas yang mat sabu ni wakil dap yang dipimpin oleh ahli komunis kit siang. Mat sabu dulu angkat mat indera yang berjuang bersama komunis sebagai hero. Sekarang ni, bila dap nak komunis diistiharkan sebagai pejuang kemerdekaan, maka nampak jarum halusnya ada pada mat sabu. Jadi orang melayu kena tolak mat sabu 100 persen kerana mat sabu membawa agenda perpecahan melayu. Mat sabu adalah pemimpin pan, maknanya pan adalah wakil dap versi melayu.

Mat sabu adalah antara sebiji pisang busuk dalam setandan pisang yang yang baik , elok dan suci. Pisang busuk perlu dibuang dari tandan supaya busuk itu tidak berjangkit pada pisang2 lain. Begitulah sabu dengan pas, terbuang supaya yang lain kekal bersih. Biar sabu and the gang kekal di dalam pan, disita dari bangsa melayu kerana agenda serta pembawa aspirasi dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails