Thursday, September 05, 2019

3 Perkara Bersama Penduduk Pertahan Rumah Diirobohkan Hari Ini. ..


Hasil carian imej untuk Pendaftaran Rumah Selangorku

Gesa Kerajaan PH bantu penduduk Paya Jaras Hilir
PAS Kawasan Sungai Buloh mengikuti secara dekat isu penduduk di Sungai Kedondong Paya Jaras Hilir. Selepas diteliti isu dan keadaan, maka pas kawasan bersetuju untuk bersama penduduk dengan ketetapan berikut: 
1.    PAS kawasan konsisten kepentingan awam perlu diutamakan danreserve projek pembesaran sungai adalah keutamaan. Kami sebagaimana juga penduduk bukan berhasrat untuk menuntut pemilikan tanah yang akan diambil untuk perluasan sungai demi kepentingan awam.  
2.    Tetapi PAS kawasan menyokong penduduk untuk menuntut janji YB Mohd Khairudin Othman, Adun Paya Jaras yang juga Exco Kerajaan Selangor untuk mendapatkan alternatif pemilikan secara pembelian (bukan percuma) Rumah Selangorku atau mana-mana tempat alternatif. Rumah Selangorku telah dijanjikan berkali-kali sebelum ini termasuk sewaktu PRU 14. 
3.    Tarikh perobohan yang dijadualkan pada 5 September adalah tidak sesuai memandangkan waktu hampir UPSR, seterusnya ialah PT3 dan SPM. 
Sekalipun mendapat jawapan lisan bahawa penangguhan sehingga 16 September, selepas pertemuan dengan pihak menteri besar. Namun Tempoh penangguhan ini bukanlah penyelesaian bagi penduduk yang telah menetap disini sekian lama dan ia belum cukup untuk memenuhi keperluan dan kehendak penduduk. 
Pihak PAS Kawasan Sungai Buloh mengharapkan pihak kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan berpihak kepada penduduk serta menjaga kepentingan awam. 
Atas tiga faktor ini, PAS kawasan Sungai Buloh bersama-sama penduduk untuk mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan pada 5 September ini. 
PAS Kawasan Sungai Buloh juga menggesa Kerajaan PH lebih bersifat prihatin terhadap semua pihak. 
ZAHARUDIN MUHAMMAD
Yang Dipertua PAS 
Kawasan Sungai Buloh - HARAKAHDAILY 5/9/2019

Lihat ini..

Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

4 comments:

I said...

Mula2 provokasi ada stinggan kebal... nk diambil tindakan kena kutuk pulak...biar salah... halang pun salah... penceroboh sepatutnya didakwa... biar sapa pun dia...

Anonymous said...

Dahulu sewaktu mengundi PRU14, luar biasa barisnya, BERBARIS SANGAT PANJANG BERLENGKAQ LENGKAQ PUSING SATU SEKOLAH untuk mengundi Pakatan HANCING. Nah, sekarang rasakan, ku sangka INTAN rupanya KACA. Disetengah tempat di SELANGOR rumah2 bergini sudah lama dirobohkan, bagaikan padang jarak padang terkukur!

Kesian! Eloklah diberi alternatif rumah RAKYAT1M ke, apa ke, janganlah ZALIM macam Zionist DAP P Pinang merobohkan rumah2, kampung2 Melayu! MENGHALAU orang2 MELAYU!

Anonymous said...

Apa khabar orang Paya Jaras, orang Kg Melayu Subang, inilah kawasan2 Melayu yang menjadi TARGET DAP, tak sabar2 mereka untuk meratakan rumah2 orang Melayu menjadi padang jarak padang terkukur!


Anonymous said...

Barua dedak roket hanya buat bising jika setinggan kaum roket dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Jika kawasan setinggan Melayu yang dirobohkan oleh pihak berkuasa, barua dedak roket akan ketawa tergolek-golek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails