Tuesday, September 17, 2019

Lagi Runding RM450 Juta: Ini Bukti Sokongan Mahathir?


Rundingan terus RM450 juta: Tular pula surat syarikat dengan sokongan Mahathir

Sepucuk surat daripada syarikat pembinaan PDM Builders Sdn Bhd kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kelantan tersebar hari ini.


Ia susulan penularan surat Kementerian Kewangan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.baru-baru ini berkaitan penganugerahan kontrak rundingan terus kepada syarikat berkenaan.
Dalam surat yang tular hari ini, tertera tulisan Dr Mahathir yang menyebut ‘Menteri Kewangan bahawa projek itu telah diberikan bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta’.
“YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberikan kepada PDM Builders Sdn Bhd. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu,” tulis nota dalam surat berkenaan.
Juga disertakan cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.
Dalam surat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongan dan kelulusan kepada projek itu.
“Pihak kami amat berharap atas sokongan dan kelulusan Tun untuk syarikat saya meneruskan projek ini memandangkan syarikat saya telah mengeluarkan modal wang ringgit tenaga dan masa begitu banyak.
“Kami amat yakin dapat menyelesaikan projek ini dengan jayanya jika diberi peluang melaksanakan projek ini berdasarkan rekod pengalaman, sumber modal yang kukuh dan pasukan yang komited serta profesional dalam mewujudkan sesuatu projek,” demikian menurut surat berkenaan.
Intipati surat itu juga menunjukkan kontrak yang berkaitan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada April 2018 iaitu sebelum pilihan raya umum dan surat tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pada 27 Februari 2019.
Semalam, Dr Mahathir menafikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan sebuah projek bernilai RM450 juta di Kelantan melalui rundingan terus dan perlu menyemak terlebih dahulu dakwaan tersebut.
“Tidak, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini. Saya tidak pernah lulus apa-apa seperti itu.
“Tetapi mungkin saya terpaksa menyemak kembali tentang perkara ini kerana mungkin ada kesinambungan daripada kerajaan terdahulu.
“Seperti yang kamu maklum, sejak PH ambil alih kita telah hentikan banyak projek bagi tujuan kajian terlebih dahulu bagi pastikan ada keperluan atau sebaliknya.
“Namun masa yang telah diambil oleh kita hampir lebih setahun, di mana ada juga impaknya seperti ramai hilang kerja, kontraktor kerugian dan sebagainya.
“Yang ini pula, saya tidak pasti kes apa pula. Biar saya semak terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ‘The Putrajaya Boat Race 2019’ di Tasik Putrajaya.
Hari ini, Menteri Kewangan, Lin Guan Eng pula berkata bukan beliau yang menandatangani surat berkenaan dan enggan memberi jawapan kerana perlu berbincang mengenai hal tersebut Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette
Diangkat dari:
PakDin.my
Rujuk Sebelum Ini..

1 comment:

Anonymous said...

Nama Pengarah tu macam kenal aja. Anak suku sakat ke? Tanya aja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails